Monday, December 28, 2015

Membeli-Belah Di Jepun

Entry kali ini masih berkisar tentang Jepun.. Harap-harap anda semua tidak jemu membaca..

Salah satu kesilapan yang telah saya lakukan ketika bercuti di Jepun ialah tidak menghiraukan tentang aspek shopping. Anda perlu tahu  di Jepun mereka mengenakan "consumption tax" atau di Malaysia dipanggil GST pada kadar 8%. Namun begitu, untuk pelancong dari luar terdapat kedai-kedai yang menawarkan free tax. Untuk melayakkan anda mendapat free tax anda perlu membeli belah dengan kadar minima 10000 yen dalam satu resit di kedai yang menawarkan free tax sahaja. Tetapi ada juga kedai yang menawarkan free tax untuk pembelian 5000 yen dalam satu resit.

Oleh yang demikian, sebelum membuat keputusan untuk membeli-belah di Jepun saya menyarankan anda kenalpasti kedai yang menawarkan free tax. Kemudian dapatkan kepastian minima pembelian untuk melayakkan anda mendapatkan free tax. Setelah itu bolehlah anda membeli-belah dengan hati yang girang. Oh terlupa! pembelian barang-barang free tax memerlukan anda menunjukkan passport kepada cashier ketika pembayaran. Slip tax akan dilekatkan di dalam passport dan perlu diserahkan kepada pegawai immigration nanti. Barang-barang free tax juga akan di "seal" dan tidak boleh dibuka dan digunakan ketika di Jepun..

Ok apa yang boleh dijadikan souvenir di Jepun? Sebenarnya banyak souvenir yang boleh dibeli untuk diberikan kepada kaum kerabat dan rakan-rakan.. Kalau anda mencari fridge magnet saya menyarankan anda membeli di Asakusa atau lebih tepat lagi di Nakamise Shopping Street.. Mengikut pemerhatian saya, sepanjang saya berada di Tokyo dan Osaka harga fridge magnet adalah dalam lingkungan 380 yen - 600 yen sebiji. Ianya sangat mahal sebenarnya. Di Asakusa anda boleh mendapat fridge magnet pada harga 1000 yen untuk 3 biji. 

Kalau anda mencari t-shirt dengan tulisan atau gambar tempat-tempat menarik di Jepun saya juga cadangkan anda membeli di Asakusa iaitu di Nakamise Shopping Street. Di sini terdapat t-shirt yang dijual pada harga 980 yen. Selain itu, di Tokyo Tower ada menjual t-shirt dengan harga yang sama. Pada saya ini adalah harga paling murah kerana sepanjang pemerhatian saya t-shirt jepun di jual pada harga 1000++ yen sepasang.

Di Jepun antara kedai yang saya suka ialah kedai-kedai yang menjual barang kosmetik. Di kedai-kedai kosmetik ini menjual pelbagai produk kecantikan yang gah di Malaysia seperti SK-II, Sisheido, Kose dan lain-lain pada harga yang saya rasakan lebih murah. Untuk melayakkan anda mendapat free tax di kedai kosmetik anda perlu membuat minima pembelian sebanyak 5000 yen.

Oleh kerana saya sudah terlepas peluang membeli cenderamata di Asakusa, saya terpaksa mencari kedai yang menjual cenderamata di Osaka. Di Dotonborri terdapat kedai yang namanya "300 coin". Di sini terdapat pelbagai barang yang boleh dijadikan cenderamata. Setiap barang yang dijual di sini berharga 300 yen sebelum tax. Kedai 300 coin ini juga boleh didapati di Airport Osaka.

Beg yang saya beli di 300 coin untuk dijadikan cenderamata kepada kawan-kawan
Ok sedikit tips untuk anda yang berhajat ke Jepun pada musim sejuk. Saya membeli heat tech di Uniqlo untuk di bawa ke Jepun. Harga juga agak mahal iaitu baju sahaja RM49.90 dan seluar pun Rm49.90.. Jadi kalau anda ingin ke Jepun pada musim sejuk anda hanya perlu beli sepasang heat tech di Uniqlo dan selebihnya anda beli sahaja di Jepun. Di kedai 300 coin juga ada jual.. Oh ya! kedai 300 coin ini di Osaka ye, di Tokyo saya tak jumpa pula kedai ni... Tapi jangan risau heat tech ni di mana-mana pun ada jual dan yang lebih penting lebih murah berbanding anda membeli di Uniqlo di Malaysia. Saya agak menyesal kerana membeli 3 pasang heat tech di Uniqlo!

