Day 3: 23 November 2014
Ok untuk hari ketiga kami santai sahaja... Bangun-bangun pagi bersiap dan terus checkout dari Colour Hotel.. Masa ni ada pengalaman yang kurang best... Masa check out tu, receptionist di kaunter tu suruh tunggu sekejap sementara pekerja dia cek bilik..
Pada masa yang sama kami menunggu ni, ada tourist dari Europe nak mintak scale... Diorang buat tak layan je.. memang agak teruk la customer service dia.. Tapi saya boleh buat rumusan disini mereka sebenarnya takut dan malu dengan tourist.. If possible mereka cuba nak mengelak dari berurusan dengan tourist.. Kalau ada local people mereka akan layan local people dahulu... Mungkin disebabkan masalah bahasa..
Selesai dia cek bilik, mereka suruh kami bayar Y40 sebab ada stain warna merah dekat sarung bantal.. Kami berdua ni terpinga-pinga mana pulak datang stain ni.. Kitorang tak ada pulak bawak air sirap ke apa.. Wain jauh sekali... Dan kesan tu nampak sangat la kesan lama yang sudah dibasuh dan tak hilang... Tengokla betapa liciknya mereka ini.. Tetapi disebabkan kami ni malas nak gaduh-gaduh, dalam kepala nak keluar dari situ secepat yang mungkin, so end up kami bayar sahaja la kesan stain yang kami tak buat tu...
Dah keluar dari hotel kami cari kedai makanan halal.. Alhamdulillah ada kawan yang pernah pergi tunjuk kami cara nak pergi ke kedai tersebut.. Senang sahaja.. keluar dari Colour Hotel, jalan ke kiri terus sahaja sampai akhirnya jumpa kedai tu.. Tak jauh pun.. Sempat la jugak makan mee tarik.. Jari ni rasa nak terseliuh makan pakai chopstick... huhuhuhu..
Lepas makan.. berhadapan dengan kedai tadi ada Baima Fabric Market.. Kami pun masuk pusing-pusing dalam tu.. Kebanyakan mereka jual baju untuk persediaan musim sejuk.. Baju mereka memang sangat cantik dan trendy.. Tapi kami tak beli apa pun.. Window shopping sahaja..
Sebelah ni gambar kedudukan tempat-tempat shopping di kawasan Dongmen.. Banyak sangat tempat shopping di sini.. Tapi kami tak shopping pun di sini..
Lepas window shopping terus ambil Metro ke Louhu.. Tambang Y2 sahaja.. Dekat Laouhu ada Louho Commercial city (Tak silap itulah nama dia.. hehehe).. Kami shopping di sini..
Dalam bangunan semua barang ada.. Di sini saya beli beg, china silk, chiffon, casing iphone dan bagpack.. Nak kata murah tu, tak jugak lah.. Bergantung pada kemampuan korang untuk bargain dengan mereka.. Macam saya personally memang tidak berapa pandai bargaining.. Jadi selagi price tu pada saya reasonable saya beli sahaja..
Kalau korang mencari china silk, di Louhu Commerical city ni memang ada.. Cuma corak tersangatla kurang pilihan.. mungkin kalau beli di Guangzhou lebih banyak corak yang menarik.. Saya pun hanya beli sepasang sahaja China Silk.. Exact price saya tak ingat.. Masa tu saya beli cotton linen sepasang, chiffon 2 pasang, dan china silk sepasang Y304 semuanya.. Harganya mungkin dalam lingkungan Y75 - Y80 sepasang untuk China Silk tu..
Saya juga belikan beg longchamp untuk mak saya harga Y150 macam tu.. Agak mahal tapi saya suka akan kualiti begnya.. Material sangat best pada saya..
Casing iphone pun agak mahal juga.. saya dapat harga Y70 satu.. tapi saya suka sebab bling-bling.. Casing yang gambar merak warna biru turqoise tu saya beli di Louhu.. Lagi dua tu saya beli di Ladies Market..
Selesai shopping, kami tukar duit Yuan ke HKD.. Dalam perjalanan ke immigresen ada beberapa money changer.. Selesai di immigresen kami terus balik ke Hongkong naik MTR ke Tsim Sha Tsui dengan tambang HKD37.80..
Sampai tu kami berehat.. Pukul 6 petang macam tu kami jalan kaki ke Avenue Of Stars.. Oleh kerana kami takut sesat, untuk ke Avenue Of Stars tu, kami masuk balik dalam MTR Station dan cari Exit Avenue Of Stars.. hehehehe.. Kami keluar di Exit J4.. Penat juga berjalan.. huhuhuh.. Sampai-sampai dah gelap terus cari port untuk melihat pertunjukan lampu di situ..
Inilah pemandangan waktu malam di Avenue Of Stars..
Ok, sedikit review tentang pertunjukan lampu di sini.. Pada saya biasa-biasa sahaja... Tak menarik pun.. huhuhu... Menguap banyak kali sementara tunggu pertunjukan tu habis.. Tapi alang-alang dah sampai korang pergilah tengok... hehehehe...
Cadangnya lepas tengok pertunjukkan lampu nak pergi Ladies Market lagi.. Tapi sebab dah penat, lagi pun esok nak bangun pagi-pagi nak naik ferry ke Macau kami balik bilik berehat dan tidur...
Alrite, nantikan entry seterusnya tentang MACAU k...
Tungguuuuuuu.....
P/S: Untuk bacaan Part 3 KLIK SINI
P/S: Untuk bacaan Part 5 KLIK SINI
No comments :
Post a Comment