Tuesday, February 17, 2015

Kemasan Leher Menggunakan Kun


Ok ini adalah leher yang telah ditebuk... Dulu-dulu kemasan leher menggunakan jahitan seperti mata lalat, tikam dan sebagainya.. Selepas itu ada yang menggunakan pelapik sahaja sebagai kemasan di leher... Untuk saya pulak saya lebih suka menggunakan kun sebab lebih mudah dan cepat.. Tak perlu lagi nak cari kain perca untuk dijadikan pelapik atau bersengkang mata menjahit mata lalat..


Nampak tak cara nak jahit kun tu?.. Jahit dari sebelah luar baju ye... Mulakan dengan bahagian yang lurus dahulu.. Lepas tu boleh teruskan jahit dibahagian bulatan leher..


Dah siap dibahagian lurus tu, teruskan jahit dibahagian melengkung dan berakhir di bahagian lurus yang lagi sebelah tu.. Kemudian gunting kun yang berlebihan... Jangan lupa basikan kun dalam 3-4 inchi dari hujung jahitan yang dekat hujung "v" leher baju ye.. Untuk permulaan tu memang sedikit susah.. Tapi boleh jahit dengan kelajuan paling perlahan.. mesti ok punya..


Setelah itu, sebelum masukkan kun kedalam baju, jangan lupa gunting sedikit di bahagian melengkung tu supaya bila diterbalikkan nanti lebih mudah.. Dan dibahagian kun yang dibasikan dari V tadi perlu dicantumkan kedua-duanya..


Ok itu rupanya bila dah dijahit.. Untuk lebih kemas lagi,. selepas jahit cantum hujung kun, kelimkan kun tersebut sedikit, kemudian mesinn..

 

Bila dah jahit, masukkan kun ke dalam dan gosokkan bahagian leher macam dalam gambar.. Bila sudah digosok, boleh lah jahit tindih dari bahagian luar leher..


Ok ini rupanya bila dah dijahit tindih dari luar leher.. Kemudian jahit juga dibahagian kun yang tak berjahit di bahagian belakang leher atau bahu... supaya kun itu kelihatan kemas dan sentiasa terletak di dalam baju.. Paham ke? Tak paham tanya k.. Boleh tengok dalam gambar ni di bahagian atas leher tu.. Jahit di bahagian itu sahaja, bukan keliling leher..


Terakhir sekali jahitlah rumah butang dan butang.. Cara nak jahir rumah butang boleh search di youtube.. Saya tiada kawan nak mintak tolong ambil video kat rumah ni.. Susah nak tunjuk pakai gambar.. Apa pun SELAMAT MENCUBA!

No comments :

Post a Comment