Saturday, May 9, 2015

Jalan-jalan Pantai Sedili & Desaru

Hari Ahad yang lepas, sempena cuti hari pekerja dan wesak sempat jugaklah kami berkelah di tepi pantai.. Oleh kerana, perkelahan ini tidak dirancang makanya kami main redah jer la..



Selepas puas melihat keadaan public beach yang ada akhirnya kami membuat keputusan untuk berkelah di Mutiara Motor Resort di Sedili.. Kami tak sewa pun chalet hanya bayar parking RM5 untuk sebiji kereta dan RM40 sewa barbecue plate.. Kami berehat di pondok kecil dan berbabecue di situ..

Tapi di sini, beach tak cantik.. Airnya tak bersih.. Pondok tempat untuk berkelah pun macam tunggu hari nak roboh jer.. huhuhuhu... Sabar jer la...




Oleh kerana tak puas hati dengan beach di Sedili ni, kami buat keputusan untuk ke public beach di Desaru.. So bila dah siap berbabecue, perut pun dah kenyang, kemas-kemas barang terus bergerak ke Desaru..  

Pergh punyer la lawa pantai dia.. air pun biru jer.. Tapi, punyalah ramai manusia.. Untuk masuk ke public beach Desaru dikenakan bayaran RM4 untuk sebiji kereta..

Di sini juga ada disediakan perkhidmatan untuk menaiki banana boat.. Gian sungguh nak mandi.. Tapi takperla.. lain kali kami datang lagi mesti mandi di sini.. 

Desaru ko Tungguuuuuuuuuu!





Thursday, May 7, 2015

Karnival Belia 2015

Hye!

Pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu yang lepas iaitu pada 30 April hingga 2 Mei telah diadakan Karnival Belia peringkat Negeri Johor di Hutan Bandar Putra Kulaijaya.. Pelbagai aktiviti telah disediakan untuk pengunjung pada hari tersebut..

As for me, saya telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi pengiring kepada anak-anak murid untuk bersama-sama menjayakan karnival belia tersebut.. Mereka menyertai Perkhemahan Perdana Jambori Sukarelawan Darul Ta'zim.. So tugas saya hanya menjaga keperluan anak murid sahaja.. Segala program dan aturcara perkhemahan tersebut dikelolakan oleh penganjur.. Jadi sementara mereka seronok berkhemah saya pun merayap di kawasan hutan bandar untuk mencuba aktiviti yang ada...

Mula-mula sekali saya menyewa basikal di pintu utama hutan bandar.. Kadar sewaan RM5 untuk 1 jam... Saya sewa untuk 2 jam dan diberi 30 minit masa tambahan secara percuma.. Hehehhe

Huhunuhu penat juga mengayuh basikal ni.. Kali terakhir saya mengayuh basikal masa sekolah rendah.. Sekarang ni da masuk 3 series baru kayuh semula.. Masa nak sewa tu saya mintak cuba dulu kayuh basikal tu.. Bukan apa.. Takut tak pandai kayuh dah.. Hahahha.. Nasib baik masih boleh mengayuh tapi dalam keadaan menggigil kepala lutut semua..

Dah sewa saya pun kayuh basikal keliling tasik.. Saya nampak ada climbing wall.. Climbing wall ni disediakan secara percuma sempena karnival belia ni.. Saya pun mencuba.. Alang-alang percuma rugi tak cuba.. Tapi wall ni tak tinggi mana pun.. Jadi tak berapa mencabarla... Tapi bolehlah untuk first timer...





Seterusnya saya naik kuda.. Yang kuda ni kena bayar RM10 untuk 3 round.. Hahahaha.. Ok la... Untuk bergambar... First time saya naik kuda ni.. Rasa macam tak balance je duduk atas kuda tu.. Silap-silap boleh jatuh.. Oleh kerana masa tu saya keseorangan, jadi saya minta tolong orang kuda tu ambil gambar... Ermmm tapi die ambik cincai jer la.. Tak apa la.. Janji ada... Masa nak turun dari kuda tu peha saya tergeliat.. Aduh sakit sangat.. Pas turun dari kuda duduk sekejap urut-urut sikit, jalan perlahan-perlahan baru la ok.. Dah ok saya naik basikal pusing lagi tasik...





Nak naik flying fox, ramai pulak yang tengah beratur tunggu turn.. Tapi akhirnya saya dapat juga naik.. Tapi bukan pada hari yang sama lah.. Saya naik keesokkan harinya... Flying fox die pun tak mencabar sangat.. Sebab pendek dan rendah.. Jadi masa meluncur tu tak laju mana.. Ceh mula-mula nak la wat jerit ngade-ngade, last-last tak jadi sebab slow sangat die meluncur.. Huhuhu.. Tapi ok lah untuk kanak-kanak dan yang first timer tu.. Free pulak tu kan.. Rugi tak cuba.. Heheheh..


Secara keseluruhannya seronok juga la karnival belia ni.. Rugi siapa tak datang.. Sebab banyak sangat aktiviti.. Sebenarnya ada banyak lagi aktiviti.. Tapi saya review apa yang saya cuba je lah kan.. Dibawah ni gambar di sekitar aktiviti Perkhemahan Perdana Jambori Sukarelawan Darul Ta'zim..








Yang sebelah --------> ini pulak kanak-kanak riang saya.. Hehehhe.. Dah macam mak bapak orang dah diorang ni.. Hehehehe...