Dikhabarkan jam G-Shock juga lebih murah beli di Jepun. Namun saya tidak pasti akan kebenarannya kerana saya bukan pemakai jam G-Shock atau Baby-G. Apa pun sebelum membeli belah di Jepun pastikan anda merancang pembelian bagi mendapat faedah free tax. Barang yang dibeli dengan tax tidak boleh di claim. Sebab itu perlu merancang sebaik-baiknya sebelum membeli ye!

Layan gambar jam G-Shock ;)

Ok itu sahaja entry untuk kali ini. Diharapkan anda mendapat faedah dan panduan dari entry yang saya berikan ini. Semoga kesilapan yang saya lakukan ketika membeli-belah tidak diulangi oleh anda.. Selamat mengembara di Jepun!

Sunday, December 27, 2015

Percutian di Bumi Jepun (Part 5-Final)

30 Nov 2015
Hari ini kami ke Kyoto.. Sampai-sampai di Kyoto kami beli tiket Romantic Sagano Train ke Kameoka.. Kami beli tiket sehala sahaja.. Kemudian kami berjalan kaki di sekitar Arashiyama.. Mula-mula kami melayan view di taman-taman yang berhampiran dengan temple... Kemudian berjalan kaki ke Togetsukyo Bridge.. Di sepanjang jalan ini penuh dengan kedai menjual barang-barang cenderamata dan juga restoran..


Setelah itu kami ke Bamboo Forest.. Setelah puas melayan pemandangan di Bamboo Forest kami kembali ke Station dan menaiki Romantic Sagano Train sambil menikmati pemandangan yang mendamaikan.. Indahnya ciptaan Ilahi.. Oh ye, di sini pengangkutan yang kami gunakan ialah kaki ye.. Ke Bamboo Forest, taman-taman disekitar temple dan Togetsukyo Bridge semua menggunakan kaki.. Agak memenatkan juga..


Setelah sampai ke Kameoka kami patah balik ke Arashiyama menggunakan train JR.. Setelah sampai ke Arashiyama kami singgah ke restoran vegetarian berdekatan untuk mengisi perut yang kebuluran.. Lupa pula nama restoran ini tapi restoran ini dekat sahaja dengan station dan di luar kedai ada diletakkan board menu dengan caption "Muslim Friendly".. Dah kenyang balik then zzzzzzz..

Agak mahal makan di sini..
1 Dec 2015
Hari ini masih di sekitar Kyoto.. Destinasi pertama kami ke Fushimi Inari.. Kemudian kami berjalan di sekitar  Mangga Museum dan Ninja Studio.. Seterusnya kami ke Dotonborri sekali lagi untuk membeli belah souvenir buat kali terakhir sebelum pulang ke Malaysia..



2 Dec 2015
Hari ini kami keluar lewat sedikit.. Kami checkout siap-siap dan ke Umeda Station menyimpan bagasi seterusnya meneruskan perjalan menuju ke Himeji Castle.. Kami menghabiskan masa di sini.. Perjalan dari Umeda ke Himeji Castle agak jauh juga.. Setelah puas berjalan di Himeji Castle kami kembali ke Umeda Station ambil bagasi dan terus ke airport.. Untuk malam ini kami hanya berpeleseran dan tidur di airport kerana flight kembali ke Malaysia ialah keesokkan harinya jam 11 pagi.. 


Sekian sahaja pengalaman mengembara di bumi Jepun.. Selepas ini kalau rajin saya akan membuat entry tentang apa yang bolehh di shopping di Jepun dan mungkin juga penggunaan pas pengangkutan di Jepun berdasarkan pengalaman peribadi saya.. InsyaAllah...

Terima kasih kerana sudi membaca.. :)

Thursday, December 24, 2015

Percutian di Bumi Jepun (Part 4)

27 Nov 2015
Seterusnya kami ke Nara Park.. Di Nara Park ni korang boleh la bermain-main dengan rusa.. Merasalah pegang rusa macam pegang kucing.. hehheehe.. Jinak sangat.. Lagi-lagi kalau korang beli biskut rusa tu, berkerumun la rusa-rusa tu mintak makan.. Ok nak bagitahu Nara Park ini tersangatlah besar.. Ada juga temple di sekitarnya.. Jadi memang agak penat juga berjalan kaki di Nara Park ni.. Nasib baik ada rusa-rusa jinak ni berselfie dengan rusa-rusa tu hilang lah sikit penat tu..


