Bertemu kita lagi untuk sambung cerita tentang Hongkong.. Saya akan habiskan cerita Hongkong pada post ni.. Sebenanrnya saya pun dah boring.. bila la nak habis entry Hongkong ni.. huhuhu
Day 7: 27 November 2014
Ok yang saya ingat dalam Ocean Park ni ada aquarium besar... Best masuk aquarium dia.. Yang paling saya suka dengan Ocean Park ni sebab ada Panda!!!! Wokeai~~~.. hehehehe.. Tidur je keje si Panda ni.. pas tu makan... Yang heran tu makan daun buluh pun boleh gemuk... hehhee.. Kuat tidur agaknya.. hahahhaa
Ocean Park ni sebenarnya dibahagikan kepada 2 bahagian... yang bahagian bawah tu ada aquarium, panda, restaurant dan Old HongKong Street untuk ambil-ambil gambar.. Lepas tu untule vk naik ke atas ada 2 options samada nak menggunakan cable car atau menggunakan train.. Naik cable car lah best, tapi beratur panjang sedikit la..
Di bahagian atas plak banyak permainan macam roller coaster yang extreme tu... huhuhu... Saya tak naik pun.. Sebab kawan tu tak nak naik.. naik sorang-sorang tak best.. Selain tu di atas juga korang boleh tengok sealion, penguines dan persembahan dolphin...
Sebelah petang hujan semakin lebat masa kami di sini... Jadi kami balik awal dalam pukul 3 petang macam tu.. Sebelum balik kami singgah Ladies Market dulu.. Habis cerita untuk hari ketujuh kami di Hongkong..
Ini adalah hari terakhir kami di Hongkong... Flight kami pukul 8.00 malam... Jadi sebelah pagi kami ke Ngo Ping 360 untuk merasa naik crystal cable car.. Masa kami sampai tu dalam pukul 9 pagi dah ramai orang beratur untuk beli tiket dan naik cable car... Tapi sebab kami naik yang crystal sekejap sahaja la tunggu..
Itu pun host kami dah komplen kami checkout lambat satu jam... huhuhu sabar je la... Oh ye, untuk nak ke sini korang semua boleh naik MTR ke Tung Chung... Berdekatan dengan MTR ni ada City Gate Outlet... Ada jual barang-barang berjenama di sini.. Boleh la korang cuci mata kalau ada kesempatan..
Ok itu sahaja aktiviti kami hari terakhir di sini... Masa yang selebihnya, kami menghabiskannya di airport sahaja... Hehehehe...
Alhamdulillah... Akhirnya berjaya juga saya menghabiskan entry Hongkong ini.. Secara keseluruhannya melancong ke Hongkong, Shenzhen dan Macau agak mencabar juga.. hehehehe.. Saya harap, entry saya ini dapat menjadi rujukan untuk pembaca yang berhajat untuk ke Hongkong.. Boleh sahaja kalau kawan-kawan nak bertanya, boleh tinggalkan soalan di ruangan komen.. Nanti saya jawab semampu yang boleh...
Sekian sahaja untuk kali ini.. Berjumpa kita dalam entry yang lain pulak... Bye!
P/S: Untuk bacaan Part 7 KLIK SINI
No comments :
Post a Comment