Kali ini saya akan berkongsi persediaan yang saya lakukan sebelum mendaki Gunung Kinabalu. Sebenarnya kami menempah slot untuk mendaki ini setahun sebelum tarikh mendaki. Tarikh mendaki November 2018 tarikh tempahan November 2017. Kalau ikutkan sepatutnya banyak lah latihan kekuatan otot dan latihan mendaki saya boleh buat. Tapi disebabkan faktor tiada masa dan m.a.l.a.s hanya beberapa kali sahaja kami buat latihan mendaki. Ada lah mendaki beberapa gunung macam Gunung Pulai, Gunung Angsi dan Gunung Datuk. Dan ada jugak saya buat latihan jogging untuk fitness beberapa kali. Yang pasti boleh dikira dengan jari dan tak konsisten setiap bulan atau minggu. Oleh itu, jangan jadi seperti saya.


Seterusnya, macam biasa korang perlukan kasut yang sesuai, stokin yang tebal, tshirt dari material jersey atau fiber, sarung tangan kalis air, face mask dan bekalan makanan seperti coklat. Tshirt dari material cotton sebenarnya tak digalakkan sebab bila basah lambat kering dan bila berpeluh korang akan rasa sejuk ditambah pula angin sejuk di gunung, double sejuk korang nanti. Bercakap pasal bekalan makanan ni elok juga korang bawa makanan yang memberi tenaga segera seperti energy bar. Saya ada bawa energy bar dan energy gel. Malangnya saya tak boleh telan energy gel rasa nak muntah. Ni sambil menulis pasal energy gel ni pon da rasa kembang tekak... huhuhuhu.. Jadi elok korang cuba dulu sebelum beli banyak-banyak untuk bekalan. Selain itu elok juga korang beli serbuk isotonik untuk mengelakkan dehydrate dan memberi tenaga juga. Serbuk isotonik ni saya beli di watson jenama 100 plus, harga tak ingat. Saya beli 1 pack dalam ada 6 sachet tak silap memang tak cukup. Kene beli lebih. Air jangan risau, bancuh sahaja dengan air gunung.
Oooo sebelum saya terlupa, jangan lupa bawa lampu suluh yang attached kat dahi tu. Beli saja di shopee murah-murah. Pole pula tak perlu bawa sebab rasanya ada blogger beritahu pole tak boleh bawa naik flight. Mungkin kalau check in baggage boleh kot, tapi tak pasti. Elok sewa sahaja di Taman Taman Sabah tu.. RM10 sebatang.
Saya rasa itu sahaja persediaan yang saya lakukan sebelum mendaki Gunung Kinabalu. Harap-harap dapat membantu semua yang berhasrat atau akan mendaki Gunung Kinabalu atau gunung-gunung yang lain tak lama lagi. Sebarang pertanyaan feel free to comment ok.. InsyaAllah akan saya membalasnya. Itu sahaja untuk kali ini.. Jumpa lagi dilain entry..
No comments :
Post a Comment