Hari ini sambungan hari seterusnya berada di Hongkong menuju ke Shenzhen..
Day 2: 22 November 2014
Hari kedua ni kami buat keputusan untuk ke Shenzhen.. Destinasi kami di Shenzhen ialah Window of the World.. Kami dari Tsim Sha Tsui terus sahaja naik MTR ke Louhu (Sempadan Hongkong & China).. Tambang MTR ke Louhu HKD34... Kalau korang download applications MTR tu semua maklumat exit dan tambang ada.. so boleh budget dari Malaysia berapa kos pengangkutan korang..
Sesampai sahaja di Louhu kami follow je tourist lain & local people untuk ke immigresen counter... Dah selesai immigresen semua kami terus ambil metro dari Louhu ke Window of the World.. Tambang Y5 sahaja.. Beli tiket guna mesin tau! Jadi kalau tiada duit kecil boleh tukar di customer service counter.. Nak ke Window of the World pun senang sebab memang ada station bernama Window of the World..
So ni antara gambar masa berada di Window Of the World..Gambar di pintu utama tak ambik plak.. Tapi tak apa.. korang boleh google Window of the World, and baca sendiri apa ada dalam ni...
Entrance fee Window of the World Y180 seorang..
Sedikit review tentang WOW ni.. Tempat ni tersangat lah besar.. Kami sampai sini dalam pukul 10 pagi macam tu.. Kami keluar dari sini dalam pukul 4 petang..
Mula-mula tu gagah la ambik gambar setiap sudut.. tapi lepas tu kami flat jalan tengok-tengok sahaja.. sebab dah tak larat nak jalan.. tapi paksa diri untuk berjalan.. nak ambik gambar pun muka masing-masing dah kelat... hahahaha.. nak senyum pun dah tak mampu sebab terlalu penat..
Sebenanrnya ada perkhidmatan sewa buggies dekat-dekat dengan main entrance.. boleh sewa kalau korang rasa macam tidak larat nak berjalan.. Macam kami sebab nak elak crowd punya pasal, kami memulakan ekpedisi dalam WOW ni dengan melawan arus.. sebab tu kami tak jumpa perkhidmatan sewa buggies.. dah habis pusing baru jumpa.. huhuhu.. sewa nya tak ingat pula berapa..
Kami sempat juga bergambar di Eiffel Tower.. dan sempat juga naik ke atas menara ni..
Nak naik menara ni bayaran sebanyak Y30 dikenakan..
Atas tu tak ada apa pun.. sekadar melihat pemandangan dari atas sekitar WOW..
Kalau korang nampak gambar pyramid warna turqoise kecil sahaja dalam gambar ni, itulah pintu keluar dari Metro Station.. Depan pyramid yang bulat tu adalah kolam ada air terjun-terjun (hahahaha tak tau nama dia apa..) Di situ la pintu masuk dan keluar ke/dari WOW
Kami ada pengalaman lucu jugak la disini.. Memandangkan kami berdua sahaja perempuan muslim di sini, pakai tudung.. Warga Cina di sini melihat kami dengan pandangan yang macam tak pernah tengok manusia seperti kami.. hahahaha
Tengah jalan- jalan ambil gambar.. ada 3 family cuit kami ajak bergambar.. hahahaha.. dah rasa macam model tak berbayar.. Tapi kami layankan sahaja la... Hahahahah.. Terasa macam "ghetis" pun ada... hehehehe..
Antara nice spot yang korang wajib singgah bila berada di sini ialah Niagara Falls.. Tersangat lah best walaupun kecil.. Terasa la percikan air-air dari falls tu walaupun sebenarnye kami tahu bukan datang dari falls tu.. hahahaha..
Ok da habis pusing WOW, kami ambil Metro ke Shaibu.. tambang Y2 sahaja.. Pergi ke Shaibu sebab kalau ikut google map macam lagi dekat nak ke Colour Hotel ni..
Dah sampai Shaibu kami jalan kaki cari Hotel.. Tak jumpa.. huhuhu.. rasa nak nangis.. Dah la penat.. Bila tanya local people geleng sahaja.. ada tu siap buat-buat pekak lagi.. adoiyai... tak tau la kot-kot pekak.. Tapi last sekali jumpa jugak la,... Saya print kertas booking dari booking.com yang tulisan China tunjuk kat ada security officer, dia la yang tunjuk... memang mencabar sungguh...
Bila sampai hotel nak check in, receptionist dekat kaunter tu macam buat layan tak layan sahaja.. huhuhuhu.. Dah settle semua masuk bilik terus ZZZZzzzzzzz..........
Ok sampai di sini sahaja entry kali ini.. Nantikan entry seterusnya ye..
Tungguuuuuu.....
P/S: Untuk bacaan Part 2 KLIK SINI
P/S: Untuk bacaan Part 4 KLIK SINI