Wednesday, December 12, 2018

Persediaan Mendaki Gunung Kinabalu

Kali ini saya akan berkongsi persediaan yang saya lakukan sebelum mendaki Gunung Kinabalu. Sebenarnya kami menempah slot untuk mendaki ini setahun sebelum tarikh mendaki. Tarikh mendaki November 2018 tarikh tempahan November 2017. Kalau ikutkan sepatutnya banyak lah latihan kekuatan otot dan latihan mendaki saya boleh buat. Tapi disebabkan faktor tiada masa dan m.a.l.a.s hanya beberapa kali sahaja kami buat latihan mendaki. Ada lah mendaki beberapa gunung macam Gunung Pulai, Gunung Angsi dan Gunung Datuk. Dan ada jugak saya buat latihan jogging untuk fitness beberapa kali. Yang pasti boleh dikira dengan jari dan tak konsisten setiap bulan atau minggu. Oleh itu, jangan jadi seperti saya.

Dalam kurang sebulan dari tarikh mendaki barulah saya sibuk mencari barang-barang keperluan untuk mendaki. Yang pertama sekali, barang yang wajib dan sangat perlu dibawa ialah jaket kalis angin dan air atau nama glamournya hiking jacket. Jaket ni sebenarnya tak perlu yang mahal pun melainkan memang korang aktif mendaki di gunung-gunung yang ketinggian melebihi 4000 meter dari aras laut. Kalau gunung-gunung di Malaysia yang setakat 2000 meter atau kurang dari aras laut tak perlu pun hiking jacket ni. Buat rimas lagi ada.. Ok balik pada cerita asal.. Saya beli hiking jacket ni dari shopee dengan harga RM25 sahaja dan sangat ok. Tapi sebab order dari China, jadi korang kene beli awal takut nanti tak sempat sampai. Saya pun haritu kalut cek shopee kat mana dah item tersebut, risau tak sempat sampai. Masa mendaki tu, saya cuma pakai inner heat tech dari uniqlo, tshirt lengan panjang dan jacket ni. Cukup hangat dah. Inner tu saya beli lama dah masa pergi Jepun dulu. Suami saya pula beli inner untuk musim sejuk dari shopee juga, murah dan tebal sebab dia jenis tak tahan sejuk.

Barang kedua yang saya rasa perlu ialah water repellent untuk melindungi kasut, seluar daripada basah apabila hujan. Hal ini  bergantung pada tarikh korang mendaki. Macam saya, saya mendaki pada bulan November yang memang semua tahu musim hujan. Sebelum pergi pun memang saya kerap cek ramalan cuaca dan masa tu memang ramalan cuaca kata hujan. Jadi, saya beli water repellent ni di kedai Bata. Spray then jemur then spray lagi then jemur lagi. Pada hari kejadian memang hujan masa mendaki tuh. Jadi saya pakai baju hujan pakai jacket sebab tak tahan sejuk. Bila sampai Laban Rata amazingly saya punya kasut tak basah pun cuma seluar lembap tapi tak basah. Harga dia dalam RM12 kalau tak silap. Kalau korang nak pergi camping ke atau mendaki pada musim hujan ni memang elok sangat la beli water repellent ni.

Seterusnya, macam biasa korang perlukan kasut yang sesuai, stokin yang tebal, tshirt dari material jersey atau fiber, sarung tangan kalis air, face mask dan bekalan makanan seperti coklat. Tshirt dari material cotton sebenarnya tak digalakkan sebab bila basah lambat kering dan bila berpeluh korang akan rasa sejuk ditambah pula angin sejuk di gunung, double sejuk korang nanti. Bercakap pasal bekalan makanan ni elok juga korang bawa makanan yang memberi tenaga segera seperti energy bar. Saya ada bawa energy bar dan energy gel. Malangnya saya tak boleh telan energy gel rasa nak muntah. Ni sambil menulis pasal energy gel ni pon da rasa kembang tekak... huhuhuhu.. Jadi elok korang cuba dulu sebelum beli banyak-banyak untuk bekalan. Selain itu elok juga korang beli serbuk isotonik untuk mengelakkan dehydrate dan memberi tenaga juga. Serbuk isotonik ni saya beli di watson jenama 100 plus, harga tak ingat. Saya beli 1 pack dalam ada 6 sachet tak silap memang tak cukup. Kene beli lebih. Air jangan risau, bancuh sahaja dengan air gunung.

Oooo sebelum saya terlupa, jangan lupa bawa lampu suluh yang attached kat dahi tu. Beli saja di shopee murah-murah. Pole pula tak perlu bawa sebab rasanya ada blogger beritahu pole tak boleh bawa naik flight. Mungkin kalau check in baggage boleh kot, tapi tak pasti. Elok sewa sahaja di Taman Taman Sabah tu.. RM10 sebatang.

Saya rasa itu sahaja persediaan yang saya lakukan sebelum mendaki Gunung Kinabalu. Harap-harap dapat membantu semua yang berhasrat atau akan mendaki Gunung Kinabalu atau gunung-gunung yang lain tak lama lagi. Sebarang pertanyaan feel free to comment ok.. InsyaAllah akan saya membalasnya. Itu sahaja untuk kali ini.. Jumpa lagi dilain entry.. 






Friday, November 30, 2018

Trip Mendaki Gunung Kinabalu


Syukur kepada Tuhan sekelian alam, saya dan suami berjaya mengharungi cabaran mendaki Gunung Kinabalu pada 27 November 2018 yang lalu. Sebenarnya sudah lama saya berhajat untuk mendaki Gunung Kinabalu tetapi tiada siapa yang sudi melayan keinginan saya ni. Syukur sangat bila luahkan hasrat pada suami yang masa tu belum jadi suami lagi, bersetuju untuk menunaikan keinginan saya ini. 

Untuk pengetahuan semua, saya telah menempah slot mendaki daripada FB Trip mendaki Gunung Kinabalu. Caj yang dikenakan kepada kami ialah RM550 per pax. Caj ini hanyalah untuk penginapan dan makan minum di Laban Rata sahaja. Jadi pada hari kejadian kami perlu mendaftar di kaunter Taman-Taman Sabah dan membuat bayaran guide fee sebanyak RM230, bayaran pengangkutan ke timpohon gate RM20 untuk 2 orang pergi dan balik (maaf kalau salah, dah x berapa nak ingat), dan bayaran masuk Taman-Taman Sabah RM2 per pax (kalau tak silap). Saya juga ada menyewa pole dengan bayaran RM10.

Pada mulanya suami berhasrat untuk menyertai kumpulan lain supaya dapat mengurangkan kos guide fee. Tetapi pihak taman-taman Sabah tidak benarkan kerana risau tahap fitness yang berbeza menyebabkan kita akan mengganggu kelancaran perjalanan kumpulan lain. Guide fee itu adalah bayaran untuk 5 pax. Oh ye, kami tidak menggunakan khidmat porter kerana suami dengan rela hatinya menjadi porter saya.

Ok seperti yang dibaca daripada blog-blog lain, laluan ke puncak Gunung Kinabalu penuh dengan tangga. Jadi kalau anda berhasrat untuk mendaki gunung ini eloklah kiranya buat latihan naik turun tangga dan squad untuk menguatkan otot kaki. Laluannya tidak sukar tetapi disebabkan jarak yang agak jauh dan bertangga menyebabkan kaki saya rabak.. huhuhuhu.. bila dah turun rasa macam taubat tak nak naik gunung dah.. hahahhaha

Kami mula mendaki ke Laban Rata pada jam 8.30 pagi dan sampai ke Laban Rata pada jam 3.00 petang. Memang lambat sebab kami slow and steady... Masa mendaki tu cuaca plak hujan, memang sejuk yang amat dan tersempak pula mereka yang nak turun. Sempat berborak dan mereka kata elok sampai lambat sebab duduk atas lama-lama pun sejuk. Tak tahan nanti.. Tapi jangan lambat sangat nanti makanan habis pulak. 

Nasib baik hujan berhenti bila dah lewat petang.. Cuaca jadi sangat cerah dan kami dapat lihat dengan jelas puncak gunung dari Laban Rata.. Jadi lepas makan kami pun bergambar sebagai kenang-kenangan. Dah siap makan dan bergambar masuk dorm solat dan tidur. Bilik air ada heater tetapi tak usah haraplah heater tu.. Yang tahan boleh la mandi yang tak tahan tak payah mandi la.. hehehehehe jangan tanya kami mandi ke tak...

