Friday, February 27, 2015

My Last Day at Work

Hye..

Minggu naik cuti tahun baru cina adalah minggu yang paling "full of emotions" dan agak berat untuk saya... Mana tidaknya naik-naik cuti baru punch card tiba-tiba kerani bagi surat.. Bila baca tajuk "ARAHAN PERTUKARAN".. Whatttt????? Tukar????

Saya tak pernah pon mohon untuk bertukar dan tak pernah terpikir pun untuk bertukar tiba-tiba dapat surat arahan untuk bertukar... Terduduk sekejap..

Naik kerja hari Selasa... so hari Selasa dan Rabu hari yang sangat down, sedih, sakit hati dan macam-macam lagi emosi masa tu... Tapi hari khamis berjaya bangkit dari semua emosi yang melemahkan kepada semangat baru dan pergi meninggalkan tempat kerja lama dengan perasaan yang gembira..

Apa pun, saya positifkan diri.. Semoga tempat baru akan menjadi tempat yang lebih bermakna dan gembira untuk saya... Doakan saya ye!

Terima kasih untuk kawan-kawan yang tak jemu-jemu mendoakan dan beri semangat untuk saya.. Korang semua memang awesome! Thank You So Much!!!!!!

Tuesday, February 17, 2015

Kemasan Leher Menggunakan Kun


Ok ini adalah leher yang telah ditebuk... Dulu-dulu kemasan leher menggunakan jahitan seperti mata lalat, tikam dan sebagainya.. Selepas itu ada yang menggunakan pelapik sahaja sebagai kemasan di leher... Untuk saya pulak saya lebih suka menggunakan kun sebab lebih mudah dan cepat.. Tak perlu lagi nak cari kain perca untuk dijadikan pelapik atau bersengkang mata menjahit mata lalat..


Nampak tak cara nak jahit kun tu?.. Jahit dari sebelah luar baju ye... Mulakan dengan bahagian yang lurus dahulu.. Lepas tu boleh teruskan jahit dibahagian bulatan leher..


Dah siap dibahagian lurus tu, teruskan jahit dibahagian melengkung dan berakhir di bahagian lurus yang lagi sebelah tu.. Kemudian gunting kun yang berlebihan... Jangan lupa basikan kun dalam 3-4 inchi dari hujung jahitan yang dekat hujung "v" leher baju ye.. Untuk permulaan tu memang sedikit susah.. Tapi boleh jahit dengan kelajuan paling perlahan.. mesti ok punya..


Setelah itu, sebelum masukkan kun kedalam baju, jangan lupa gunting sedikit di bahagian melengkung tu supaya bila diterbalikkan nanti lebih mudah.. Dan dibahagian kun yang dibasikan dari V tadi perlu dicantumkan kedua-duanya..


Ok itu rupanya bila dah dijahit.. Untuk lebih kemas lagi,. selepas jahit cantum hujung kun, kelimkan kun tersebut sedikit, kemudian mesinn..

 

Bila dah jahit, masukkan kun ke dalam dan gosokkan bahagian leher macam dalam gambar.. Bila sudah digosok, boleh lah jahit tindih dari bahagian luar leher..


Ok ini rupanya bila dah dijahit tindih dari luar leher.. Kemudian jahit juga dibahagian kun yang tak berjahit di bahagian belakang leher atau bahu... supaya kun itu kelihatan kemas dan sentiasa terletak di dalam baju.. Paham ke? Tak paham tanya k.. Boleh tengok dalam gambar ni di bahagian atas leher tu.. Jahit di bahagian itu sahaja, bukan keliling leher..


Terakhir sekali jahitlah rumah butang dan butang.. Cara nak jahir rumah butang boleh search di youtube.. Saya tiada kawan nak mintak tolong ambil video kat rumah ni.. Susah nak tunjuk pakai gambar.. Apa pun SELAMAT MENCUBA!

Thursday, February 12, 2015

Blouse Pattern


Apa dalam gambar tu? Ha... itulah pattern yang saya beli dari US.. Setelah 2 minggu menunggu dengan penuh sabar akhirnya sampai juga pattern yang dibeli ini... Nak tengok pattern apa yang saya beli? Tu di bawah tu...



