Assalamualaikum semua..
Hari ini kita sambung cerita untuk hari seterusnya...
Day 6 : 26 November 2014
Ok untuk hari keenam destinasi kami ialah The Peak Hong Kong... Dari Tsim Sha Tsui kami naik train ke station Central... Sebelum tu kami top up dahulu kad octopus sebab dah rasa macam tak cukup untuk sampai balik.. Jadi kami top up 100HKD..
Tambang dari Tsim Sha Tsui ke Central ialah 9HKD.. Sampai-sampai di station Central ambil pintu keluar J2.. Lepas tu korang follow sahaja signboard.. Tersangat lah senang... Jalan sikit, tapi mendaki bukit la kemudian sampai lah ke The Peak Tram station..
Disebabkan kami keluar pagi dalam pukul 8.30 macam tu dari apartment, jadi tak berapa ramai la yang beratur nak naik tram masa tu... Untuk tiket, kami dah beli siap-siap dari starmoonvacation.com jadi kami tak perlu beratur untuk beli tiket lagi..
Sampai-sampai atas, keluar dari tram jumpa The Peak Market.. Banyak sangat souvenir jual kat situ.. dan yang penting lebih cantik, banyak pilihan dan murah juga.. Pada saya lebih baik beli souvenir di The Peak Market daripada beli di Ladies Market...
Sebelum naik ke puncak kami masuk dahulu Madamme Tussauds HongKong.. Boleh tahan banyak juga patung lilin kat sini... Penat juga bergambar kat sini.. hehehe.. Dah puas bergambar dengan selebriti pilihan, kitorang terus naik ke puncak bangunan.. hehehehe..
Sampai-sampai di sini, mereka bagi audio untuk didengari yang menceritakan tentang sejarah HongKong... Tapi saya tak dengar pun... Hahahahaha...
Ok keadaan di atas ni sangat la sejuk dan berangin... Ok la, personally saya tak pernah rasanya berada di puncak atas bangunan.. hehehe.. Jadi ia pengalaman yang mengujakan juga... This place is a must visit!
Oh ye... di sini juga ada satu ruangan di mana korang boleh mengabadikan cinta korang di sini... hahahaha.. Disediakan sekeping kertas untuk korang abadikan nama korang dan pasangan then gantungkan di tempat yang disediakan... Boleh tengok gambar sebelah tu ==============>>>>>>
Ramai juga yang mengabadikan memori cinta diorang di sini.. hahahahha... poyo pulak ayatnya... Tapi kitorang tak buat pun... tengok dan bergambar sahaja... :)
Dah puas di sini sampai kesejukan, kami kembali turun ke The Peak Market tadi.. apa lagi, cari souvenir la... hehehehe.. Rambang mata dibuatnya.. Semua cantik-cantik dan design fridge magnet yang dijual tak ada pun di Ladies Market...
Ok nak tengok apa yang saya beli? Ni dia... Yang rama-rama dan ribbon tu sebenarnya adalah cincin.. Tapi bukan nak pakai kat jari... Nak pakai kat tudung... heheheh... Tiap-tiap hari pergi sekolah boleh tukar-tukar pakai... Tapi harganya tak murah la yang ni.. Harga kalau tak silap HKD160 untuk 3 pieces.. Saya beli 2, kawan saya beli 1..
Yang perkataan HongKong tu pula ialah fridge magnet.. Oleh kerana beli 1 sahaja saya tidak tawar menawar.. Harga dia HKD15 untuk satu.. Sebenarnya ada banyak lagi pilihan fridge magnet lawa-lawa di sini.. Tapi saya berkenan yang ini... Tak beli banyak, sebab kawan-kawan dan family macam tak berapa minat dengan fridge magnet...
Dah puas membeli belah, kami turun dari The Peak dan terus ke hentian bas yang berdekatan, untuk ke Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Centre... Kemudian kami buka application city bus, taip nama hentian yang kami tunggu dan tuliskan nama jalan yang berdekatan dengan destinasi kami... keluarlah nombor bas yang boleh dinaiki dan berapa pitstop.. senang sahaja... Alhamdulillah tak sesat...
Sampai-sampai terus ke Islamic Canteen dan makan dimsum... arghhhh sedapnya... rindu nak makan dimsum lagi... Lupa nak ambil gambar masa di sini... Sebab gelojoh sangat masa ni nak try dimsum dia.. sampai kekenyangan... Makan di sini ok dan harga pun saya rasa ok.. 2 orang makan kami kena HKD154.. Yang ni bergantung korang makan apa..
Dah kenyang dalam pukul 2 petang plus plus macam tu kami buat keputusan membuang masa dan duit di Ladies Market.. So kitorang cari jalan ke MTR yang berdekatan.. Tengah-tengah jalan tu jumpa signboard MTR station jadi kami ikut je.. Nama station MTR tu ialah Causeway Bay kalau tak silap.. maaf atas kekhilafan ya!
Ok itu sahaja aktiviti kami hari keenam ini.. Nantikan hari ketujuh pula kami di HongKong ya!
Tunggguuuuuu....
P/S: Untuk bacaan Part 6 KLIK SINI
P/S: Untuk bacaan Part 8 KLIK SINI
Tuesday, January 6, 2015
Melancong ke Hongkong, Shenzhen (China) & Macau Pt 7
Labels:
HongKong
,
islamic canteen
,
madamme tussauds hongkong
,
the peak
,
tram
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment