Thursday, January 29, 2015

Mencantum Pesak Baju Kurung

Hye!

 Entry ini ditujukan khas kepada kawa-kawan satu tempat kerja yang dah potong kain nak buat baju kurung tapi tergendala untuk proses seterusnya disebabkan kesibukkan kerja hakiki.. hehehhe..

Tanpa membuang masa, jom kita lihat cara-cara menvantum pesak baju kurung...

Langkah 1

Mula-mula korang ambil sepasang pesak dan kekek macam gambar di atas... Untuk bahagian pesak, korang perlu jahit di bahgian tegak atau lurus, bukan pada bahagian yang senget... Sebelum jahit ambil kekek letak atas pesak, lipat setengah inchi untuk basi dan tandakan... Lihat gambar di atas.. Bila dah tanda, boleh mula jahit..
Ok ini hasilnya bila dah jahit..

Langkah 2
Seterusnya, camtumkan kekek dengan bahagian pesak tadi..
Ok gambar di atas tunjuk cara nak jahit..
Ok inilah hasilnya bila dah jahit.. Jangan lupa iron bahagian jahitan biar nampak professional gitu..

Langkah 3

Seterusnya kita akan cantumkan pesak yang telah dijahit ini dengan lengan baju..

Alamak terbalik pulak gambar ni... Heheheh.. Tapi korang paham kan?
Sebelum nak cantum bahagian pesak ke lengan baju, korang kene jahit dahulu lengan tersebut..
Caranya, letak pesak baju di atas lengan seperti dalam gambar di atas.. Masukkan hujung kekek setengah inchi sebagai basi dan tandakan.. Kemudian jahit dari bahagian yang korang tanda sampai ke hujung lengan..

Langkah 4

Seterusnya bila sudah cantum lengan baru lah dicantumkan bahagian pesak tadi ke bahagian lengan..
Hujung kekek tu mesti bertemu dengan jahitan di bahagian lengan tadi..

Bila dah siap jadi lah seperti dalam gambar di atas..


Yang ini pula dari bahagian luar.. Jangan lupa untuk iron dibahagian jahitan supaya nampak lebih kemas dan professional.. 

Ok.. Cuba korang jahit yang ini dahulu untuk kedua-dua belah pesak... Bila dah siap nanti kita sambung untuk cara menebuk leher dan cantum ke badan..

If tak paham let me know ok..
Selamat Beramal!

Bye!


Monday, January 26, 2015

Cara Jahit Sembunyi Bahagian Kelim Menggunakan Mesin Jahit

Hye!

Ok, hari ini saya nak berkongsi tentang cara untuk jahit sembunyi pada kelim hujung baju atau seluar.. Sebenarnya dah lama saya cari tutorial ni.. baru sahaja jumpa dan terus cuba pada tova top and jadi!

Sebelum itu, terima kasih kepada mellysews.com untuk tutorial terbaik ni!

Ok untuk menjahit kelim cara sembunyi menggunakan mesin jahit ini, kawan-kawan memerlukan sebuah mesin jahit portable yang ada pelbagai corak jahitan...
 
Corak jahitan yang diperlukan adalah corak bernombor 14 pada gambar di atas... Untuk pengetahuan semua, saya menggunakan mesin jahit Brother NV50.. Rasa saya semua mesin jahit portable ada corak jahita ni..

Langkah 1
Ini adalah bahagian hujung baju yang ingin dikelim.. Oleh kerana saya tidak jahit tepi jadi saya kelim dahulu dalam setengah inchi..

Langkah 2
Kemudian saya kelim lagi satu inchi... Saya seterika supaya dia tak lari-lari.. Senang bila nak jahit nanti.. Kalau kawan-kawan dah jahit tepi hujung tu, terus sahaja ikut langkah dua ni.. abaikan langkah pertama tadi..

Langkah 3
Seterusnya bila nak jahit, pilih dulu corak jahitan tadi.. Lepas tu, bahagian kelepet yang telah di iron tadi korang lipat ke bahagian luar baju seperti gambar di atas dan keluarkan sedikit seperti dalam gambar untuk dijahit..

Langkah 4
Bila dah jahit, rupa dia seperti gambar di atas..


Gambar atas ni, bila korang keluarkan bahagian kelim yang korang lipat ke bahagian luar baju masa nak jahit tadi..

Gambar di atas ini ialah hasil jahitan di bahagian luar baju... Senang dan Cepat! Tak perlu lagi jahit pakai tangan.. Lambat siap.. hehehehe

Ok itu sahaja untuk entry kali ini..

Credit to mellysews.com
If korang nak lihat versi orang putih boleh ke mellysews.com dan klik bahagian tutorial.. Cari tutorial How to blind hem using sewing machine..

SELAMAT MENCUBA!

Saturday, January 24, 2015

Tova Top, My DIY Project

Assalamualaikum...

Kali ini, saya nak kongsi projek menjahit blouse Tova... Alkisahnya, masa tengah cari design blouse di pinterest terjumpa pula Tova Top ni.. Nampak cantik pulak..

