Hye semua!
Kali ini saya ingin bercerita tentang percutian keluarga di Pahang... Pada 19 - 21 Disember yang lalu kami satu keluarga jalan-jalan bercuti di Pahang.. Masa kami pergi tu Alhamdulillah belum banjir lagi.. Elok sahaja kami balik.. terus dengar cerita banjir di Kelantan dan Pahang juga..
Kami bertolak dari Kulai, Johor dalam pukul 11 malam macam tu sampai di Batangkali (rumah kakak) subuh.. Berehat sekejap dan sarapan semua kami terus bergerak ke Bukit Fraser... Untuk ke Bukit Fraser ni kami lalu jalan ke Kuala Kubu Bharu dan nanti jumpa signboard ke Bukit Fraser... Senang sangat sebab banyak papan tanda jalan...
Tapi bila dah sampai Bukit Fraser ni kami tak tahu nak pergi mana.. Ermmm sudahnya kami lihat papan tanda tempat-tempat menarik yang ada di sini... Jadi destinasi pertama kami setelah sampai ialah mencari air terjun Jeriau.. Punya lah jauh air terjun ni.. dan jalannya pun agak sempit..
Bila sampai di pintu masuk air terjun jeriau ni,. kami kena berjalan lagi dalam 2km rasa saya untuk sampai ke air terjun seperti dalam gambar di pintu masuk ni.. Memang rasa boleh kurus sekejap.. Tapi bila sampai rasa puas sangat.. sebab air terjunnya cantik juga...
Yang tak bestnya, tempat ni nampak bersih tak ada sampah... Cuma kalau korang nak ke toilet, ermmmm tak payah lah.. baik tahan je... Boleh hilang selera korang tengok toilet tu...
Lepas tengok air terjun kami pergi cari Taman Bunga... Sampai-sampai tengok taman bunga dah jadi taman sayur.. hahahhaa.. Kata orang yang jaga taman tu, tanam bunga tak ada untung... hahahahha..
Lepas tengok taman sayur kami pergi ke tempat naik kuda tu... ermmmm tak ada apa pun.. Nak naik kuda satu round malas nak tunggu.. Itu sahaja tempat yang kami pergi di Bukit Fraser... Rumusannya Bukit Fraser ni tak ada apa sangat pun..
Dah puas berjalan di Bukit Fraser kami turun dan terus ke homestay yang kami tempah di Bukit Chamang.. Esoknya pagi-pagi kami bergerak ke Bukit Tinggi pula.. Nak masuk Bukit Tinggi ni dikenakan bayaran RM12 dewasa.. Aktiviti kami di sini selain melihat keindahan bangunan di sini, kami pergi juga Japanese Village dan Animal Park..
Di Japanese Village tak ada apa pun.. Sekadar ada Taman Botani dan replica rumah jepun sambil-sambil ambil gambar pakai kimono.. Tapi Animal Park best sangat.. Nak masuk Animal Park ni dikenakan bayaran RM3 seorang..
Yang bestnya di Animal Park ni, arnab dan rusa dibiarkan berkejar-kejaran.. Hahahaha, jadi korang boleh tangkap, pegang dan peluk sambil ambil gambar.. Boleh juga bagi makan kat arnab tu.. Seronok sangat tengok kanak-kanak terlompat-lompat kejar arnab...
Dah puas berjalan di Bukit Tinggi, kami teruskan perjalanan kami ke Kuala Gandah untuk melihat gajah... Agak jauh juga perjalanan dari Bukit Tinggi ke Kuala Gandah.. Dalam 1 jam perjalanan macam tu.. Sampai sahaja di Kuala Gandah Elephant Sanctuary, pelawat dikehendaki untuk mendaftarkan diri kaunter pendaftaran.. Masuk sini percuma.. Selesai mendaftar pelawat akan diberikan pelekat untuk ditampal pada baju masing-masing..
Aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah memandikan gajah dan beri makan gajah.. Aktiviti mandi tu ada jadual dia.. Tak silap saya aktiviti tu bermula jam 2 petang untuk 1 jam sahaja.. Masa kami sampai tu, aktiviti mandi gajah dah mula dan dah nak habis pun.. Mereka yang berminat nak mandikan gajah kene beratur.. Jadi kami di sini hanya beri makan gajah sahaja la..
Sebelum pulang ke homestay, kami singgah ke Chamang Waterfalls.. Sebab dah dekat sangat dengan homestay kami, jadi rugi rasanya tak singgah.. Sebenarnya air terjun Chamang ni ditutup pada bulan 12.. Kerana agak bahaya untuk aktiviti mandi-mandi di sini.. Tetapi pelawat-pelawat ni degil masuk juga kawasan air terjun ni..
Di Chamang Waterfalls ni juga ada jambatan gantung... Siapa-siapa yang tak pernah naik jambatan gantung ni boleh la naik.. Dah puas main air di sini, kami pun balik homestay.. Jam pun dah pukul 6 petang masa tu...
Esoknya pagi-pagi kami check out homestay dan teruskan perjalanan ke Cameron Highland.. Tahun ni tema trip kami tanah tinggi.. Hehehehe.. Tapi yang paling best dalam trip ni ialah kami dapat merasa makan Durian Musang King... First time rasa.. Ya Allah sedapnya.. dah la manis isi pun tebal, makan seulas dah kenyang... Tapi memang mahal yang amat.. huhuhuhu...
Sekian sahaja entry kali ini.. Berjumpa lagi pada entry akan datang... Bye!
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
harga untuk.dewasa rm12,kalau kanak2 brapa ye?
ReplyDeletemaaf saya tak ingat dah.. sebab pergi ni pun dah lama, tahun 2015.. mungkin harga pun dah tak sama
Delete