Kali ini saya ingin kongsikan bagaimana saya berjaya mendapatkan tiket flight murah. Ini adalah cara saya.. Mungkin kawan-kawan juga boleh kongsikan bagaimana korang dapat tiket murah.
Ok sebelum membeli dan mencari tiket murah, pastikan korang dah tahu ke mana destinasi yang ingin dituju dan bila tarikh keberangkatan korang.. Sebagai contoh, untuk tahun ini saya bersama kawan saya bercadang untuk bercuti ke Jepun dan Taiwan.. Kami akan depart dari KL ke Jepun dan Jepun Taiwan dan balik ke KL..
Kawan saya berjaya mendapatkan tiket murah dari KL ke Tokyo dan Taiwan ke KL..
Bila saya tanya bagaimana cara dia dapat beli tiket murah ni? Jawab dia, tiap-tiap hari cek harga di web airasia.. Ermmm, walaupun penat tapi berbaloi la kan.. Kami dapat harga RM1491 ni untuk 2 orang dari KL ke Tokyo dan Taipei ke KL.. Harga ini termasuk baggage 20kg dari KL ke Tokyo..
Kemudian untuk tiket flight dari Jepun ke Taipei @ Taiwan, saya bercadang untuk membantu kawan saya untuk dapatkan dengan harga yang murah.. Budget kami untuk tiket ni ialah RM300 sahaja.. Jadi cara yang mudah ialah saya download application "skyscanner" dalam smartfon..
Oleh kerana, Jepun ada banyak airport, jadi saya cuba satu-satu exit point seperti dari Narita ke Taipei, Osaka ke Taipei, dan banyak lagi.. Bila saya cek route Osaka ke Taipei adalah lebih murah kerana ada perkhidmatan flight tambang murah iaitu menggunakan Jetstar.. Tapi masa saya cek harganya ialah RM506 untuk one way..
Untuk memudahkan saya follow route ini dengan meletakkan notification ke dalam email saya.. Sejak dari itu, setiap hari email dari skyscanner akan masuk dalam inbox saya dan memberitahu tentang harga terkini untuk route yang saya pilih pada tarikh berkenaan..
Selama hampir 2 bulan saya menunggu, tiba-tiba.. Jeng jeng jeng..
Akhirnya, penantian kami berbaloi.. Kami dapat beli one way tiket dengan harga yang jauh lebih murah.. Alhamdulillah..
Pengajaran yang saya dapat, untuk bercuti melibatkan flight ni kita kene rancang lebih awal iaitu setahun sebelum depart.. Yang kedua jangan terburu-buru membeli tiket kerana kita masih ada banyak masa sebelum depart.. Yang ketiga selalulah berdoa semoga dipermudahkan pemusafiran korang..
Sekian sahaja untuk kali ini.. Semoga bermanfaat..