Ok untuk siapa-siapa yang tak tahu, ini la Tova top.. So saya pun beli pattern top ini di Wiksten... Harganya 10 usd sahaja... Yang bestnya bila kita beli pattern ni, dia bagi kita pattern untuk saiz XS ke XL dengan ukurannya sekali... So pilih la saiz yang bersesuaian..

Cara nak beli, boleh ke web Wiksten dan bayaran menggunakan kad kredit, debit dan boleh juga menggunakan paypal... Bila dah bayar dalam masa beberapa minit email pun sampai bagi kita link untuk download pattern...

Dah dapat pattern tu print, gunting dan cantum kan.. tak perlu ukur dah... sebab pattern yang dia provide kat kita tuh adalah dalam ukuran sebenar dan telah ditambah dengan 1cm seam allowance.. senang sangat... Dan dia juga provide cara-cara nak jahit...


Ok gambar di atas ini ialah contoh pattern sleeve yang saya dah gunting dan cantumkan... Saya ambil masa 2 hari untuk menjahit tova top ni... Ok nak tengak hasilnya?

Ini lah hasilnya.. saya menggunakan kain cotton burberry... Tapi sebab saya buat saiz S, baju ni sedikit besar untuk saya.. Akhirnya mak saya yang dapat baju ni.. huhuhuhu...

Untuk level difficulty saya rasa baju ni pada tahap di tengah-tengah.. Tak berapa susah dan tak senang juga.. Saya sendiri rasa jahitan saya kurang kemas.. Terutama bila part nak buat kedut-kedut tu.. Tapi untuk first time try ok la tu kan... hehehhe..

Ok next entry saya nak tunjuk cara bagaimana nak jahit blind hem guna mesin jahit... tungguuuuu...

Berjumpa lagi di next entry!


Wednesday, January 14, 2015

Family Trip Bukit Fraser & Bukit Tinggi

Hye semua!

Kali ini saya ingin bercerita tentang percutian keluarga di Pahang... Pada 19 - 21 Disember yang lalu kami satu keluarga jalan-jalan bercuti di Pahang.. Masa kami pergi tu Alhamdulillah belum banjir lagi.. Elok sahaja kami balik.. terus dengar cerita banjir di Kelantan dan Pahang juga..

Kami bertolak dari Kulai, Johor dalam pukul 11 malam macam tu sampai di Batangkali (rumah kakak) subuh.. Berehat sekejap dan sarapan semua kami terus bergerak ke Bukit Fraser... Untuk ke Bukit Fraser ni kami lalu jalan ke Kuala Kubu Bharu dan nanti jumpa signboard ke Bukit Fraser... Senang sangat sebab banyak papan tanda jalan...

Tapi bila dah sampai Bukit Fraser ni kami tak tahu nak pergi mana.. Ermmm sudahnya kami lihat papan tanda tempat-tempat menarik yang ada di sini... Jadi destinasi pertama kami setelah sampai ialah mencari air terjun Jeriau.. Punya lah jauh air terjun ni.. dan jalannya pun agak sempit..

Bila sampai di pintu masuk air terjun jeriau ni,. kami kena berjalan lagi dalam 2km rasa saya untuk sampai ke air terjun seperti dalam gambar di pintu masuk ni.. Memang rasa boleh kurus sekejap.. Tapi bila sampai rasa puas sangat.. sebab air terjunnya cantik juga...

Yang tak bestnya, tempat ni nampak bersih tak ada sampah... Cuma kalau korang nak ke toilet, ermmmm tak payah lah.. baik tahan je... Boleh hilang selera korang tengok toilet tu...

Lepas tengok air terjun kami pergi cari Taman Bunga... Sampai-sampai tengok taman bunga dah jadi taman sayur.. hahahhaa.. Kata orang yang jaga taman tu, tanam bunga tak ada untung... hahahahha..

Lepas tengok taman sayur kami pergi ke tempat naik kuda tu... ermmmm tak ada apa pun.. Nak naik kuda satu round malas nak tunggu.. Itu sahaja tempat yang kami pergi di Bukit Fraser... Rumusannya Bukit Fraser ni tak ada apa sangat pun..

Dah puas berjalan di Bukit Fraser kami turun dan terus ke homestay yang kami tempah di Bukit Chamang.. Esoknya pagi-pagi kami bergerak ke Bukit Tinggi pula.. Nak masuk Bukit Tinggi ni dikenakan bayaran RM12 dewasa.. Aktiviti kami di sini selain melihat keindahan bangunan di sini, kami pergi juga Japanese Village dan Animal Park..

Di Japanese Village tak ada apa pun.. Sekadar ada Taman Botani dan replica rumah jepun sambil-sambil ambil gambar pakai kimono.. Tapi Animal Park best sangat.. Nak masuk Animal Park ni dikenakan bayaran RM3 seorang..

Yang bestnya di Animal Park ni, arnab dan rusa dibiarkan berkejar-kejaran.. Hahahaha, jadi korang boleh tangkap, pegang dan peluk sambil ambil gambar.. Boleh juga bagi makan kat arnab tu.. Seronok sangat tengok kanak-kanak terlompat-lompat kejar arnab...

Dah puas berjalan di Bukit Tinggi, kami teruskan perjalanan kami ke Kuala Gandah untuk melihat gajah... Agak jauh juga perjalanan dari Bukit Tinggi ke Kuala Gandah.. Dalam 1 jam perjalanan macam tu.. Sampai sahaja di Kuala Gandah Elephant Sanctuary, pelawat dikehendaki untuk mendaftarkan diri kaunter pendaftaran.. Masuk sini percuma.. Selesai mendaftar pelawat akan diberikan pelekat untuk ditampal pada baju masing-masing..

Aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah memandikan gajah dan beri makan gajah.. Aktiviti mandi tu ada jadual dia.. Tak silap saya aktiviti tu bermula jam 2 petang untuk 1 jam sahaja.. Masa kami sampai tu, aktiviti mandi gajah dah mula dan dah nak habis pun.. Mereka yang berminat nak mandikan gajah kene beratur.. Jadi kami di sini hanya beri makan gajah sahaja la..

Sebelum pulang ke homestay, kami singgah ke Chamang Waterfalls.. Sebab dah dekat sangat dengan homestay kami, jadi rugi rasanya tak singgah.. Sebenarnya air terjun Chamang ni ditutup pada bulan 12.. Kerana agak bahaya untuk aktiviti mandi-mandi di sini.. Tetapi pelawat-pelawat ni degil masuk juga kawasan air terjun ni..

Di Chamang Waterfalls ni juga ada jambatan gantung... Siapa-siapa yang tak pernah naik jambatan gantung ni boleh la naik.. Dah puas main air di sini, kami pun balik homestay.. Jam pun dah pukul 6 petang masa tu...

Esoknya pagi-pagi kami check out homestay dan teruskan perjalanan ke Cameron Highland.. Tahun ni tema trip kami tanah tinggi.. Hehehehe.. Tapi yang paling best dalam trip ni ialah kami dapat merasa makan Durian Musang King... First time rasa.. Ya Allah sedapnya.. dah la manis isi pun tebal, makan seulas dah kenyang... Tapi memang mahal yang amat.. huhuhuhu...

Sekian sahaja entry kali ini.. Berjumpa lagi pada entry akan datang... Bye!

Saturday, January 10, 2015

10 Things Girls Do Are Not Cute

Hai! Berjumpa kita lagi dalam entry yang baru.. hehehhee...

Well a few days before, I am trying to cheer up myself by going through youtube, suddenly I jumped to this video which I think just suit me well.. Well girls, I think you should see this video and just reflect yourself..



Sebenarnya, apa yang J-Reyez mention dalam video ni tentang "urge to speak up about someone business" tersangatlah kena dengan apa yang saya lalui di tempat kerja... Huhuhuhu.. Yes, I know the situation yang mana bos tidak tahu.. But then the thing is perkara tu tak berkaitan pun dengan saya.. But saya speak up... At last saya malu sendiri... Huhuhuhu... So kawan-kawan jangan lah korang jadi seperti saya.. Ada sedikit penyelasan di situ...

One more is about "instigate fight"... As for me.. kadang-kadang saya rasa girls ni suka menyokong tindakan kawan-kawan secara membabi buta.. I means walaupun benda tu salah as friends kita tetap sokong dia.. Ni yang kadang-kadang boleh menyebabkan pergaduhan... So girls, we should avoid this.. Sepatutnya as friends kita memperbetulkan keadaan kan.. ermmm.. but this is reality.. I have been through this thing also..

Yang lain-lain tu, tentang small is cute, high pitch voice, old man working out, socialize in gym, too much make up, show up ass, act dumb and late for date saya tak nak sentuh.. Sebab macam tak berkaitan dengan saya...  hehehhe

After all this video is good... best and funny... Jom kita reflect ourselves girls!

That's all for today.. see u on next entry..Bye!



Thursday, January 8, 2015

Melancong ke Hongkong, Shenzhen (China) & Macau Pt. 8 (FINAL)

Assalamualaikum semua..

Bertemu kita lagi untuk sambung cerita tentang Hongkong.. Saya akan habiskan cerita Hongkong pada post ni.. Sebenanrnya saya pun dah boring.. bila la nak habis entry Hongkong ni.. huhuhu

Day 7: 27 November 2014

Untuk hari ketujuh ni, destinasi kami ialah Ocean Park sahaja... Kami naik MTR ke Tin Hau dengan tambang HKD11.10.. Lepas sampai Tin Hau naik bas ke Ocean Park dengan tambang HKD10.60.. Jangan risau, sebab ada staff Ocean Park yang akan tunjuk jalan ke mana nak ambil bas ke Ocean Park.. Bas tu pulak berhenti betul-betul di pintu masuk Ocean Park...

Masa kami sampai sini cuaca sedikit sejuk.. rupa-rupanya nak hujan la... sudahnya kami berhujan di Ocean Park.. Jadi kurang enjoy sikit di sini.. Untuk memudahkan pergerakan terpaksa beli raincoat HKD40.. huhuhu.. Lepas tu, kami plak tak bawak sweater... Sejuk yang amatttttt.. huhuhuhu...

