Sunday, April 26, 2015

Perancangan Trip ke Jepun

Ok untuk pengetahuan semua saya akan ke Jepun pada hujung tahun ini.. Jadi antara perancangan rapi yang perlu saya lakukan ialah merancang berapa banyak duit yang perlu dibawa bersama..


Oleh kerana saya ni tidak lah kaya mana, maka saya merancang untuk membeli duit yen sebanyak 10000 yen setiap bulan sehingga tarikh penerbangan pada bulan november nanti.. 10k yen bersamaan RM300++.. 

Jadi by the time nak terbang takdelah terasa sangat nak keluarkan duit banyak sekelepuk.. Kalau saya kaya tak pe lah kan.. hehehehe

Sebenarnya tukar duit setiap bulan ni bagus juga.. kerana secara kita tidak sedar ia mengurangkan kos belian secara tidak langsung.. Dalam terma pelaburan ia dipanggil "Dollar Cost Averaging".. 

Dollar Cost Averaging ni maksudnya kita mengurangkan kos pelaburan dengan membeli unit pelaburan secara berkala contoh secara bulanan.. Kalau bulan lepas kita beli unit pelaburan harga tinggi kemudian bulan hadapan kita beli dengan harga rendah jadi secara otomatiknya purata harga belian unit pelaburan apabila dipuratakan akan jadi murah sedikit..

Beli currency  ni pun antara satu bentuk pelaburan juga tau! Jadi pada siapa yang rasa tak mampu untuk travel sebenarnya anda pun boleh.. Beli tiket awal setahun kemudian mula beli currency setiap bulan.. By the time nak terbang duit pon dah ready..

Ok itu sahaja buat kali ini.. 

Semoga bermanfaat!

Pedih Ulu Hati

Ok nak berkongsi sedikit bagaimana cara saya lakukan apabila terkena pedih ulu hati.. 



Pedih ulu hati ni biasanya saya dapat bila makan dengan laju.. bila rasa lapar sangat lepas tu lauk kena dengan selera, mula lah makan gelojoh gila.. lepas makan mula la rasa pedih-pedih kat ulu hati.. 



Jadi apa yang saya lakukan ialah saya lompat bintang.. Saya pernah lompat bintang sebanyak 100 kali untuk menghilangkan sakit pedih ulu hati ni.. hahahhaa jangan tak caya lepas lompat saya rasa lega sangat.. 

Mungkin korang pon boleh cuba juga! 



Lagi satu cara bila saya terkene pedih ulu hati saya kayuh cross trainer ni.. Tapi biasanya saya kene pedih ulu hati bila travel sebab rutin makan yang tak ikut jadual.. 

Kesimpulannya saya merasakan pedih ulu hati ini boleh dipulihkan dengan membuat senaman ringan.. Agaknya bila kita excercise semua makanan yang tersangkut tu semua turun.. hahahha.. pandai2 je saya ni.. apa-apa pun worth try!

Selamat mencuba!

Tuesday, April 7, 2015

Maybank Debit Card

Beberapa hari lepas saya mencuba untuk membeli sepasang kasut jenama Clarks dari amazon.com menggunakan maybank debit card. Tapi yang peliknya lepas masukkan semua details tentang kad debit tiada transaksi berlaku dalam akaun tersebut..

Saya pon google untuk mencari maklumat.. Masuk forum tanya.. Kemudian saya membuat keputusan untuk menghubungi pusat khidmat pelanggan maybank.. 

Rupa-rupanya untuk membuat transaksi online pada web international merchant kita perlu aktifkan dahulu kad tersebut.. 

So bila dah diaktifkan, kebetulan saya ingin membeli luggage dengan Jetstar Singapore untuk trip ke vietnam bulan 6 ini.. Jadi saya pun mencuba menggunakan kad debit tadi.. BERJAYA! Transaksi terus reflect pada akaun bank..

Kemudian barulah teringat, patutlah tahun lepas masa cuba untuk membeli tiket flight Jetstar menggunakan debit kad Maybank tidak berjaya.. Rupa-rupanya tidak diaktifkan untuk transaksi antarabangsa.. 

Jadi selepas ini tiada lagi masalah untuk shopping dengan International Merchant secara online..