Kemudian kami ke Umemori Sushi untuk merasa sendiri Japanese Cuisin.. Untuk mereka yang minat makan sushi boleh la ke sini.. Macam saya sendiri tak berapa minat makan sushi jadi jangan tanya sedap ke tak.. Umemori Sushi ni kami jumpa dalam application "Halal Gourmet Japan".. So smartfon user boleh download application ni..


Dah makan sushi kami ke Dotonborri.. Ok Dotonborri ni tempat shopping.. Best dan happening sangat.. Personally saya sangat suka datang ke Dotonborri ni.. Saya beli sourveniour pun di sini, nama kedainya 300 coins.. Semua barang di jual pada harga 300 yen.. Lawa-lawa dan rare jugak barang-barang yang dijual di sini..


28 Nov 2015
Hari ini hanya ke Osaka Castle sahaja.. Kawasan taman di sekeliling Osaka Castle ni sangat luas dan agak penat juga berjalan.. Kami melepak dan berkelah di sini.. Kemudian keluar masuk shopping complex di Umeda.. Last sekali kami ke Osaka Mosque then balik tidur.. Penat hari semalam tak habis lagi sebenarnya..

Gambar sebelah kanan tu adalah pemandangan yang diambil dari observation deck dalam Osaka Castle..
29 Nov 2015
Hari ini kami ke Umeda Sky Building.. Di jepun ni sangat banyak bangunan pencakar langit dan kebanyakkannya semua ada observation deck.. Kalau nak naik semua sediakan bajet yang lebih sedikit.. Sebelum ini di Tokyo kami tak naik pun bangunan pencakar langit sekadar round-round and go sahaja.. Tapi Umeda Sky Building ni kami naik dan menikmati pemandangan dari atas.. Ok lah.. Nampak lah bumi Osaka yang penuh dengan bangunan..


Kemudian kami ke Osaka Aquarium atau nama Jepun dia Kaiyukan.. Di sekitar Kaiyukan ni ada Giant Ferris Wheel dan ada Cruise (tak ingat nama..).. So kami masuk ke dalam Kaiyukan.. Mula-mula masuk tu rasa tak best tapi makin dalam masuk makin best.. Rupa-rupanya mula-mula masuk tu kita akan lihat permukaan aquarium.. Kemudian makin dalam masuk makin kami ke dasar aquarium.. Dan yang paling best sekali, sebelum sampai ke pintu keluar pengunjung boleh merasakan pengalaman memegang ikan pari dan shark.. Last sekali kami naik Giant Ferris Wheel kemudian balik ke guest house..

Gambar sebelah kanan bawah itu adalah kawasan di mana pengunjung boleh membelai ikan seperti membelai kucing.. hehehe
Itu sahaja entry kali ini..
Bersambung...

Monday, December 14, 2015

Percutian di Bumi Jepun (Part 3)

25 Nov 2015
Hari ini adalah hari terakhir kami di Tokyo.. Jadi kami keluar lewat sedikit.. Pukul 12 tengahari kami check out dari guest house kemudian ke station Euno untuk simpan luggage.. Luggage saiz no2 besar boleh simpan 2 beg trolley dan 1 bagpack berharga 600 yen untuk 24 jam.. Ok sangat ni.. Dah simpan beg kami ke Asakusa.. Di sini ada Nakamise Shopping Street.. Jalan terus shopping street ni nanti jumpa shrine lagi.. 

Nampak tak banyak kedai sourvenior tuh?
Ok untuk korang-korang yang nak cari sourvenior macam fridge magnet boleh la beli di sini.. Saya dapat fridge magnet 3 biji 1000 yen.. Sebelum ni survey harga sebiji fridge magnet kebanyakkannya 370 yen ke atas.. Dan di sini juga ada menjual t-shirt Japan berharga 980 yen.. Tempat lain susah nak jumpa... Percayalah! Saya agak menyesal sedikit sebab tak beli t-shirt tu.. Fridge magnet pun beli 3 biji sahaja dengan harapan di Osaka nanti mungkin ada jual fridge magnet lagi murah... Ermmmm tinggal harapan sahaja memang tak ada.. So korang nak cari fridge magnet bagi kawan-kawan Asakusa lah tempatnya.. Take note!