Malam tu bangun pukul 2 pagi siap-siap terus pergi makan dan bersiap untuk mendaki ke puncak.. Laluannya masih bertangga sampai lah di sayat-sayat, checkpoint di mana kita perlu sampai sebelum pukul 5 pagi or else kene patah balik. Lepas dari sayat-sayat laluan dah tak bertangga tapi seperti batu hampar di Gunung Ledang sampailah ke puncak. Memang memenatkan.. Oleh sebab saya agak lambat, suami laju meninggalkan saya kerana dia perlu kejar masa untuk solat subuh di puncak. 

Jam pukul 6 lebih macam tu saya sampai di puncak gunung. Cuaca pon da terang masa tu.. Tak mengapa la tak dapat tengok sunrise dari puncak yang penting sampai puncak. Syukur Alhamdulillah.. Berehat sebentar, dan apa lagi merakam kenangan lah.. Tak tau bila lagi nak mendaki Gunung Kinabalu.. Rasanya ni pertama dan terkahir kot.. hahahaha

Kami mula turun dari puncak jam 7 lebih dan sampai di Laban Rata pukul 9 pagi.. Makan pagi dan rehat, kemudian pukul 10 kami check out dan memulakan perjalanan turun. Sebenarnya perjalanan turun lebih memenatkan daripada naik. Ini disebabkan kita bangun seawal 2.00 pagi untuk mendaki ke puncak turun semula ke Laban Rata dan teruskan perjalanan sampai ke kaki gunung. Jadi boleh katakan macam kita kurang rehat berbanding masa mendaki. Kaki dah longlai habis.. tapi berkat kesabaran dan kegigihan akhirnya kami sampai di Timpohon Gate lebih kurang jam 3.00 petang. Syukur Alhamdulillah.

Oh ye saya ada dengar dari pendaki-pendaki yang kami sempat berbual, katanya kita perlu sampai di Timpohon Gate sebelum jam 4 petang. Sekiranya kita lewat sampai kita akan dikenakan caj dan perlu bayar pada guide. Berapa caj nya saya tak pasti. Tapi jangan risau sebab kalau kita mula turun jam 10 pagi jalan lambat pon InsyaAllah paling lewat pukul 4 petang akan sampai juga di Timpohon Gate tuh.

Ok itu sahaja perkongsian saya kali ini. Seterusnya kalau rajin saya akan kongsi persediaan yang saya lakukan sebelum mendaki Gunung Kinabalu. Stay tuneeeee.. 

Wednesday, August 1, 2018

Trip ke Zoo Singapore


Kali ini saya akan berkongsi bagaimana saya ke Zoo Singapore dari Johor Bahru bersama-sama sahabat saya. Untuk pengetahuan semua, trip kali ini kami hanya sempat ke Zoo Singapore sahaja. Ini disebabkan kami agak lewat dari rumah dan keadaan Zoo itu sendiri yang sangat luas dan agak memenatkan. 

Kami keluar seawal 7.00 pagi dari rumah di Kulai dan singgah untuk bersarapan dahulu. Kemudian terus ke Jb Central untuk parking kereta. Parking pulak penuh masa tu.. Tapi akhirnya jumpa juga satu parking selepas 2-3 kali pusing mencari parking. Apa-pun syukur Alhamdulillah.

Selesai hal parking terus ke Jb Sentral masuk immigresen untuk masuk ke SIngapore.. Selesai sahaja urusan di Immigresen Malaysia kami turun ke bawah untuk dapatkan bas. Kami ambik bas 950 untuk ke MRT Marsiling Station dengan tambangnya RM1.60. 

Dah naik bas 950, bas akan berhenti di immigresen Singapore untuk kita selesaikan hal kemasukan ke Singapore.. Macam biasalah untuk masuk Singapore ni memang beratur sangat pnjang dan terpaksa untuk tunggu agak lama juga. Bersabar saja lah.. Kalau tiada white card sila la ambil white card dan isikan. Nanti dah beratur tak de white card dah kene beratur lagi sekali.. buang masa lagi.. white card tu ada disediakan di tepi-tepi dinding tu.. tengoklah sekeliling anda.. saya pun tak berapa reti nak terangkan.. kadang-kadang bas ada sediakan white card ni, tapi masa saya naik bas 950 tu mereka tak sediakan.. Dan jangan lupa ingat nombor pendaftaran bas sebab akan diisi dalam white card nanti..

