Oleh kerana saya ni tidak lah kaya mana, maka saya merancang untuk membeli duit yen sebanyak 10000 yen setiap bulan sehingga tarikh penerbangan pada bulan november nanti.. 10k yen bersamaan RM300++..
Jadi by the time nak terbang takdelah terasa sangat nak keluarkan duit banyak sekelepuk.. Kalau saya kaya tak pe lah kan.. hehehehe
Sebenarnya tukar duit setiap bulan ni bagus juga.. kerana secara kita tidak sedar ia mengurangkan kos belian secara tidak langsung.. Dalam terma pelaburan ia dipanggil "Dollar Cost Averaging"..
Dollar Cost Averaging ni maksudnya kita mengurangkan kos pelaburan dengan membeli unit pelaburan secara berkala contoh secara bulanan.. Kalau bulan lepas kita beli unit pelaburan harga tinggi kemudian bulan hadapan kita beli dengan harga rendah jadi secara otomatiknya purata harga belian unit pelaburan apabila dipuratakan akan jadi murah sedikit..
Beli currency ni pun antara satu bentuk pelaburan juga tau! Jadi pada siapa yang rasa tak mampu untuk travel sebenarnya anda pun boleh.. Beli tiket awal setahun kemudian mula beli currency setiap bulan.. By the time nak terbang duit pon dah ready..
Ok itu sahaja buat kali ini..
Semoga bermanfaat!
No comments :
Post a Comment