Yang sebelah kiri itu saya beli di etsy.com dan yang kanan itu saya beli di simplicity.com
Untuk mereka yang tidak boleh sabar rasanya janganlah beli pattern yang jenis kertas ni.. Beli  yang pdf saja lagi senang.. Setelah bayar terus dapat link untuk download.. Boleh terus buat..

Saya pulak sebab minat sangat dengan pattern blouse ni tu yang gagah menunggu dengan penuh sabar.. Setiap hari pergi kerja tengok mailbox di office.. Kot kot dah sampai... Now dah lega... fuhhhh..

Nampaknya new DIY project sedang menanti untuk dilaksanakan... hehhehe..
I Like!

Menebuk Leher Baju Kurung

Ermmmm rasanya dah lama dah saya post entry pasal jahit pesak tu kan.. Ok ini step seterusnya iaitu menebuk leher baju.. Ok sebelum nak tebuk leher baju korang perlu cantumkan 2 bahagian badan baju kurung yang telah dipotong.. Boleh refer pada gambar di bawah...


Ok ini bahagian badan yang telah dicantum.. Secara otomatik bahagian yang dicantum ni akan jadi bahagian bahu baju... Lepas dah cantum pastikan digosok terlebih dahulu bagi memudahkan proses untuk menebuk lubang leher.. 


Bila dah gosok lipat dua badan baju tu macam dalam gambar.. Lipat di bahagian luar baju ye!


Hehehehe.. Ok yang ni cara saya lah.. Nak senang gunakan protector.. heheheh.. Buat macam dalam gambar yer.. 


Kemudian tandakan 3.5 inchi seperti pada gambar sebelah kanan.. Kemudian potong..


 Ok bila dah gunting boleh buka lipatan tadi dan gosokkan bahagian leher tadi,,,
Dah pun siap... Nanti saya tunjuk cara nak jahit leher pula ok!

Wednesday, February 11, 2015

My 3rd DIY Project

Hye! Rasa macam dah lama tak update blog.. huhuhuhu sibuk sangat akhir-akhir ini..

Disebalik kesibukkan kerja hakiki sempat juga lah saya menyiapkan hampir 90% projek DIY yang ketiga ini..


Sambil-sambil melayari pinterest terjumpa blouse ini.. Nampak cantik dan rasa nak sangat buat.. Jadi saya pun terus membeli pattern blouse ini... Bila dah beli terus print pdf pattern tu dan bermula la aktiviti menjahit blouse..


Mungkin sebab saya menggunakan kain chiffon jadi kembang dia tak berapa nak nampak.. Saya alter sedikit pattern tu dengan memanjangkan lengan dan saya tambahkan getah dihujung kengan..

Bila dah hampir siap saya lihat baju ni dah macam kurung moden pulak.. huhuhu.. Sebab tu saya tak kelim lagi bahagian hujung baju.. Masih tengan fikir nak potong hujung baju pendekkan jadikan seperti blouse @ biarkan saja labuh macam tu... huhuhuhu.. masih tak boleh nak buat keputusan.. Bila nak potong rasa sayang la pulak.. Tapi bila labuh rasa macam tak sesuai pulak untuk digayakan dengan seluar... 

ermmmm what do u think???




Monday, February 2, 2015

My 2nd DIY Project; Natalie Top


Indiesew.com | Natalie Top Sewing   Pattern by Liola Patterns - $14 | Indiesew.com
Hye! 

Kali ini projek DIY kedua saya ialah Natalie Top.. Gambar di atas itulah Natalie Top... Saya beli pattern nya di sini...  Ok dekat link yang saya bagi tu awak semua boleh lihat pelbagai hasil dari mereka-mereka yang pernah menjahit Natalie Top ni.. Nampak cantik dan saya pun cuba lah...

Tadaaaaa!!!!!

Inilah hasilnya... Tapi saya ada buat sedikit perubahan di situ.. After all terpulang lah pada selera masing-masing kan... I just like this top very much! Saya masih menggunakan kain yang sama... Sebab kain ni saya beli dah siap potong 3.5 metres sepasang.. Jadi tak nak membazir saya guna lagi kain ini untuk 2nd DIY project..

Ok sedikit review; pada saya if nak banding dengan Tova Top, Natalie Top ini lebih mudah nak jahit.. Dan yang paling best tutorial yang disediakan mudah difahami jika nak banding dengan pattern & tutorial Tova Top yang saya beli dulu..