Ok selesai di immigresen Singapore turun bawah semula ambil bas nombor yang sama tunjuk tiket td dan berhenti di Marsiling Station. Sampai sahaja di Marsiling Station masuk sikit akan jumpa 7e. Kenapa 7e? sebab korang kene masuk 7e tu beli ezlink card dengan harga 10sgd.. Dalam kad tu ada 5sgd, jadi untuk keselamatan dan kemudahan akan datang sila tambah nilai lagi 5sgd.. Dah selesai beli ezlink card naik escalator ke bahagian atas untuk naik mrt ke Khatib.. Tambangnya 1.33sgd. Guna sahaja ezlink card tadi.

Setelah sampai Stesen Khatib terus cari signboard ke Zoo SIngapore.. Ada anak panah akan tunjukkan di mana nak tunggu bas ke Zoo. Bas ni adalah bus shuttle ke Zoo dan tambangnya ialah 1sgd.. bayaran menggunakan ezlink card.. Mereka tidak terima cash sbb tu la kena beli ezlink card ni tadi. Lagi pun kalau menggunakan card tambang korang akan lebih murah sedikit berbanding menggunakan cash.

Akhirnya sampai la kami di Zoo Singapore pada jam 12 tengah hari. Masa banyak habis di immigresen je sebenarnya. Entry fee Zoo ni 35sgd.. Korang boleh beli online atau beli je di kaunter Zoo. Dan kalau boleh ambik la pakej dgn tram sekali.. Kalau tak jadi mcm kami menapak keliling zoo.. macam nak patah pinggang dibuatnya.. Apa pun seronok jugak g zoo singapore ni.. jangan lupe cek jadual show diorang supaya korang tak terlepas.. 

Dah puas keliling zoo kami pon balik la Johor.. Tak sempat pon nak jalan-jalan di Bugis Street.. Tak mengapa, lain kali kami datang lagi.. Untuk balik kaedahnya pun sama.. Ambil shuttle bus ke Khatib.. Kemudian naik MRT terus ke woodland.. Tambangnya 1.29Sgd dan keluar di exit C.. Then ambik bus 950 ke Jb Sentral dengan tambangnya 1.60sgd. Sebenarnya ada je option lain untuk ke Zoo ni.. Korang cek je google map.. ada banyak option bas lain yang korang boleh naik.. 
Ringkasnya perjalanan kami seperti di bawah;

*Pergi*:
Jb sentral bus 950 - mrt marsiling stn (RM1.60)
mrt marsiling stn-khatib stn (SGD1.33 -ezlink card)
shuttle bus- zoo (SGD1 -ezlink card)

*Balik* :
shuttle bus - khatib stn (SGD1 -ezlink card)
khatib stn - woodland stn (SGD1.29 - ezlink card)..EXIT C
Bus 950 - JB sentral (SGD1.60)

Saturday, April 28, 2018

Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani & Kejurulatihan Sukan (IDPESC)

Alhamdulillah setelah hampir 4 bulan belajar, tamat sudah kursus pengajian di peringkat diploma. Kursus ini sebenarnya dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan dilaksana oleh USSA Sport Academy. Syukur sangat-sangat diberi peluang untuk menyertai kursus ini. Kursus ini berlangsung selama 10 minggu bermula 20 Januari dan berakhir pada 19 April yang lalu.

Untuk makluman, terdapat 10 modul pembelajaran yang perlu dibereskan selama 10 minggu. Satu modul dilaksanakan selama satu minggu dan diakhir minggu peserta perlu menduduki peperiksaan bagi modul tersebut. Setiap modul juga mempunyai tugasan di dalam kelas dan di luar kelas. Tugasan di dalam kelas berupa perbincangan kumpulan dan pembentangan manakala tugasan di luar kelas adalah tugasan berbentuk penulisan yang perlu dihantar di laman web USSA untuk dinilai.

