Monday, December 28, 2015

Membeli-Belah Di Jepun

Entry kali ini masih berkisar tentang Jepun.. Harap-harap anda semua tidak jemu membaca..

Salah satu kesilapan yang telah saya lakukan ketika bercuti di Jepun ialah tidak menghiraukan tentang aspek shopping. Anda perlu tahu  di Jepun mereka mengenakan "consumption tax" atau di Malaysia dipanggil GST pada kadar 8%. Namun begitu, untuk pelancong dari luar terdapat kedai-kedai yang menawarkan free tax. Untuk melayakkan anda mendapat free tax anda perlu membeli belah dengan kadar minima 10000 yen dalam satu resit di kedai yang menawarkan free tax sahaja. Tetapi ada juga kedai yang menawarkan free tax untuk pembelian 5000 yen dalam satu resit.

Oleh yang demikian, sebelum membuat keputusan untuk membeli-belah di Jepun saya menyarankan anda kenalpasti kedai yang menawarkan free tax. Kemudian dapatkan kepastian minima pembelian untuk melayakkan anda mendapatkan free tax. Setelah itu bolehlah anda membeli-belah dengan hati yang girang. Oh terlupa! pembelian barang-barang free tax memerlukan anda menunjukkan passport kepada cashier ketika pembayaran. Slip tax akan dilekatkan di dalam passport dan perlu diserahkan kepada pegawai immigration nanti. Barang-barang free tax juga akan di "seal" dan tidak boleh dibuka dan digunakan ketika di Jepun..

Ok apa yang boleh dijadikan souvenir di Jepun? Sebenarnya banyak souvenir yang boleh dibeli untuk diberikan kepada kaum kerabat dan rakan-rakan.. Kalau anda mencari fridge magnet saya menyarankan anda membeli di Asakusa atau lebih tepat lagi di Nakamise Shopping Street.. Mengikut pemerhatian saya, sepanjang saya berada di Tokyo dan Osaka harga fridge magnet adalah dalam lingkungan 380 yen - 600 yen sebiji. Ianya sangat mahal sebenarnya. Di Asakusa anda boleh mendapat fridge magnet pada harga 1000 yen untuk 3 biji. 

Kalau anda mencari t-shirt dengan tulisan atau gambar tempat-tempat menarik di Jepun saya juga cadangkan anda membeli di Asakusa iaitu di Nakamise Shopping Street. Di sini terdapat t-shirt yang dijual pada harga 980 yen. Selain itu, di Tokyo Tower ada menjual t-shirt dengan harga yang sama. Pada saya ini adalah harga paling murah kerana sepanjang pemerhatian saya t-shirt jepun di jual pada harga 1000++ yen sepasang.

Di Jepun antara kedai yang saya suka ialah kedai-kedai yang menjual barang kosmetik. Di kedai-kedai kosmetik ini menjual pelbagai produk kecantikan yang gah di Malaysia seperti SK-II, Sisheido, Kose dan lain-lain pada harga yang saya rasakan lebih murah. Untuk melayakkan anda mendapat free tax di kedai kosmetik anda perlu membuat minima pembelian sebanyak 5000 yen.

Oleh kerana saya sudah terlepas peluang membeli cenderamata di Asakusa, saya terpaksa mencari kedai yang menjual cenderamata di Osaka. Di Dotonborri terdapat kedai yang namanya "300 coin". Di sini terdapat pelbagai barang yang boleh dijadikan cenderamata. Setiap barang yang dijual di sini berharga 300 yen sebelum tax. Kedai 300 coin ini juga boleh didapati di Airport Osaka.

Beg yang saya beli di 300 coin untuk dijadikan cenderamata kepada kawan-kawan
Ok sedikit tips untuk anda yang berhajat ke Jepun pada musim sejuk. Saya membeli heat tech di Uniqlo untuk di bawa ke Jepun. Harga juga agak mahal iaitu baju sahaja RM49.90 dan seluar pun Rm49.90.. Jadi kalau anda ingin ke Jepun pada musim sejuk anda hanya perlu beli sepasang heat tech di Uniqlo dan selebihnya anda beli sahaja di Jepun. Di kedai 300 coin juga ada jual.. Oh ya! kedai 300 coin ini di Osaka ye, di Tokyo saya tak jumpa pula kedai ni... Tapi jangan risau heat tech ni di mana-mana pun ada jual dan yang lebih penting lebih murah berbanding anda membeli di Uniqlo di Malaysia. Saya agak menyesal kerana membeli 3 pasang heat tech di Uniqlo!

Dikhabarkan jam G-Shock juga lebih murah beli di Jepun. Namun saya tidak pasti akan kebenarannya kerana saya bukan pemakai jam G-Shock atau Baby-G. Apa pun sebelum membeli belah di Jepun pastikan anda merancang pembelian bagi mendapat faedah free tax. Barang yang dibeli dengan tax tidak boleh di claim. Sebab itu perlu merancang sebaik-baiknya sebelum membeli ye!

Layan gambar jam G-Shock ;)

Ok itu sahaja entry untuk kali ini. Diharapkan anda mendapat faedah dan panduan dari entry yang saya berikan ini. Semoga kesilapan yang saya lakukan ketika membeli-belah tidak diulangi oleh anda.. Selamat mengembara di Jepun!

No comments :

Post a Comment