Ok yang saya ingat dalam Ocean Park ni ada aquarium besar... Best masuk aquarium dia.. Yang paling saya suka dengan Ocean Park ni sebab ada Panda!!!! Wokeai~~~.. hehehehe.. Tidur je keje si Panda ni.. pas tu makan... Yang heran tu makan daun buluh pun boleh gemuk... hehhee.. Kuat tidur agaknya.. hahahhaa

Ocean Park ni sebenarnya dibahagikan kepada 2 bahagian... yang bahagian bawah tu ada aquarium, panda, restaurant dan Old HongKong Street untuk ambil-ambil gambar.. Lepas tu untule vk naik ke atas ada 2 options samada nak menggunakan cable car atau menggunakan train.. Naik cable car lah best, tapi beratur panjang sedikit la..

Di bahagian atas plak banyak permainan macam roller coaster yang extreme   tu... huhuhu... Saya tak naik pun.. Sebab kawan tu tak nak naik.. naik sorang-sorang tak best.. Selain tu di atas juga korang boleh tengok sealion, penguines dan persembahan dolphin...

Sebelah petang hujan semakin lebat masa kami di sini... Jadi kami balik awal dalam pukul 3 petang macam tu.. Sebelum balik kami singgah Ladies Market dulu.. Habis cerita untuk hari ketujuh kami di Hongkong..

Day 8: 28 November 2014

Ini adalah hari terakhir kami di Hongkong... Flight kami pukul 8.00 malam... Jadi sebelah pagi kami ke Ngo Ping 360 untuk merasa naik crystal cable car.. Masa kami sampai tu dalam pukul 9 pagi dah ramai orang beratur untuk beli tiket dan naik cable car... Tapi sebab kami naik yang crystal sekejap sahaja la tunggu..

Pengalaman naik cable car di Hongkong memang menyeronokkan.. Dan saya tidak ada rasa takut langsung.. Saya rasa pergerakkan cable car mereka smooth sahaja.. Kurang rasa gegaran... Untuk pengetahuan pembaca sekalian, cable car ini agak panjang juga.. iaitu sepanjang 5km... Puas beratur panjang duk dalam ni lama sikit kan... Selalu tak sempat panas bontot dah sampai.. hehehehe..

Dah sampai atas kami menghirup udara nyaman di atas bukit.. Rasa tenang sahaja... Seperti berada di dalam set pengembaraan cerita-cerita cina zaman dahulu kala.. Mana tidaknya, tengok sahaja lah rekabentuk bangunan mereka... Kalau korang rajin boleh jalan sampai puncak bukit untuk melihat statue Buddha.. Kami kesuntukan masa, sebab perlu rushing balik ke apartment untuk check out... Jadi kami naik atas, berehat sekejap dan turun semula...

Itu pun host kami dah komplen kami checkout lambat satu jam... huhuhu sabar je la... Oh ye, untuk nak ke sini korang semua boleh naik MTR ke Tung Chung... Berdekatan dengan MTR ni ada City Gate Outlet... Ada jual barang-barang berjenama di sini.. Boleh la korang cuci mata kalau ada kesempatan..

Ok itu sahaja aktiviti kami hari terakhir di sini... Masa yang selebihnya, kami menghabiskannya di airport sahaja... Hehehehe...

Alhamdulillah... Akhirnya berjaya juga saya menghabiskan entry Hongkong ini.. Secara keseluruhannya melancong ke Hongkong, Shenzhen dan Macau agak mencabar juga.. hehehehe.. Saya harap, entry saya ini dapat menjadi rujukan untuk pembaca yang berhajat untuk ke Hongkong.. Boleh sahaja kalau kawan-kawan nak bertanya, boleh tinggalkan soalan di ruangan komen.. Nanti saya jawab semampu yang boleh...

Sekian sahaja untuk kali ini.. Berjumpa kita dalam entry yang lain pulak... Bye!

P/S: Untuk bacaan Part 7 KLIK SINI

Tuesday, January 6, 2015

Melancong ke Hongkong, Shenzhen (China) & Macau Pt 7

Assalamualaikum semua..

Hari ini kita sambung cerita untuk hari seterusnya...

Day 6 : 26 November 2014

Ok untuk hari keenam destinasi kami ialah The Peak Hong Kong... Dari Tsim Sha Tsui kami naik train ke station Central... Sebelum tu kami top up dahulu kad octopus sebab dah rasa macam tak cukup untuk sampai balik.. Jadi kami top up 100HKD..

Tambang dari Tsim Sha Tsui ke Central ialah 9HKD.. Sampai-sampai di station Central ambil pintu keluar J2.. Lepas tu korang follow sahaja signboard.. Tersangat lah senang... Jalan sikit, tapi mendaki bukit la kemudian sampai lah ke The Peak Tram station..

Disebabkan kami keluar pagi dalam pukul 8.30 macam tu dari apartment, jadi tak berapa ramai la yang beratur nak naik tram masa tu... Untuk tiket, kami dah beli siap-siap dari starmoonvacation.com jadi kami tak perlu beratur untuk beli tiket lagi..

Sampai-sampai atas, keluar dari tram jumpa The Peak Market.. Banyak sangat souvenir jual kat situ.. dan yang penting lebih cantik, banyak pilihan dan murah juga.. Pada saya lebih baik beli souvenir di The Peak Market daripada beli di Ladies Market...