Dah puas berjalan di Asakusa kami ke Skytree dengan hanya berjalan kaki.. Hampir setengah jam juga kami berjalan baru sampai.. Mungkin kami jalan slow.. Tapi penat jugak lah berjalan ke Skytree ni.. Kami tak naik pun observation deck, tapi kami masuk dalam dan masuk sourvenior shop di Skytree.. Tersangatlah cantik sourvenior di sini dan unik.. Tapi tak beli pun sekadar cuci mata kerana harganya amatlah mahal.. Hanya mampu melihat sahaja... Sedih :(


Kemudian kami patah balik ke Euno station dan berjalan kaki ke Ameyako Shopping District.. Ar jalan-jalan cuci mata di shopping street ni memang best.. Walaupun sekadar cuci mata.. Bukan apa suka melihat keunikan produk-produk negara orang.. Dah jalan-jalan di sini terbeli satu sweater berharga 1000 yen.. Campur tax 8% jadi 1080 yen.. Kemudian kami terus ke Kawasaki menaiki bas ke Osaka.. Selamat Tinggal Tokyo! Semoga berjumpa lagi nanti.. 


26 Nov 2015
Kami sampai di Osaka dalam pukul 7 pagi.. Semalaman tidur di dalam bas.. Sampai-sampai terus ambil train ke Umeda station untuk membeli Kansai Thru Pass.. Kemudian kami check in guest house berehat sekejap dan terus bergerak ke Kobe.. Train di Osaka dan Tokyo agak berbeza sedikit.. Di Osaka satu platform boleh ada 2,3 train yang menuju ke destinasi yang berbeza.. Jadi jangan simply naik train yang datang tapi cek label pada body train ke mana train tersebut akan pergi.. Kalau tak jadi macam kami turun naik train sebab tak sampai-sampai ke destinasi yang dituju.. Huhuhuhu.. Dan lagi satu setiap destinasi yang dituju pula ada 3 jenis train iaitu local, semi express dan express.. Jadi pastikan sebelum naik, cek dahulu samada destinasi yang dituju boleh diakses menggunakan train jenis apa.. Sampai-sampai di Kobe kami berjalan kaki menuju ke Masjid Kobe.. My friend solat sekejap di masjid.. 
Kemudian kami ke Chinatown.. Saja nak melihat apa ada di sini.. Malangnya tak ada apa-apa hanya menjual makanan yang tidak halal untuk di makan.. Jadi sesiapa yang berhajat untuk ke Chinatown ni lupakan sahaja kerana tidak ada apa yang menarik pun.. Percayalah!


Seterusnya kami ke Meriken Park.. Di sini ada Museum Maritim, Kobe Port Tower dan landscap yang menarik untuk melepak kerana berada di tepi laut.. Pada pendapat saya pemandangan pada waktu malam adalah lebih cantik.. So datang lah malam di sini ye!


Aduh banyak hari lagi ni nak cerita.. Bersambung....

Sunday, December 13, 2015

Percutian di Bumi Jepun (Part 2)

23 Nov 2015
Hari ni kami ke Nikko.. Hujan lagi.. Di Nikko ada 2 attractions yang utama iaitu shrine dan waterfall.. Dan untuk pusing-pusing Nikko ada bus pass.. Ada dua jenis pass, satu untuk pusing shrine sahaja dan satu lagi ke waterfall.. Kami masa tu hanya beli pass ke shrine sahaja 500 yen.. Jadi tak dapat nak tengok Kegon waterfall.. Tapi cuaca masa tu pun tak memihak pada kami.. Jadi kami pasrah.. Ok sebenarnya shrine tidaklah jauh mana dari Nikko station, tapi agak penat juga berjalan.. Better ambiklah bus pass tu supaya simpan tenaga untuk round shrine.. Kawasannya sangatlah besar... 
Tersangatlah cantik pemandangan di sini..
Selepas seharian di Nikko kami pulang ke Tokyo dan singgah ke Shibuya crossing.. Dapatlah kami menyaksikan betapa ramainya manusia crossing the road at one time.. Nak ke Shibuya Crossing ni naik train turun Shibuya station (JR) ambil west exit belok kanan dan jalan terus.. Tak sampai 5 minit sampai ke destinasi.. 


