Namun begitu ini lah kali pertama saya menjejakkan kaki ke Saigon Central Post Office.. hehehe.. Selama ini apabila ke Saigon hanya memikirkan tentang aktiviti membeli belah sahaja.. Tapi kali ini teringin pula melawati beberapa tempat menarik di sekitar kota Ho Chi Minh..
Inilah rupanya Saigon Central Post Office yang masih mengekalkan ciri-ciri bangunan lama yang masih kukuh dan cantik senibinanya..
Ini pula di bahagian dalam pejabat pos.. Terdapat banyak cenderamata di jual disini dan cantik-cantik serta mahal-mahal belaka.. Untuk cuci mata apa salahnya..
Ini antara cenderamata yang ada dijual di sini.. Fridge magnet ini adalah buatan tangan oleh golongan kurang upaya di sana.. Lihat hasil kerja mereka.. Cantikkan?
Kesimpulannya saya merasakan ini adalah tempat wajib pergi apabila bercuti di Saigon..
Sekian sahaja untuk kali ini..
bye!
No comments :
Post a Comment