Sebelum naik ke puncak kami masuk dahulu Madamme Tussauds HongKong.. Boleh tahan banyak juga patung lilin kat sini... Penat juga bergambar kat sini.. hehehe.. Dah puas bergambar dengan selebriti pilihan, kitorang terus naik ke puncak bangunan.. hehehehe..

Sampai-sampai di sini, mereka bagi audio untuk didengari yang menceritakan tentang sejarah HongKong... Tapi saya tak dengar pun... Hahahahaha...

Ok keadaan di atas ni sangat la sejuk dan berangin... Ok la, personally saya tak pernah rasanya berada di puncak atas bangunan.. hehehe.. Jadi ia pengalaman yang mengujakan juga... This place is a must visit!


Oh ye... di sini juga ada satu ruangan di mana korang boleh mengabadikan cinta korang di sini... hahahaha.. Disediakan sekeping kertas untuk korang abadikan nama korang dan pasangan then gantungkan di tempat yang disediakan... Boleh tengok gambar sebelah tu ==============>>>>>>

Ramai juga yang mengabadikan memori cinta diorang di sini.. hahahahha... poyo pulak ayatnya... Tapi kitorang tak buat pun... tengok dan bergambar sahaja... :)

Dah puas di sini sampai kesejukan, kami kembali turun ke The Peak Market tadi.. apa lagi, cari souvenir la... hehehehe.. Rambang mata dibuatnya.. Semua cantik-cantik dan design fridge magnet yang dijual tak ada pun di Ladies Market...

Ok nak tengok apa yang saya beli? Ni dia... Yang rama-rama dan ribbon tu sebenarnya adalah cincin.. Tapi bukan nak pakai kat jari... Nak pakai kat tudung... heheheh... Tiap-tiap hari pergi sekolah boleh tukar-tukar pakai... Tapi harganya tak murah la yang ni.. Harga kalau tak silap HKD160 untuk 3 pieces.. Saya beli 2, kawan saya beli 1..

Yang perkataan HongKong tu pula ialah fridge magnet.. Oleh kerana beli 1 sahaja saya tidak tawar menawar.. Harga dia HKD15 untuk satu.. Sebenarnya ada banyak lagi pilihan fridge magnet lawa-lawa di sini.. Tapi saya berkenan yang ini... Tak beli banyak, sebab kawan-kawan dan family macam tak berapa minat dengan fridge magnet...

Dah puas membeli belah, kami turun dari The Peak dan terus ke hentian bas yang berdekatan, untuk ke Masjid  Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Centre... Kemudian kami buka application city bus, taip nama hentian yang kami tunggu dan tuliskan nama jalan yang berdekatan dengan destinasi kami... keluarlah nombor bas yang boleh dinaiki dan berapa pitstop.. senang sahaja... Alhamdulillah tak sesat...

Sampai-sampai terus ke Islamic Canteen dan makan dimsum... arghhhh sedapnya... rindu nak makan dimsum lagi... Lupa nak ambil gambar masa di sini... Sebab gelojoh sangat masa ni nak try dimsum dia.. sampai kekenyangan... Makan di sini ok dan harga pun saya rasa ok.. 2 orang makan kami kena HKD154.. Yang ni bergantung korang makan apa..

Dah kenyang dalam pukul 2 petang plus plus macam tu kami buat keputusan membuang masa dan duit di Ladies Market.. So kitorang cari jalan ke MTR yang berdekatan.. Tengah-tengah jalan tu jumpa signboard MTR station jadi kami ikut je.. Nama station MTR tu ialah Causeway Bay kalau tak silap.. maaf atas kekhilafan ya!

Ok itu sahaja aktiviti kami hari keenam ini.. Nantikan hari ketujuh pula kami di HongKong ya!

Tunggguuuuuu....

P/S: Untuk bacaan Part 6 KLIK SINI
P/S: Untuk bacaan Part 8 KLIK SINI

Saturday, January 3, 2015

Melancong ke Hongkong, Shenzhen (China) & Macau Pt 6

Assalamualaikum semua..

Day 5 : 25 November 2014

Masuk hari ke-5 berada di Hongkong.. hehehhee.. Untuk hari ke5 ini, destinasi kami hanyalah Disneyland Hongkong.. Kami menghabiskan satu hari di sini.. Tambang MTR dari Tsim Sha Tsui ke Disney ialah HKD19.. Jangan lupa pada siapa-siapa yang hendak melancong ke Hongkong sila muat turun applikasi MTR dan Citybus ke dalam telefon pintar masing-masing.. Sangat memudahkan bila berada di sana..

Ok sebelum saya buat review tentang disneyland, tiket masuk disney untuk 1-day pass kami ialah RM180.. Tiket ini kami beli dari Starmoonvacations.com ... Harga yang mereka tawarkan saya rasa murah sedikit daripada beli di kaunter.. Cubalah korang survey k..


Kami berada di sini dari sebelum disney buka sehinggalah fireworks berakhir.. Sebenarnya saya berasa agak bosan berada dalam taman tema disney ni.. Mungkin sebab saya pernah pergi ke Universal Studio di Singapura.. Disney ni lebih kepada kanak-kanak.. Jadi bagi orang dewasa seperti saya terasa sedikit bosan..