24 Nov 2015
Seterusnya kami ke Odaiba.. Di sini ada banyak attraction places sebenarnya.. Mula-mula tu kami pergi cari Gundam, dah sampai ke DiverCity Tokyo Plaza tapi tak jumpa Gundamnya.. Lepas tu my friend ajak ke Rainbow Bridge.. Agak jauh dari DiverCity.. Lepas tu kami naik Rainbow Bridge tu jalan kaki 3km... Macam nak pengsan rasa... 3km tu hanya di atas Rainbow Bridge sahaja, itu belum masuk perjalanan dari DiverCity ke Rainbow Bridge.. Seriusly penat yang amat.. Tapi kan, kalau nak ke Rainbow Bridge better pergi malam.. View lebih cantik.. 


Lepas tu my friend nak pergi cari patung yang macam kat New York tu.. Patung ni kalau nak tengok awak naik dekat bangunan AquaCity tu.. Kemudian kami kembali ke DiverCity cari Gundam.. Ok sebenanrnya nak cari Gundam ni korang kena masuk bangunan DiverCity dan jalan sampai jumpa food court.. Masuk food court cari pintu keluar.. Keluar dari pintu tu jumpalah Gundam..

Show Gundam pukul 12 tengahari..
Dah tengok Gundam kami ke Harajuku.. Di sini ada kedai makan halal tapi biasalah jual kebab saja.. Syok gak jalan kat Takeshita street di Harajuku ni.. Di sini ada Daiso, habis barang-barang dalam tu diborong oleh tourist untuk dijadikan sourvenior rasanya.. Ye laa Daiso je yang murah.. Penat sungguh berjalan hari ni..


Selepas tu saya ke Nippori cari kedai Tomato nak tengok-tengok Japanese Cotton... Cantik-cantik bak hang! Tapi harga starting dari 300 yen semeter.. Tapi saya tak beli pun, cuci mata sahaja.. Di sini jugak banya kedai jual barang-barang jahit.. Ada satu kedai tu jual butang sahaja.. Macam-macam jenis butang dan cantik-cantik semuanya.. Di sini saya beli pattern untuk jahit baju kemeja.. Lepas ni boleh la jahit baju kemeja sendiri.. Yeah!


Ok sudah panjang sangat rasanya entry kali ni.. Kita sambung next entry ye!

Wednesday, December 9, 2015

Percutian di Bumi Jepun (Part 1)

Kali ini saya ingin berkongsi pahit manis berada di Jepun.. Sebenarnya percutian ini dirancang oleh rakan saya dan saya hanya mengikut sahaja.. Jadi saya akan ceritakan pengalaman kami dan kongsikan sedikit tips dan pengajaran dari apa yang telah kami lalui..
20 Nov 2015
Flight ke Jepun sepatutnya pada jam 1.00 pagi tapi pihak penerbangan mengubah jadual perjalanan.. Makanya kami depart dari KL pada jam 2.00 petang dan sampai ke Haneda Airport pada jam 11.00 malam.. Untuk malam pertama ni kami hanya tidur di airport.. Oh ye di sini ada prayer room di level departure.. Tapi prayer room ni hanya boleh digunakan untuk solat sahaja dan tak boleh nak lepak dalam tu kerana setiap jam security akan datang cek prayer room.. Sebenarnya tiada masalah pun untuk tidur di airport.. Security ok jer tak marah pun.. 



21 Nov 2015
Pagi ni kami terus ke kaunter JR untuk beli travel pass.. Kami menggunakan JR Kanto Pass berharga 8300 yen untuk adult selama 3 hari.. Kami juga membeli Tokunai Pass berharga 750 yen untuk 1 hari.. Selepas itu kami gerak ke Narita Airport menggunakan Kanto Pass untuk mengambil modem wifi di Post Office Narita Airport.. Setelah itu kami ke Station Oji untuk check in ke guesthouse yang telah ditempah.. Sebelah malamnya kami ke Tokyo Tower.. 


Sebenarnya kami agak kerugian di sini sebab untuk hari pertama kami gunakan Kanto Pass ke Narita Airport semata-mata untuk ambil modem wifi sahaja.. Narita Airport agak jauh dari Haneda Airport.. Lebih setengah hari habis dalam perjalanan pergi dan balik untuk ambil wifi sahaja.. Jadi if korang berhajat untuk sewa wifi better suruh provider hantar ke tempat penginapan sahaja.. Tak perlu membazir masa dan tenaga serta wang ringgit ke tempat yang jauh.. Huhuhuhu..


