Day 4: 24 November 2014
Ok jom kita sambung cerita... Untuk hari ke 4 ni kami pergi ke Macau.. Kami naik ferry dari Hongkong-Macau Ferry Terminal.. Sebenarnya ada dua terminal untuk naik ferry ke Macau.. Satu lagi nama dia China Ferry Terminal...
China Ferry Terminal ni terletak di Tsim Sha Tsui... Kalau ikut google map katanya kalau jalan kaki dari apartment kami hanya 6 minit sahaja.. Tetapi disebabkan ada map pun boleh sesat, dan bagi mengelakkan kesesatan yang amat teruk kami naik sahaja ferry dari Hongkong-Macau Ferry Terminal..
Untuk naik dari Hongkong-Macau Ferry Terminal, kami naik MTR dari Tsim Sha Tsui ke stesen Sheung Wan..Tambang HKD6.70.. Sampai di Sheung Wan hanya perlu ikut sahaja signboard ke ferry terminal.. senang sahaja.. Dari situ kami ambil ferry Turbojet dengan tambang HKD164.. Perjalanan lebih kurang 40 minit ke 1 jam kalau tak silap..
Ok dekat ferry terminal ni mula-mula tu kami macam blur sikit.. Sebab untuk customer yang beli tiket dah masuk dalam boarding area, tapi masih ada lg orang beratur... rupa-rupanya diorang beratur sebagai waiting list kalau-kalau ada kekosongan dalam ferry tu.. mungkin jadual tiket diorang tu lambat lagi..
Sedikit review ferry turbojet ni.. ferry ni sangat bersih dan kemas.. keadaan dalam ferry pun cantik.. rasa selesa naik ferry ni.. dan lagi satu saya tak rasa mabuk langsung sebab tak rasa pula ferry ni beralun-alun.. Masa pergi Langkawi dulu naik ferry rasa bergoyang-goyang, boleh mabuk dibuatnya... Tapi ferry ni rasa stabil saja... Tahu-tahu dah sampai...
Kami sampai di Macau dalam pukul 9 pagi macam tu.. Destinasi pertama kami ialah Macau Fisherman's Wharf.. Mula-mula tu nak jalan kaki sebab macam tak berapa jauh... Elok je nak jalan kaki nampak shuttle bus Hotel Sands... Kami pun buat-buat yakin naik bas tu dan berhenti di hotel tersebut.. Sampai sahaja kami jalan kaki seberang jalan terus sampai ke Macau Fisherman's Wharf... hahahah senang sangat...
Ok di sini tiada apa sangat pun, sekadar ambil gambar kenangan dengan reka bentuk bangunan yang epic sangat.. sangat cantik dan sangat sesuai untuk dijadikan latarbelakang gambar perkahwinan..
Tengok gambar ni, cantik kan? Kami berada di sini sekejap sahaja.. sekadar singgah untuk menikmati pemandangan dan merakam kenangan di sini.. chewah! hehehhee..
Museum ni menceritakan tentang sejarah sukan Formula 1... Dalam museum ini juga kita boleh cuba memandu kereta Formula 1.. macam main game la tapi.. ada komputer semua.. Tapi macam kita bawa kereta la sebab ada gear semua.. Kalau nak cuba pandu akan dikenakan bayaran.. Lupa pula nak tanya berapa harganya.. Hehehehe..
Destinasi seterusnya kami ke Senado Square.. Dari museum ni kami seberang jalan ambil bas awam.. Kami sebenarnya menggunakan google map untuk dapatkan maklumat bas no. berapa yang perlu kami naik untuk ke Senado Square.. Tambang pulak kami ada buat research sedikit, kalau naik bas dalam kawasan semenanjung Macau tambangnya MOP3.20.. Kalau Macau Peninsular ke Taipa MOP4.20..
Bagaimana nak tahu dah sampai Senado Square? Ok senang sahaja.. kami start navigation google map.. hahahaha.. Bila dalam map tunjuk dah sampai kami tekan la loceng dan turun.. hahahahaha.. senang kan?
Tengoklah betapa ramainya manusia masa kami di sini.. Kami datang Macau ni hari Isnin.. Ramai jugak pelancong dan orang tempatan..
The Venetian ni ialah hotel + mall + rekreasi(naik gondola) + gamble.. Besar betul The Venetian ni.. Bila nak cari jalan keluar tu kami sesat.. 2 kali pusing tempat yang sama... huhuhuhu... Dah tak larat sangat rasa...
Gambar sebelah tu adalah papan tanda hotel TheVenetian.. Seberang jalan nya ialah Hotel City Of Dreams.. Lupa pula nak ambil gambar..
Kami pergi ke Hotel City Of Dreams sebab nak lihat pertunjukan Dragon's Treasure.. Sejak turun dari bas Venetian sampai ke Hotel City Of Dreams ni kami tak duduk-duduk lagi.. pinggang sudah kesakitan sebab tak berhenti jalan lagi.. huhuhu.. Kononnya masuk ke Theathre Room Dragon's Treasure tu dapat la duduk.. Hampeh.. Tengok sambil berdiri da.... huhuhu..
Ha tu gambar naga dia.. hehehehe..
Dah selesai tengok naga, kami pun ambil shuttle bus ke Ferry Terminal.. Sampai di terminal kami beli tiket balik ke Hongkong MOP189.. Dalam pukul 9 lebih jugak kami sampai ke Tsim Sha Tsui..
Sebelum naik bilik, kami singgah makan di kedai pakistan, makan nasi beryani ayam dan daging.. Untuk dua orang makan HKD207... Mahal kan? huhuhuhu...
Selesai sudah pengembaraan kami di Macau.. nantikan sambungan pengembaraan kami di Hongkong pula..
Tungguuuuuu...
P/S: Untuk bacaan Part 4 KLIK SINI
P/S: Untuk bacaan Part 6 KLIK SINI
No comments :
Post a Comment