Syukur kepada Tuhan sekelian alam, saya dan suami berjaya mengharungi cabaran mendaki Gunung Kinabalu pada 27 November 2018 yang lalu. Sebenarnya sudah lama saya berhajat untuk mendaki Gunung Kinabalu tetapi tiada siapa yang sudi melayan keinginan saya ni. Syukur sangat bila luahkan hasrat pada suami yang masa tu belum jadi suami lagi, bersetuju untuk menunaikan keinginan saya ini.
Untuk pengetahuan semua, saya telah menempah slot mendaki daripada FB Trip mendaki Gunung Kinabalu. Caj yang dikenakan kepada kami ialah RM550 per pax. Caj ini hanyalah untuk penginapan dan makan minum di Laban Rata sahaja. Jadi pada hari kejadian kami perlu mendaftar di kaunter Taman-Taman Sabah dan membuat bayaran guide fee sebanyak RM230, bayaran pengangkutan ke timpohon gate RM20 untuk 2 orang pergi dan balik (maaf kalau salah, dah x berapa nak ingat), dan bayaran masuk Taman-Taman Sabah RM2 per pax (kalau tak silap). Saya juga ada menyewa pole dengan bayaran RM10.
Pada mulanya suami berhasrat untuk menyertai kumpulan lain supaya dapat mengurangkan kos guide fee. Tetapi pihak taman-taman Sabah tidak benarkan kerana risau tahap fitness yang berbeza menyebabkan kita akan mengganggu kelancaran perjalanan kumpulan lain. Guide fee itu adalah bayaran untuk 5 pax. Oh ye, kami tidak menggunakan khidmat porter kerana suami dengan rela hatinya menjadi porter saya.
Ok seperti yang dibaca daripada blog-blog lain, laluan ke puncak Gunung Kinabalu penuh dengan tangga. Jadi kalau anda berhasrat untuk mendaki gunung ini eloklah kiranya buat latihan naik turun tangga dan squad untuk menguatkan otot kaki. Laluannya tidak sukar tetapi disebabkan jarak yang agak jauh dan bertangga menyebabkan kaki saya rabak.. huhuhuhu.. bila dah turun rasa macam taubat tak nak naik gunung dah.. hahahhaha
Kami mula mendaki ke Laban Rata pada jam 8.30 pagi dan sampai ke Laban Rata pada jam 3.00 petang. Memang lambat sebab kami slow and steady... Masa mendaki tu cuaca plak hujan, memang sejuk yang amat dan tersempak pula mereka yang nak turun. Sempat berborak dan mereka kata elok sampai lambat sebab duduk atas lama-lama pun sejuk. Tak tahan nanti.. Tapi jangan lambat sangat nanti makanan habis pulak.
Nasib baik hujan berhenti bila dah lewat petang.. Cuaca jadi sangat cerah dan kami dapat lihat dengan jelas puncak gunung dari Laban Rata.. Jadi lepas makan kami pun bergambar sebagai kenang-kenangan. Dah siap makan dan bergambar masuk dorm solat dan tidur. Bilik air ada heater tetapi tak usah haraplah heater tu.. Yang tahan boleh la mandi yang tak tahan tak payah mandi la.. hehehehehe jangan tanya kami mandi ke tak...
Malam tu bangun pukul 2 pagi siap-siap terus pergi makan dan bersiap untuk mendaki ke puncak.. Laluannya masih bertangga sampai lah di sayat-sayat, checkpoint di mana kita perlu sampai sebelum pukul 5 pagi or else kene patah balik. Lepas dari sayat-sayat laluan dah tak bertangga tapi seperti batu hampar di Gunung Ledang sampailah ke puncak. Memang memenatkan.. Oleh sebab saya agak lambat, suami laju meninggalkan saya kerana dia perlu kejar masa untuk solat subuh di puncak.
Jam pukul 6 lebih macam tu saya sampai di puncak gunung. Cuaca pon da terang masa tu.. Tak mengapa la tak dapat tengok sunrise dari puncak yang penting sampai puncak. Syukur Alhamdulillah.. Berehat sebentar, dan apa lagi merakam kenangan lah.. Tak tau bila lagi nak mendaki Gunung Kinabalu.. Rasanya ni pertama dan terkahir kot.. hahahaha
Kami mula turun dari puncak jam 7 lebih dan sampai di Laban Rata pukul 9 pagi.. Makan pagi dan rehat, kemudian pukul 10 kami check out dan memulakan perjalanan turun. Sebenarnya perjalanan turun lebih memenatkan daripada naik. Ini disebabkan kita bangun seawal 2.00 pagi untuk mendaki ke puncak turun semula ke Laban Rata dan teruskan perjalanan sampai ke kaki gunung. Jadi boleh katakan macam kita kurang rehat berbanding masa mendaki. Kaki dah longlai habis.. tapi berkat kesabaran dan kegigihan akhirnya kami sampai di Timpohon Gate lebih kurang jam 3.00 petang. Syukur Alhamdulillah.
Oh ye saya ada dengar dari pendaki-pendaki yang kami sempat berbual, katanya kita perlu sampai di Timpohon Gate sebelum jam 4 petang. Sekiranya kita lewat sampai kita akan dikenakan caj dan perlu bayar pada guide. Berapa caj nya saya tak pasti. Tapi jangan risau sebab kalau kita mula turun jam 10 pagi jalan lambat pon InsyaAllah paling lewat pukul 4 petang akan sampai juga di Timpohon Gate tuh.
Ok itu sahaja perkongsian saya kali ini. Seterusnya kalau rajin saya akan kongsi persediaan yang saya lakukan sebelum mendaki Gunung Kinabalu. Stay tuneeeee..
No comments :
Post a Comment