Secara keseluruhannya, kursus ini sangat menarik, santai dan menggembirakan. Setiap pagi, kami akan melakukan senaman dan latihan selama dua jam sebelum kelas dimulakan. Sepanjang kursus ini kami dapat berkongsi ilmu dan pengetahuan tentang teknik pengajaran dan pembelajaran tentang satu-satu jenis sukan. Peserta-peserta kursus terdiri daripada jurulatih sukan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan ada juga jurulatih sukan berlesen yang bertugas di sekolah sukan. Masing-masing tidak kedekut berkongsi teknik dalam latihan sukan. 

Selain perkongsian ilmu dari masa ke semasa, atas minat yang mendalam peserta kursus ini dalam bidang sukan, pelbagai pertandingan telah diadakan. Walaupun pertandingan yang diadakan di luar waktu kursus, setiap peserta menunjukkan komitmen yang tinggi dengan menyertai setiap acara yang diadakan. Aktiviti rekreasi juga turut diadakan bagi yang meminati aktiviti mendaki gunung. Secara tidak langsung, aktiviti-aktiviti yang dilaksana ini telah dapat mengukuhkan ukhuwah antara kami. 

10 minggu kelas pun sudah berakhir, peperiksaan telah diduduki, tugasan pun sudah dihantar malah keputusan pun telah diperoleh. Hanya menanti majlis konvokesyen yang katanya akan diadakan pada bulan Oktober nanti di Kuala Lumpur. Tidak sabar rasanya untuk bertemu rakan-rakan peserta kursus di majlis konvokesyen itu nanti. Harap-harap semua peserta berjaya mendapat Diploma Antarabangsa Pendidikan Jasmani dan Kejurulatihan Sukan ini! Semoga berjumpa lagi!

Thursday, March 29, 2018

Percutian di YOGYAKARTA (Mac 2018) Bahagian 2


Seterusnya, hari keempat di Yogyakarta kami dibawa ke Gunung Merapi. Di kaki Gunung Merapi kami dibawa melihat kesan selepas Gunung Merapi meletus pada tahun 2014. Dikatakan, pada tahun itu merupakan letusan terbesar dan terdahsyat mereka alami. Yang menariknya, untuk ke kaki Gunung Merapi kami dibawa menaiki jip dan sempat juga dibawa ke satu kawasan untuk sesi bergambar dengan berlatarbelakangkan gunung. Seterusnya kami ke Chandi Borobudur dan Phuntuk Setumbu. Phuntuk Setumbu ini sebenarnya sebuah bukit di mana kita akan berjalan mendaki bukit tersebut hingga ke puncak dan bergambar di atasnya.

Candi Plaosan
Hari kelima kami ke Chandi Plaosan, Tebing Breksi, Chandi Ijo, Istana Raja dan Taman Sari. Antara empat chandi yang telah kami lawati Chandi Plaosan bagi saya lebih cantik dari segi binaannya dan lebih cantik untuk sesi bergambar kerana berlatar belakangkan Gunung Merapi. Chandi Borobudur agak mahal kerana sebahagian daripada tapak warisan dunia. Jadi sekiranya anda mempunyai bajet yang ketat boleh melawat ke Chandi Plaosan sahaja. Di Istana Raja dan Taman Sari tiada apa yang menarik sangat, tetapi sekiranya ingin mengetahui tentang adat dan budaya masyarakat Jawa boleh la ke sini. Tebing Breksi pula hanyalah sebuah tebing yang di atasnya untuk bergambar sahaja.  

Telaga Warna di Dieng Plateu
Hari keenam iaitu hari kedua akhir kami di Yogyakarta, kami telah ke Dieng Plateu. Dieang Plateu seperti kawasan tanah tinggi Cameron Highland di Malaysia. Tetapi Dieng Plateu lebih tinggi dan lebih dingin serta mempunyai pelbagai tarikan. Di sini kami ke Telaga Warna, Kawah Sikidang dan Candi Arjuna. Di sini terdapat banyak kawah gunung berapi. Antara kawah terbesarnya ialah Kawah Sikidang. Walaupun perjalanannya agak jauh tapi pengalaman yang kami peroleh sangat bermakna. Semasa perjalanan balik dari Dieang Plateu kami sempat singgah di gerai buah untuk menikmati buah durian tempatan dan singgah ke Bukit Rhema sebelum pulang ke hotel. Di Bukit Rhema inilah adanya Gereja Ayam.

