Tuesday, April 7, 2015

Maybank Debit Card

Beberapa hari lepas saya mencuba untuk membeli sepasang kasut jenama Clarks dari amazon.com menggunakan maybank debit card. Tapi yang peliknya lepas masukkan semua details tentang kad debit tiada transaksi berlaku dalam akaun tersebut..

Saya pon google untuk mencari maklumat.. Masuk forum tanya.. Kemudian saya membuat keputusan untuk menghubungi pusat khidmat pelanggan maybank.. 

Rupa-rupanya untuk membuat transaksi online pada web international merchant kita perlu aktifkan dahulu kad tersebut.. 

So bila dah diaktifkan, kebetulan saya ingin membeli luggage dengan Jetstar Singapore untuk trip ke vietnam bulan 6 ini.. Jadi saya pun mencuba menggunakan kad debit tadi.. BERJAYA! Transaksi terus reflect pada akaun bank..

Kemudian barulah teringat, patutlah tahun lepas masa cuba untuk membeli tiket flight Jetstar menggunakan debit kad Maybank tidak berjaya.. Rupa-rupanya tidak diaktifkan untuk transaksi antarabangsa.. 

Jadi selepas ini tiada lagi masalah untuk shopping dengan International Merchant secara online..

No comments :

Post a Comment