Kali ini, saya nak kongsi projek menjahit blouse Tova... Alkisahnya, masa tengah cari design blouse di pinterest terjumpa pula Tova Top ni.. Nampak cantik pulak..
Ok untuk siapa-siapa yang tak tahu, ini la Tova top.. So saya pun beli pattern top ini di Wiksten... Harganya 10 usd sahaja... Yang bestnya bila kita beli pattern ni, dia bagi kita pattern untuk saiz XS ke XL dengan ukurannya sekali... So pilih la saiz yang bersesuaian..
Cara nak beli, boleh ke web Wiksten dan bayaran menggunakan kad kredit, debit dan boleh juga menggunakan paypal... Bila dah bayar dalam masa beberapa minit email pun sampai bagi kita link untuk download pattern...
Dah dapat pattern tu print, gunting dan cantum kan.. tak perlu ukur dah... sebab pattern yang dia provide kat kita tuh adalah dalam ukuran sebenar dan telah ditambah dengan 1cm seam allowance.. senang sangat... Dan dia juga provide cara-cara nak jahit...
Ok gambar di atas ini ialah contoh pattern sleeve yang saya dah gunting dan cantumkan... Saya ambil masa 2 hari untuk menjahit tova top ni... Ok nak tengak hasilnya?
Untuk level difficulty saya rasa baju ni pada tahap di tengah-tengah.. Tak berapa susah dan tak senang juga.. Saya sendiri rasa jahitan saya kurang kemas.. Terutama bila part nak buat kedut-kedut tu.. Tapi untuk first time try ok la tu kan... hehehhe..
Ok next entry saya nak tunjuk cara bagaimana nak jahit blind hem guna mesin jahit... tungguuuuu...
Berjumpa lagi di next entry!
No comments :
Post a Comment