Ok inilah Tokyo Tower.. Kami tak naik pun observation deck.. Kami masuk dalam tower tu cuci mata sourveniour yang boleh di bawa balik ke Malaysia.. Ok nak bagitahu korang di Tokyo Tower ni rasa saya harga fridge magnet antara yang berpatutan.. Tapi yang lebih berpatutan nak cari fridge magnet adalah di Asakusa.. Saya juga terjumpa t-shirt cap Japan berharga 980 yen yang mana memang susah nak dapat di tempat lain.. Di Asakusa juga saya ada terjumpa sebuah shop-lot yang menjual t-shirt dengan harga yang sama.. So if nak beli sourveniour boleh beli di sini atau di Asakusa ok!

Nampak macam mahal, tapi inilah antara yang termurah untuk fridge magnet..
22 Nov 2015
Hari ke3 ni kami ke Kawaguchiko.. Di sini ada tasek yang boleh tengok mount fuji.. Malangnya masa kami pergi tu cuaca mendung dan hujan.. Bayang mount fuji pon tak ada.. Tak ada rezeki kami nak tengok mount fuji.. Sesampai di Tasik Kawaguchiko kami berehat dan makan-makan tepi tasik.. Beli nasi di Lawson then makan dengan serunding dan tuna.. 

Tak nampak pun mount Fuji...
Lepas makan kami naik Kachi-Kachi Ropeway.. Dah naik ropeway korang boleh hiking sampai atas ( x tahu sampai mana.. Sebab hiking halfway je).. Selain tu boleh bergambar dengan berlatar belakang kan tasek dan juga mount Fuji.. 

View dari observation deck kachi-kachi ropeway
Selepas seharian di Kawaguchiko kami balik dan singgah ke Shinjuku.. Saja ingin melihat suasanan bandar Tokyo di Shinjuku.. Lupa nak bagitahu walaupun nampak macam tak ada sangat aktiviti di kawaguchiko tapi perjalanan ke kawaguchiko agak jauh.. Sesiapa yang ke Kawaguchiko ni akan seharian lah berada di sini terrmasuk masa perjalanan pergi dan balik..

Kemeriahan Shinjuku pada waktu malam..

Bersambung...

Monday, November 30, 2015

Pengalaman temuduga HLP

Hai.. sekadar ingin berkongsi, 3 November 2015 yang lalu saya telah menghadiri temuduga bagi mendapatkan Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) untuk menyambung pengajian di peringkat Master... Jadi saya ingin berkongsi pengalaman menghadiri temuduga tersebut agar dapat dijadikan panduan untuk rakan-rakan yang berhajat untuk memohon HLP ini..

Temuduga tersebut diadakan di IPG Tun Hussin On di Batu Pahat.. Sesi temuduga pada masa itu dibuat secara berdua-dua.. Soalan pertama yang kami dapat masa itu ialah terangkan tentang diri anda di dalam bahasa inggeris.. Selepas dari soalan tu semuanya dalam bahasa Malaysia..

Soalan seterusnya ialah terangkan tentang kajian yang akan anda jalankan.. Jadi saya pun memberi jawapan dengan perkenalkan tajuk, objektif, permasalahan kajian dan kepentingannya.. 

Soalan seterusnya ditanya ialah apakah reka bentuk kajian? Secara jujurnya saya memang tak tahu dan tak berapa jelas sangat tentang metodologi kajian.. Dan saya juga tidak menyangka penemuduga akan bertanya tentang metodologi kerana metodologi akan kita pelajari apabila menyambung master nanti.. Jadi saya pun bantai je la..

Selepas itu ditanya lagi tentang metodologi iaitu apakah pembolehubah kajian anda? Kali ini memang saya betul-betul tak tahu.. Saya dengan slumbernya masa tu cakap pada penemuduga, "maaf saya tak faham".. Jadi penemuduga tu terangkan lah sikit-sikit selepas tu saya tibai lagi pembolehubah kajian.. huhuhuhu..

Seterusnya, penemuduga mengarahkan kami mengadakan forum dan berbincang tentang tajuk yang mereka beri.. Pada masa itu, tajuknya ialah "Pendapat anda tentang dasar sekolah yang menetapkan aliran vokasional diberi kepada murid lemah".. Jadi kami pun berdiskusi berdua tentang tajuk tersebut..