Tapi saya enjoy disney parade dan fireworks mereka,, Fireworks disney memang awesome! Tak sia-sia tunggu sampai pukul 8 malam.. Oleh kerana kami pergi pada akhir bulan November, jadi masa ini disney sedang menyambut kedatangan perayaaan Krismas.. Setelah berakhirnya fireworks tiba-tiba ada salji turun.. hehheehe sangat awesome..



Sebagai tanda pernah hadir di disneyland saya pun belilah souvenir.. Saya beli fridge magnet dan ketip kuku.. Jumlah perbelanjaan beli 2 barang ni HKD143.. Mahal tu faham la kan tempat-tempat macam ni memang mahal.. Tapi yang menyakitkan hati baru pakai sekali, belum pun habis potong kuku 10 jari dah tercabut kepala pooh tu... arghhhhhhh gerammmm! Huhuhuhu.. Lain kali tak perlulah beli ketip kuku ni.. membazir saja.. beli fridge magnet dah cukup...

Ok sebagai mengakhiri entry kali ini, saya belanja sikit video fireworks Disneylang Hongkong.. Jangan lupa nantikan pula hari ke-6 kami di Hongkong... 

Tunggguuuuu..

Sehingga berjumpa lagi pada entry seterusnya.. :)








P/S: Untuk bacaan Part 7 KLIK SINI
P/S: Untuk bacaan Part 5 KLIK SINI

Thursday, January 1, 2015

Melancong ke Hongkong, Shenzhen (China) & Macau Pt 5

Assalamualaikum pembaca budiman sekalian..

Day 4: 24 November 2014

Ok jom kita sambung cerita... Untuk hari ke 4 ni kami pergi ke Macau.. Kami naik ferry dari Hongkong-Macau Ferry Terminal.. Sebenarnya ada dua terminal untuk naik ferry ke Macau.. Satu lagi nama dia China Ferry Terminal...

China Ferry Terminal ni terletak di Tsim Sha Tsui... Kalau ikut google map katanya kalau jalan kaki dari apartment kami hanya 6 minit sahaja.. Tetapi disebabkan  ada map pun boleh sesat, dan bagi mengelakkan kesesatan yang amat teruk kami naik sahaja ferry dari Hongkong-Macau Ferry Terminal..

Untuk naik dari Hongkong-Macau Ferry Terminal, kami naik MTR dari Tsim Sha Tsui ke stesen Sheung Wan..Tambang HKD6.70.. Sampai di Sheung Wan  hanya perlu ikut sahaja signboard ke ferry terminal.. senang sahaja.. Dari situ kami ambil ferry Turbojet dengan tambang HKD164.. Perjalanan lebih kurang 40 minit ke 1 jam kalau tak silap..

Ok dekat ferry terminal ni mula-mula tu kami macam blur sikit.. Sebab untuk customer yang beli tiket dah masuk dalam boarding area, tapi masih ada lg orang beratur... rupa-rupanya diorang beratur sebagai waiting list kalau-kalau ada kekosongan dalam ferry tu.. mungkin jadual tiket diorang tu lambat lagi..

Sedikit review ferry turbojet ni.. ferry ni sangat bersih dan kemas.. keadaan dalam ferry pun cantik.. rasa selesa naik ferry ni.. dan lagi satu saya tak rasa mabuk langsung sebab tak rasa pula ferry ni beralun-alun.. Masa pergi Langkawi dulu naik ferry rasa bergoyang-goyang, boleh mabuk dibuatnya... Tapi ferry ni rasa stabil saja... Tahu-tahu dah sampai...


 Kami sampai di Macau dalam pukul 9 pagi macam tu.. Destinasi pertama kami ialah Macau Fisherman's Wharf.. Mula-mula tu nak jalan kaki sebab macam tak berapa jauh... Elok je nak jalan kaki nampak shuttle bus Hotel Sands... Kami pun buat-buat yakin naik bas tu dan berhenti di hotel tersebut.. Sampai sahaja kami jalan kaki seberang jalan terus sampai ke   Macau Fisherman's Wharf... hahahah senang sangat...




Ok di sini tiada apa sangat pun, sekadar ambil gambar kenangan dengan reka bentuk bangunan yang epic sangat.. sangat cantik dan sangat sesuai untuk dijadikan latarbelakang gambar perkahwinan..

Tengok gambar ni, cantik kan? Kami berada di sini sekejap sahaja.. sekadar singgah untuk menikmati pemandangan dan merakam kenangan di sini.. chewah! hehehhee..


Ok destinasi seterusnya ialah Grand Pix Museum.. Untuk ke Grand Pix Museum ni kami jalan kaki sahaja sebab lokasinya berada tidak jauh dari Hotel Sands.. Jadi kami seberang jalan semula ke Hotel Sands dan buka google map.. hehehehe... Nasib baik tak sesat.. Jalan kaki dalam 5-10 minit macam tu bergantung pada kelajuan kaki masing-masing.. Masuk museum ni FREE sahaja.. alang-alang dah sampai sini pergi je la tengok kan.. Sebelah museum ni ada Wain Museum.. kami tak masuk lah Wain Museum tu..

