Sebut tentang nilai kemanusiaan kita mesti teringat tentang kekejaman ke atas rakyat Palestin oleh negara haram Israel dan sekutunya... Kita pasti sedih melihat kesan kekejaman yang mereka lakukan.. Anak-anak kecil yang belum mengerti erti kehidupan duniawi terkorban dengan keadaan yang amat sedih sekali..
Tetapi adakah pengertian nilai kemanusiaan hanya terkurung di dalam konteks kekejaman fizikal sahaja? Mari kita fikirkan bersama..
Lihat situasi semasa di Malaysia.. Sebagai seorang pendidik saya terdedah kepada nilai-nilai kendiri anak remaja sekarang.. Oleh kerana sikap anak remaja sekarang, mungkin ramai antara kita yang mengambil pendekatan biarkan sahaja mereka.. Sedang ibubapa juga tidak mempeduli anak-anak mereka.. Hasilnya saya berjumpa dengan ramai remaja melayu islam terutama yang kurang dari segi akademiknya mengalami keruntuhan akhlak..
Antara kekejaman Israel dan kita di malaysia, apa bezanya kita dengan Israel? Saya rasakan kita lebih teruk lagi dari Israel.. Kita secara tidak sedar telah meruntuhkan keperibadian bangsa kita apabila mengambil pendekatan membiarkan mereka terus terjerumus dalam kemungkaran.. Kita gagal sebagai ibubabapa, gagal sebagai pendidik, gagal sebagai masyarakat dalam mengekalkan kesinambungan amalan murni masyarakat sebangsa dan seagama..
Apakah jenis masyarakat yang ingin kita lahirkan? Apakah jenis pemimpin yang kita dambakan?
Sia-sialah kalau kita membiarkan anak remaja kini terus keruntuhan akhlak sedang kita mengharapkan mereka menjadi pemimpin di masa akan datang..
Sedih melihat remaja masa kini... :(
No comments :
Post a Comment