Dan akhir sekali, penemuduga bertanya kami kenapa saya patut berikan HLP ini kepada anda? huhuhu.. So gebang je la..

Itu sahaja pengalaman saya ketika menghadiri temuduga HLP.. Harapanku semoga ada rezeki untuk menyambung pengajian di peringkat master.. doakan ye! 

Saturday, October 17, 2015

Memasang Wallpaper (D.I.Y)

Hai! 

Bertemu kita lagi dalam entry kali ini iaitu memasang wallpaper..


Gambar di atas ini menunjukkan selepas siap memasang wallpaper sendiri. Untuk pengetahuan saya pasang wallpaper ni sorang-sorang je tanpa bantuan orang lain, hanya berpandukan kepada video di link berikut;  Video Pemasangan Wallpaper oleh FB Korea Wallpaper

Jadi saya ingin buat sedikit review berkenaan video dan pengalaman saya memasang wallpaper ini sendiri.. Saya sarankan anda semua tonton dulu video tersebut ya agar lebih faham apa yang bakal saya ceritakan selanjutnya nanti.

Saya mengikut step by step video tersebut. Saya juga beli gam yang sama seperti dalam video tersebut. Ok dibawah ini gambar gam yang saya gunakan..


Kalau anda ingin membeli gam ni boleh klik disini untuk link kedai yang saya beli di lelong.com.my

Ok berbalik kepada cara pemasangan wallpaper tadi, kalau anda tonton video tersebut mereka menggunakan gayung untuk meletakkan gam kemudian ratakan sapuan gam menggunakan roller.. Apabila saya menggunakan gayung untuk letak gam, saya dapati sapuan gam menjadi tebal walaupun saya ratakan menggunakan roller.. Jadi apabila saya lekatkan wallpaper tersebut ke dinding wallpaper saya menjadi kembung.. bukan kembung angin tapi kembung gam.. Sudahnya saya terpaksa menggunakan scrapper untuk menolak lebihan gam tadi keluar.. Agak memenatkan..

Jadi untuk kepingan kedua dan seterusnya saya tidak menggunakan gayung, saya hanya menggunakan roller sahaja.. Letakkan sedikit gam dalam bekas roller dan golekkan roller pada gam seterusnya sapu gam pada wallpaper.. Saya dapati sapuan gam lebih rata dan nipis serta lebih memudahkan untuk proses menampal wallpaper pada dinding.. Untuk melihat bekas roller dan roller lihat gambar di bawah;


Namun,bila sapuan gam tipis, gamnya akan cepat kering.. Jadi bila saya nak lekatkan wallpaper saya akan rasa dahulu bahagian blakang wallpaper tu.. Kalau gam macam dah nak kering saya sapu gam pada dinding sebelum lekatkan wallpaper tersebut.. Kebaikannya saya dapati saya tidak perlu menekan scrapper pada wallpaper untuk menolak lebihan gam.. Apabila kita menggunakan scrapper terlalu kuat ia sebenarnya boleh merosakkan permukaan wallpaper kita.. Boleh terkoyak! 

Kemudian isu yang kedua saya dapati pada video tersebut ialah proses memotong lebihan wallpaper.. Kalau lihat pada video mereka potong lebihan wallpaper setelah siap meratakan wallpaper tersebut, iaitu dalam keadaan wallpaper masih basah dengan sapuan gam. Apabila kita potong dalam keadaan wallpaper masih basah kesan pemotongan jadi tidak cantik, malah agak susah juga untuk dipotong..


Kalau lihat pada gambar di atas kesan pemotongan nampak tidak rata.. Jadi untuk kepingan kedua dan seterusnya saya membiarkan wallpaper itu kering dahulu kemudian baru potong lebihan tersebut.. Hasilnya lebih rata dan cantik..


Tak susah sebenarnya memasang wallpaper ni.. Mudah je bila kita tahu teknik yang betul!

Ok sekian sahaja untuk kali ini..

Selamat Mencuba!

Tuesday, October 13, 2015

Pengalaman membeli belah di aliexpress.com

Hai! Kali ini saya ingin menceritakan pengalaman saya membeli belah di aliexpress.com

Saya merasakan aliexpress tidak popular mungkin dalam kalangan rakyat Malaysia. Ianya sama sahaja seperti web amazon cuma produk aliexpress ni dari China dan yang bestnya worldwide shipping..