Museum ni menceritakan tentang sejarah sukan Formula 1... Dalam museum ini juga kita boleh cuba memandu kereta Formula 1.. macam main game la tapi.. ada komputer semua.. Tapi macam kita bawa kereta la sebab ada gear semua.. Kalau nak cuba pandu akan dikenakan bayaran.. Lupa pula nak tanya berapa harganya.. Hehehehe..

Destinasi seterusnya kami ke Senado Square.. Dari museum ni kami seberang jalan ambil bas awam.. Kami sebenarnya menggunakan google map untuk dapatkan maklumat bas no. berapa yang perlu kami naik untuk ke Senado Square.. Tambang pulak kami ada buat research sedikit, kalau naik bas dalam kawasan semenanjung Macau tambangnya MOP3.20.. Kalau Macau Peninsular ke Taipa MOP4.20..

Korang boleh saja bayar menggunakan HKD.. Mereka terima.. Cuma bila naik bas ni kena bagi duit cukup-cukup.. Sebab pemandu bas tak pulangkan baki pun.. Korang masukkan duit dalam tabung pun dia tak tengok.. Kami sedekah sajalah bila naik bas  awam ni..

Bagaimana nak tahu dah sampai Senado Square? Ok senang sahaja.. kami start navigation google map.. hahahaha.. Bila dalam map tunjuk dah sampai kami tekan la loceng dan turun.. hahahahaha.. senang kan?

Dari Senado Square kami jalan kaki ke The Ruins of St. Paul's.. Yang ni pun kami menggunakan khidmat google map.. Jalan kaki dalam 5 minit macam tu.. Sepanjang jalan nak sampai ke gereja ni, penuh dengan kedai-kedai jual souvenir dan daging babi salai... Bau daging babi salai ni memang menusuk hidung.. Baunya sedap.. macam bau mentega macam tu.. Siap bagi cuba lagi.. Ramai la penggemar-penggemarnya beli..

Tengoklah betapa ramainya manusia masa kami di sini.. Kami datang Macau ni hari Isnin.. Ramai jugak pelancong dan orang tempatan..

Destinasi seterusnya kami ke The Venetian.. Dari Senado Square sebenanrnya ada bas menuju ke Taipa.. tapi disebabkan bas setiap 30 minit jadi macam tak larat nak tunggu.. Kami dah terlepas bas tu, jadi kami naik bas awam kembali ke Ferry Terminal.. Tambang MOP3.20.. Sampai di sini kami naik Shuttle Bus ke The Venetian.. Alhamdulillah dipermudahkan..

The Venetian ni ialah hotel + mall + rekreasi(naik gondola) + gamble.. Besar  betul The Venetian ni.. Bila nak cari jalan keluar tu kami sesat.. 2 kali pusing tempat yang sama... huhuhuhu... Dah tak larat sangat rasa...


Berkat kesabaran jumpa juga pintu keluar.. Lepas Keluar tu kami menuju ke Hotel City of Dreams... Hotel ni pun sama sahaja seperti venetian, cuma tiada gondola.. Hotel ni bertentangan sahaja dengan The Venetian..

Gambar sebelah tu adalah papan tanda hotel TheVenetian.. Seberang jalan nya ialah Hotel City Of Dreams.. Lupa pula nak ambil gambar..

Kami pergi ke Hotel City Of Dreams sebab nak lihat pertunjukan Dragon's Treasure.. Sejak turun dari bas Venetian sampai ke Hotel City Of Dreams ni kami tak duduk-duduk lagi.. pinggang sudah kesakitan sebab tak berhenti jalan lagi.. huhuhu.. Kononnya masuk ke Theathre Room Dragon's Treasure tu dapat la duduk.. Hampeh.. Tengok sambil berdiri da.... huhuhu..

Masuk ke Dragon's Treasure ni dikenakan bayaran MOP 50.. Tapi kalau korang check in hotel dia FREE sahaja.. atau pun korang berbelanja di hard rock cafe pon FREE katanya.. Seronok juga lah tengok Dragon's Treasure ni.. Korang mesti tengok bila sampai sini k!

Ha tu gambar naga dia.. hehehehe..

Dah selesai tengok naga, kami pun ambil shuttle bus ke Ferry Terminal.. Sampai di terminal kami beli tiket balik ke Hongkong MOP189.. Dalam pukul 9 lebih jugak kami sampai ke Tsim Sha Tsui..

Sebelum naik bilik, kami singgah makan di kedai pakistan, makan nasi beryani ayam dan daging.. Untuk dua orang makan HKD207... Mahal kan? huhuhuhu...

Selesai sudah pengembaraan kami di Macau.. nantikan sambungan pengembaraan kami di  Hongkong pula..

Tungguuuuuu...

P/S: Untuk bacaan Part 4 KLIK SINI
P/S: Untuk bacaan Part 6 KLIK SINI

Melancong ke Hongkong, Shenzhen (China) & Macau Pt 4

Assalam semua..

Day 3: 23 November 2014

Ok untuk hari ketiga kami santai sahaja... Bangun-bangun pagi bersiap dan terus checkout dari Colour Hotel.. Masa ni ada pengalaman yang kurang best... Masa check out tu, receptionist di kaunter tu suruh tunggu sekejap sementara pekerja dia cek bilik..

