Sambungan daripada entry Percutian di YOGYAKARTA (Mac 2018) Bahagian 1
Seterusnya, hari keempat di Yogyakarta kami dibawa ke Gunung Merapi. Di kaki Gunung Merapi kami dibawa melihat kesan selepas Gunung Merapi meletus pada tahun 2014. Dikatakan, pada tahun itu merupakan letusan terbesar dan terdahsyat mereka alami. Yang menariknya, untuk ke kaki Gunung Merapi kami dibawa menaiki jip dan sempat juga dibawa ke satu kawasan untuk sesi bergambar dengan berlatarbelakangkan gunung. Seterusnya kami ke Chandi Borobudur dan Phuntuk Setumbu. Phuntuk Setumbu ini sebenarnya sebuah bukit di mana kita akan berjalan mendaki bukit tersebut hingga ke puncak dan bergambar di atasnya.
Candi Plaosan |
Hari kelima kami ke Chandi Plaosan, Tebing Breksi, Chandi Ijo, Istana Raja dan Taman Sari. Antara empat chandi yang telah kami lawati Chandi Plaosan bagi saya lebih cantik dari segi binaannya dan lebih cantik untuk sesi bergambar kerana berlatar belakangkan Gunung Merapi. Chandi Borobudur agak mahal kerana sebahagian daripada tapak warisan dunia. Jadi sekiranya anda mempunyai bajet yang ketat boleh melawat ke Chandi Plaosan sahaja. Di Istana Raja dan Taman Sari tiada apa yang menarik sangat, tetapi sekiranya ingin mengetahui tentang adat dan budaya masyarakat Jawa boleh la ke sini. Tebing Breksi pula hanyalah sebuah tebing yang di atasnya untuk bergambar sahaja.
Telaga Warna di Dieng Plateu |
Hari keenam iaitu hari kedua akhir kami di Yogyakarta, kami telah ke Dieng Plateu. Dieang Plateu seperti kawasan tanah tinggi Cameron Highland di Malaysia. Tetapi Dieng Plateu lebih tinggi dan lebih dingin serta mempunyai pelbagai tarikan. Di sini kami ke Telaga Warna, Kawah Sikidang dan Candi Arjuna. Di sini terdapat banyak kawah gunung berapi. Antara kawah terbesarnya ialah Kawah Sikidang. Walaupun perjalanannya agak jauh tapi pengalaman yang kami peroleh sangat bermakna. Semasa perjalanan balik dari Dieang Plateu kami sempat singgah di gerai buah untuk menikmati buah durian tempatan dan singgah ke Bukit Rhema sebelum pulang ke hotel. Di Bukit Rhema inilah adanya Gereja Ayam.
Kawah Sikidang |
Hari ketujuh, penerbangan pulang kami adalah pada waktu pagi. Jadi hari tersebut kami hanya mengemas bagasi dan bergerak ke lapangan terbang untuk kembali ke tanah air tercinta. Secara keseluruhannya, percutian di Yogyakarta ada yang menarik ada yang tidak. Ini mungkin disebabkan tempoh yang agak lama kami di Yogyakarta. Bagi yang terpikir apakah cenderamata yang terdapat di Yogyakarta, kebanyakkan di sini menjual pelbagai produk batik. Terdapat juga baju t-shirt dengan cetakan bertema Yogyakarta. Selain itu, terdapat juga snek yang boleh dibawa pulang seperti Bakpia.
Sebagai tambahan, cuaca di Yogyakarta agak panas dan kering. Jadi buatlah persediaan sewajarnya sebelum ke sana terutama sekali apabila melawat Candi. Banyakkan minum air dan bawalah topi atau payung kerana cuaca memang betul-betul panas.. Ok itu sahaja cerita di Yogyakarta, semoga entry ini memberi manfaat kepada pembaca.
No comments :
Post a Comment