Alkisah saya sedang mencari wallpaper.. Tengah google tentang design wallpaper ternampak satu design yang saya rasakan cantik dan bila diklik terus dibawanya saya ke aliexpress.com

Melihatkan harga saya rasa juga sangat berbaloi dan jauh lebih murah.. Malah harga tersebut telah pon ditambah dengan kos penghantaran ke Malaysia.. Jadi saya pun memberanikan membeli dari web ini.. Ternyata tidak mengecewakan.. Ok untuk mereka yang tak tahu saya tunjukkan sedikit screenshot web aliexpress ye.. Lihat di bawah ini; 


Sebelum membeli wallpaper di sini saya ada tinjau di FB.. Wallpaper di FB ada pelabagai range harga dan material.. Untuk material yang saya beli ialah non-woven dan permukaannya embossed.. Di FB yang saya tinjau material yang sama berharga RM75 segulung tidak termasuk postage.. Percaya tak, di aliexpress dengan material yang sama saya dapat harga RM50++ termasuk kos penghantaran ke alamat saya.. Penghantaran pula mereka menggunakan FEDEX.. Ok ini gambar wallpaper yang saya beli;


Ok yang lagi best, aliexpress ni ada application yang boleh dimuat turun dari apps store.. Di situ kita boleh track item yang dibeli secara real time.. Tak perlu pergi web fedex masukkan tracking no. untuk track item kita.. Cukup hanya buka application aliexpress dan track order di apps tersebut.. Mudah sangat...

Ok tak sabar nak tunggu gam saya sampai.. 
Lepas ni nantikan entry saya memasang sendiri wallpaper ini ya!

Sekian sahaja untuk kali ini! 

Sunday, September 27, 2015

Menghilangkan kesan gam roadtax pada cermin kereta

Hai! Panjang pulak tajuk entry kita kali ini.,


Ha nampak tak kesan gam roadtax tuh? Sebenarnya setiap tahun mesti ada masalah nak hilangkan kesan gam roadtax pada cermin kereta.. Lepas tu dah lupe tahun lepas hilangkan kesan gam tu pakai apa.. Jadi entry ni sebenarnya nak bercerita sambil mengingatkan diri sendiri cara-cara nak hilangkan kesan gam nih..


Mula-mula tu saja cuba LCD Screen Cleaning nih.. hahaha memang langsung tak berkesan.. 


Lepas tu cuba guna minyak.. Yang nampak minyak rambut ni je, jadi cuba la gosok kai minyak rambut nih.. Ermmm penat menyental tak hilang jugak..


Last sekali selepas bertanya kawan-kawan diorang kata guna minyak wangi.. saya pun gunalah minyak wangi yang tak berapa nak wangi nih.. Wow! 5 minit je da bersih cermin kereta saya.. Menakjubkan! hahahaha..


Lihat hasilnya.. Bersih sudah.. 
Lepas ni kena ingat, guna minyak wangi sahaja! 
Menurut kawan saya, kalau kesan kotoran pada whiteboard tu degil sangat, guna minyak wangi juga berkesan katanya.. Ok Selamat beramal!

Bye!

Tuesday, August 18, 2015

Kembara Mahkota Johor 2015

13 Ogos yang lalu, sekolah saya telah mengadakan sambutan jubli emas.. Dan DYMM Sultan Johor memperkenan untuk hadir merasmikan sambutan jubli emas tersebut..

Pelbagai cabaran, dugaan, ranjau dilalui bagi menjayakan sambutan ini.. Saya bersama-sama rakan setugas yang lain telah ditugaskan untuk membina sebuah galeri sejarah yang menceritakan perjalanan sekolah untuk 50 tahun.. Ianya sangat mencabar sebenarnya untuk mencari bahan-bahan sejarah dan menyusun bahan-bahan tersebut menjadi sebuah penceritaan yang hebat untuk tatapan DYMM Sultan Johor serta pelawat yang bakal datang pada majlis tersebut..

Namun pengalaman pahit manis menyiapkan galeri ini bakal saya kenang selama-salamanya kerana ia adalah satu pengalaman baru dan saya sangat bangga dengan hasilnya.. Jom lihat hasil usaha keras kami;









Pengalaman pahit yang manis akhirnya.. Alhamdulillah...
Sekian sahaja untuk kali ini!