Thursday, March 19, 2015

Maggi Ketam Alemy di Cherang Ruku

Sempena cuti sekolah untuk penggal pertama ni, saya telah berangkat ke Kelantan.. Jadi selalu la saya google apa yang best di Kelantan ni.. So antara dapatan dari hasil carian saya di google, katanya Maggi Ketam Alemy terbaik! Jadi bila dah sampai sana terus turn on google map dan berherak ke Cherang Ruku mencari Maggi Ketam Alemy..

Nasib baik google map ni tepat! Kami berjaya jumpa Kedai Alemy ni.. Senang sahaja, follow sahaja google map pasti tak sesat.. Sampai-sampai dah pukul 6 lebih.. Dan dah ramai orang di kedai Alemy ni.. Waktu operasi restoren Alemy ni dari pukul 5 petang sampai 12 malam kalautak silap.. 

Kami pun order Maggi Ketam 2 dan Teh O Ais serta Jus Epal..


Saya ingatkan seekor je ketamnya.. Rupa-rupanya 2 ekor ketam nipah setiap serving.. 





Yang ni rupa bila ketam telah dikeluarkan..

Kalau baca di web cutikelantan.com ada disediakan tip lagi cara-cara untuk menikmati maggi ketam ni.. Heheheh.. Tipnya ialah makan maggi dahulu pas tu baru makan ketam, kalau tidak nanti maggi kembang semangkuk dah tak sedap nak makan..

Ok secara jujurnya pada saya maggi ketam alemy ni biasa sahaja.. Magginya di masak sup.. Supnya sedap jugalah.. Cuma ketam nipah yang saya dapat ni tak fresh.. Saya pernah makan ketam yang fresh, dan isinya manis.. Untuk ketam nipah ni isinya tak manis.. Macam tak fresh.. Jadi saya tak boleh nak kata sedap maggi ketam ni..

Mungkin rezeki saya dapat ketam yang tak fresh.. You all cuba la.. Mana tau time korang dapat yang fresh dan isi ketam yang manis, pasti sampai menjilat jari.. Untuk hidangan ini kami dikenakan RM49 untuk 2 orang makan..

Selamat mencuba!

No comments :

Post a Comment