Friday, March 27, 2015

Puding Roti Dengan Sos Kastard

Cuti-cuti hujung minggu ni tiba-tiba terlebih rajin pula... Melihat roti gardenier yang hanya luak sedikit selepas beberapa hari,  timbul idea hendak mencuba resepi puding roti dengan sos kastard..


Inilah hasilnya selepas berhempas pulas mencuba resepi puding roti.. Resepi puding roti ini saya dapatkan dari SINI. Tapi saya tak ikut sangat pun sukatan  yang diberikan oleh tuan punya resepi ni.. Saya menggunakan kuasa hentam kromo sahaja.. Jadi jugak.. hehehe

Untuk sos kastard tu, saya terlupa nak beli tepung kastard, jadi saya guna tepung jagung., Alhamdulillah jadi juga... Kalau ikut tuan punya resepi ni dia bakar menggunakan pemanggang ajaib.. Tapi saya menggunakan oven, bakar selama 40 minit dengan suhu 180 darjah celcius...

Terima kasih tuan punya resepi.. Untuk yang lain, Selamat Mencuba!

No comments :

Post a Comment