Kawah Sikidang
Hari ketujuh, penerbangan pulang kami adalah pada waktu pagi. Jadi hari tersebut kami hanya mengemas bagasi dan bergerak ke lapangan terbang untuk kembali ke tanah air tercinta. Secara keseluruhannya, percutian di Yogyakarta ada yang menarik ada yang tidak. Ini mungkin disebabkan tempoh yang agak lama kami di Yogyakarta. Bagi yang terpikir apakah cenderamata yang terdapat di Yogyakarta, kebanyakkan di sini menjual pelbagai produk batik. Terdapat juga baju t-shirt dengan cetakan bertema Yogyakarta. Selain itu, terdapat juga snek yang boleh dibawa pulang seperti Bakpia. 


Sebagai tambahan, cuaca di Yogyakarta agak panas dan kering. Jadi buatlah persediaan sewajarnya sebelum ke sana terutama sekali apabila melawat Candi. Banyakkan minum air dan bawalah topi atau payung kerana cuaca memang betul-betul panas.. Ok itu sahaja cerita di Yogyakarta, semoga entry ini memberi manfaat kepada pembaca. 



Tuesday, March 27, 2018

Percutian di YOGYAKARTA (Mac 2018) Bahagian 1


Hye reader!! (Ermmm ada yang baca ke?).. Entry kali ini saya ingin berkongsi pengalaman bercuti di Yogyakarta, Indonesia pada cuti sekolah yang lalu. Untuk trip kali ini, saya hanya pergi berdua sahaja selama seminggu. Yup, memang agak lama sampai kami kebosanan dan rasa tidak sabar hendak pulang ke tanah air. Menurut pandangan saya, 4 atau 5 hari sudah cukup untuk berjalan di Yogyakarta. Ok jom kita lihat aktiviti saya selama seminggu di Yogyakarta.

Untuk hari pertama, flight dari KL waktu tengahari, jadi sampai sana pun dah petang ditambah lagi dengan kelewatan penerbangan bertambah lah lewat petang kami sampai. Seingat saya sampai-sampai dah maghrib. Jadi hari pertama kami check in Pop Hotel, cari makan malam di kawasan sekitar dan berjalan-jalan di Malioboro Street. Malam-malam di Malioboro street memang havoc sebab ramai sangat orang. Hari pertama ni kami cuma survey-survey apa yang menarik jer.

Pantai Timang
Hari kedua pula, kami ke Pantai Timang. Pemandangan sangat indah dan menenangkan. Sempat juga kami mencuba menaiki gondola. Ikutkan hati, rasa ingin duduk sepanjang hari di Pantai Timang, tetapi disebabkan keadaan cuaca yang panas terik terpaksalah beransur ke destinasi seterusnya. Pulang dari Pantai Timang kami menikmati hidangan udang kara.
Goa Pindul
Apabila sikap tamak menguasai diri, kami memilih saiz udang kara yang paling besar dengan beberapa hidangan tambahan. Akibatnya kami kekenyangan yang amat. Setelah itu, kami bergerak ke Goa Pindul dan Sungai Oya. Saya sangat galakkan anda ke sini, anda pasti tidak menyesal. Di Goa Pindul kami menyelusuri sungai untuk memasuki gua manakala di Sungai Oya kami meredah jeram. Dalam perjalanan pulang pula kami singgah di Bukit Pingger dan Bukit Bintang untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.

Hari ketiga kami ke Kalibiru. Di Kalibiru ini terdapat beberapa spot untuk bergambar dengan berlatar belakangkan keindahan alam di Yogyakarta. Terdapat juga "skytrex" di sini. Sempat juga saya mencubanya, Seterusnya kami ke Pantai Parangtritis dan Gumuk Pasir. Oleh sebab tiada aktiviti yang best sangat di sini, kami sewa ATV dan meronda sepanjang pantai sambil menikmati keindahan alam. Gumuk Pasir adalah sebuah kawasan seperti padang pasir. Rasa tidak sanggup berada lama di sini kerana pasirnya yang halus masuk ke dalam mata. Selain itu, keadaan cuaca yang panas terik juga membuatkan kami tidak selesa untuk berada lama di sini. Disebabkan masih terlalu awal untuk pulang ke hotel, kami sempat singgah ke Malioboro untuk mencuci mata dan poket.