Pada masa yang sama kami menunggu ni, ada tourist dari Europe nak mintak scale... Diorang buat tak layan je.. memang agak teruk la customer service dia.. Tapi saya boleh buat rumusan disini mereka sebenarnya takut dan malu dengan tourist.. If possible mereka cuba nak mengelak dari berurusan dengan tourist.. Kalau ada local people mereka akan layan local people dahulu... Mungkin disebabkan masalah bahasa..

Selesai dia cek bilik, mereka suruh kami bayar Y40 sebab ada stain warna merah dekat sarung bantal.. Kami berdua ni terpinga-pinga mana pulak datang stain ni.. Kitorang tak ada pulak bawak air sirap ke apa.. Wain jauh sekali... Dan kesan tu nampak sangat la kesan lama yang sudah dibasuh dan tak hilang... Tengokla betapa liciknya mereka ini.. Tetapi disebabkan kami ni malas nak gaduh-gaduh, dalam kepala nak keluar dari situ secepat yang mungkin, so end up kami bayar sahaja la kesan stain yang kami tak buat tu...

Dah keluar dari hotel kami cari kedai makanan halal.. Alhamdulillah ada kawan yang pernah pergi tunjuk kami cara nak pergi ke kedai tersebut.. Senang sahaja.. keluar dari Colour Hotel, jalan ke kiri terus sahaja sampai akhirnya jumpa kedai tu.. Tak jauh pun.. Sempat la jugak makan mee tarik.. Jari ni rasa nak terseliuh makan pakai chopstick... huhuhuhu..

Lepas makan.. berhadapan dengan kedai tadi ada Baima Fabric Market.. Kami pun masuk pusing-pusing dalam tu.. Kebanyakan mereka jual baju untuk persediaan musim sejuk.. Baju mereka memang sangat cantik dan trendy.. Tapi kami tak beli apa pun.. Window shopping sahaja..

Sebelah ni gambar kedudukan tempat-tempat shopping di kawasan Dongmen.. Banyak sangat tempat shopping di sini.. Tapi kami tak shopping pun di sini..

Lepas window shopping terus ambil Metro ke Louhu.. Tambang Y2 sahaja.. Dekat Laouhu ada Louho Commercial city (Tak silap itulah nama dia.. hehehe).. Kami shopping di sini..

Dalam bangunan semua barang ada.. Di sini saya beli beg, china silk, chiffon, casing iphone dan bagpack.. Nak kata murah tu, tak jugak lah.. Bergantung pada kemampuan korang untuk bargain dengan mereka.. Macam saya personally memang tidak berapa pandai bargaining.. Jadi selagi price tu pada saya reasonable saya beli sahaja..

Kalau korang mencari china silk, di Louhu Commerical city ni memang ada.. Cuma corak tersangatla kurang pilihan.. mungkin kalau beli di Guangzhou lebih banyak corak yang menarik.. Saya pun hanya beli sepasang sahaja China Silk.. Exact price saya tak ingat.. Masa tu saya beli cotton linen sepasang, chiffon 2 pasang, dan china silk sepasang   Y304 semuanya.. Harganya mungkin dalam lingkungan Y75 - Y80 sepasang untuk China Silk tu..

Saya juga belikan beg longchamp untuk mak saya harga Y150 macam tu.. Agak mahal tapi saya suka akan kualiti begnya.. Material sangat best pada saya..

Casing iphone pun agak mahal juga.. saya dapat harga Y70 satu.. tapi saya suka sebab bling-bling.. Casing yang gambar merak warna biru turqoise tu saya beli di Louhu.. Lagi dua tu saya beli di Ladies Market..

Selesai shopping, kami tukar duit Yuan ke HKD.. Dalam perjalanan ke immigresen ada beberapa money changer.. Selesai di immigresen kami terus balik ke Hongkong naik MTR ke Tsim Sha Tsui dengan tambang HKD37.80..

Sampai tu kami berehat.. Pukul 6 petang macam tu kami jalan kaki ke Avenue Of Stars.. Oleh kerana kami takut sesat, untuk ke Avenue Of Stars tu, kami masuk balik dalam MTR Station dan cari Exit Avenue Of Stars.. hehehehe.. Kami keluar di Exit J4.. Penat juga berjalan.. huhuhuh.. Sampai-sampai dah gelap terus cari port untuk melihat pertunjukan lampu di situ..

Inilah pemandangan waktu malam di Avenue Of Stars..


Ok, sedikit review tentang pertunjukan lampu di sini.. Pada saya biasa-biasa sahaja... Tak menarik pun.. huhuhu... Menguap banyak kali sementara tunggu pertunjukan tu habis.. Tapi alang-alang dah sampai korang pergilah tengok... hehehehe...

Cadangnya lepas tengok pertunjukkan lampu nak pergi Ladies Market lagi.. Tapi sebab dah penat, lagi pun esok nak bangun pagi-pagi nak naik ferry ke Macau kami balik bilik berehat dan tidur...

Alrite, nantikan entry seterusnya tentang MACAU k...

Tungguuuuuuu.....

P/S: Untuk bacaan Part 3 KLIK SINI
P/S: Untuk bacaan Part 5 KLIK SINI