Saturday, February 18, 2023

Remuk Redam

Tiada siapa yang apabila mendirikan rumah tangga inginkan perceraian.. Sudah tentu bahagia yang didambakan.. Tetapi tekanan kehidupan saban hari menyebabkan hubungan semakin hambar.. Tubuh semakin penat dengan tuntutan kerja dan keluarga.. Jiwa pula semakin sakit dek tiada sentuhan kasih sayang daripada pasangan.. Ya, inilah ujian dalam hidup berumah tangga..

Tekanan hidup yang dilalui mula menampakkan kesannya.. Perselisihan demi perselisihan berlaku.. Ada yang diselesaikan dengan baik.. Tapi, banyaknya dibiarkan berlalu sepi sehingga akhirnya dilupakan buat sementara waktu.. Malangnya, keadaan ini tanpa disedari semakin mencemarkan keharmonian rumah tangga.. Dulunya memendam rasa kini diluah tetapi dikatakan pula mengungkit… Mana tidaknya permasalahan yang berlaku tidak dipeduli.. lebih suka mengabaikan daripada mencari jalan penyelesaian.. 

Akhirnya perceraian berlaku.. anak-anak pula yang lebih-lebih lagi sedihnya.. Apakan daya mommy… mungkin sudah nasib kita.. Tiada lagi pujuk rayu.. Tiada lagi belaian kasih dan sayang.. Aku redho.. sesungguhnya kebahagian sebenar hanyalah di negeri abadi.. 

Thursday, February 16, 2023

Tidak Dikira Beriman Seseorang Itu Selagi Tidak Diuji..

Dah lama sungguh tak buat posting kat sini.. Terlalu sibuk dengan kehidupan.. Tapi harini saya luangkan masa untuk berkongsi kisah pahit dalam hidup saya.. Maybe boleh juga dijadikan panduan bagi mereka yang memerlukan..

Kisahnya suami telah melafazkan talak ke atas saya di luar mahkamah iaitu di rumah.. Jadi apabila perkara seperti ini berlaku kita perlulah ambil tindakan untuk membuat pengesahan lafaz cerai tersebut.. Sudah tentu ramai yang mengalaminya dan tidak tahu apa yang perlu dibuat.. Begitulah jugalah saya, tidak tahu kemana hendak dituju.. Tapi syukur Alhamdulillah Allah lorongkan saya ke arah yang perlu dituju..

Sudah tentulah prosedur akan berbeza bagi setiap negeri. Oleh sebab sekarang ini saya bermastautin di negeri sembilan jadi saya berkongsi tatacara yang perlu dilakukan apabila anda melalui ujian ini di negeri sembilan.. Pertamanya kita boleh merujuk terus kepada peguam syarie.. Tetapi pasti ada yuran guaman yang perlu kita bayar.. Tapi kalau kita tidak mampu atau kita boleh buat sendiri, buat je lah sendiri..

Pergi je la ke laman sesawang mahkamah shariah negeri sembilan.. muat turun borang yang bersesuaian dengan kes kita.. Macam saya, saya muat turun borang pengesahan lafaz cerai.. Isi lah borang tersebut.. cuma syaratnya tidak boleh tulis tangan… borang mesti bertaip.. jadi kita taip dan print.. Dalam borang tersebut juga sudah disediakan senarai semak dokumen yang perlu dilampirkan.. ikut sahaja dan tak susah pun..

Cuma, jika alamat dalam kad pengenalan kita alamat kampung kenalah isi borang pengesahan mastautin.. dan dapatkan pengesahan daripada imam atau pengerusi taman atau ketua kampung.. buat lah beberapa helai.. supaya nanti nak buat tuntutan-tuntutan yang lain tak perlu la pergi lagi cari imam atau pengerusi taman tersebut.. 

Lagi satu, jika pasangan kita tidak tinggal dalam negeri yang sama kenalah isi borang penyampaian luar bidang kuasa… Kemudian pergilah mahkamah syariah dan daftarkan kes tersebut.. Kita akan diberikan tarikh untuk perbicaraan.. Untuk mendaftar kes kita akan dikenakan bayaran.. Bayar sajalah.. jangan risau tak mahal sangat pun..

Kalau kita tiada kemudahan seperti komputer dan printer untuk mengisi borang tersebut, jangan risau.. di kaunter pendaftaran ada disediakan khidmat jurutaip.. jadi boleh la minta mereka buatkan dan bayarlah amaun yang telah ditetapkan.. 

Bagi kes saya pula, saya sudah dapat tarikh perbicaraan dan hanya menunggu untuk dibicarakan.. Apa pun saya redho dengan ketentuan hidup saya.. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui yang mana baik dalam hidup saya.. Namun saya tetap dirundung duka melihat kekecewaan dan kedukaan anak-anak yang terpaksa melalui kisah perit ini.. Semoga anak-anak kuat dan digantikan kesedihan sementara ini dengan kebahagiaan hidup dunia dan akhirat… aminnn..

Mohon doa dipermudahkan urusan saya dan anak-anak..