Jurang Tembelan
Seterusnya, hari keempat kami ke Jurang Tembelan, Rumah Hobbit, Hutan Pinus, Pintoe Langit dan Puncak Becici. Semua destinasi tersebut untuk aktiviti yang sama iaitu aktiviti berjalan menyelusuri hutan, menikmati keindahan alam dan bergambar. Setiap destinasi tersebut mempunyai spot bergambar, tetapi kami sudah kepenatan  dan kebosanan sehingga hilang rasa untuk bergambar. Jadi kami hanya menikmati keindahan alam sambil menikmati snek Yogyakarta yang dibeli semalam.

Ok, rasanya entry ini dah agak panjang,  mata pun dah mengantuk, kita sambung entry ini untuk bahagian yang kedua yer.. Selamat malam.. jom tidur... Zzzzzzzzzzzz... 

p/s: Banyak sangat gambar kami di sana, namun di ruangan yang terhad tak dapat nak kongsi semua. Nikmatilah apa yang ada tu yer.. Selamat membaca!

p/s: Sambungannya di sini Percutian di YOGYAKARTA (Mac 2018) Bahagian 2

Friday, February 16, 2018

Pengalaman di SKYTREX, Melaka

Pada 24 Februari yang lalu, saya bersama kawan-kawan telah pon berpeluang untuk mengalami sendiri pengalaman menjadi tarzan di Skytrex Melaka.. Sebenarnya ini kali kedua bagi saya berada di sini.. Kali pertama pada 9 Februari. Pada masa itu, saya bersama kawan yang lain telah melalui Pahlawan Trail, tetapi yang terbaru ini saya mencuba Extreme Warrior Trail.


Untuk pengetahuan semua, Skytrex Melaka ni berada di Durian Tunggal dan hanya 5 minit perjalanan dari tol Ayer Keroh. Bagi saya, kawasan di sini sangat menarik, seronok, nyaman dan menenangkan. Andai anda tidak berminat untuk mencuba skytrex, anda masih boleh datang ke sini untuk aktiviti rekreasi seperti jogging atau berjalan untuk menikmati keindahan alam. 

Dalam post kali ini, saya akan buat sedikit review tentang kedua-dua trail ini. Perbezaan utama mestilah dari segi harga dan cabaran yang terdapat dalan kedua2 trail ini.. Tidak silap saya, bayaran untuk pahlawan trail RM55 dan RM65 untuk extreme trail. Cabaran dalam extreme trail lebih banyak sesuailah dengan harganya yang lebih mahal itu. Dari segi masa pula, kami memerlukan satu jam lebih untuk menghabiskan cabaran yang terdapat di pahlawan trail. Manakala untuk extreme trail, pada hari itu kami menghabiskan masa lebih 3 jam untuk menghabiskannya. Ini disebabkan kami terpaksa menunggu sekumpulan 4 orang perempuan yang tidak berapa kental hati dan fizikalnya. Mungkin kalau mereka tiada kami hanya memerlukan 2 jam lebih sahaja. Masa kami banyak dihabiskan menunggu di atas pokok sahaja.. 

Untuk mereka yang sangat gemarkan bermain flying fox, disinilah tempatnya. Ini kerana, selepas satu cabaran kita akan menaiki flying fox untuk ke cabaran yang seterusnya. Pada saya, Pahlawan Trail sesuai untuk golongan pelajar-pelajar atau golongan yang baru hendak mencuba skytrex. Mereka yang takut akan ketinggian juga elok mulakan dengan Pahlawan Trail. Tetapi kalau anda yakin dengan kemampuan diri dan tidak takut akan ketinggian elok mencuba terus Extreme Trail. Dari segi keberbaloian elok naik Extreme terus.

Dari segi cabaran pula, ada banyak jenis.. Yang paling asas meniti di atas cable, menaiki tangga,  memijak tali  seperti buaian yang tergantung dan banyak lagi. Cuma yang special untuk extreme ialah kita dapat menaiki basikal di atas pokok. Nak cerita tentang cabaran ni tak berapa nak reti sangat sebab tak tahu nama cabaran yang disediakan. Apa pun tak rugi mencuba! Skytrex ni juga antara salah satu platform yang sesuai digunakan untuk menguji ketahanan mental dan fizikal. Selamat mencuba!