Thursday, February 12, 2015

Menebuk Leher Baju Kurung

Ermmmm rasanya dah lama dah saya post entry pasal jahit pesak tu kan.. Ok ini step seterusnya iaitu menebuk leher baju.. Ok sebelum nak tebuk leher baju korang perlu cantumkan 2 bahagian badan baju kurung yang telah dipotong.. Boleh refer pada gambar di bawah...


Ok ini bahagian badan yang telah dicantum.. Secara otomatik bahagian yang dicantum ni akan jadi bahagian bahu baju... Lepas dah cantum pastikan digosok terlebih dahulu bagi memudahkan proses untuk menebuk lubang leher.. 


Bila dah gosok lipat dua badan baju tu macam dalam gambar.. Lipat di bahagian luar baju ye!


Hehehehe.. Ok yang ni cara saya lah.. Nak senang gunakan protector.. heheheh.. Buat macam dalam gambar yer.. 


Kemudian tandakan 3.5 inchi seperti pada gambar sebelah kanan.. Kemudian potong..


 Ok bila dah gunting boleh buka lipatan tadi dan gosokkan bahagian leher tadi,,,
Dah pun siap... Nanti saya tunjuk cara nak jahit leher pula ok!

No comments :

Post a Comment