Thursday, December 25, 2014

Melancong ke Hongkong, Shenzhen (China) & Macau Pt 1

Assalam pembaca budiman sekalian..

Sempena cuti sekolah ni, saya dan kawan sempat la melancong ke Hongkong, Shenzhen di China & Macau.. Kami pergi berdua sahaja pada 21-28 November 2014 yang lepas..

Alhamdulillah semuanya telah selamat dan kembali pulang ke tanahair dengan jayanya... Ye lah kan, kami ni pergi sendiri sahaja.. tidak melalui travel agent... Banyak pengalaman pahit manis yang boleh dijadikan panduan untuk korang semua bila nak ke sana nanti..

Ok sebelum saya cerita lebih lanjut, kat bawah ni adalah jumlah perbelanjaan kami di sana.. mungkin boleh digunakan sebagai sebahagian daripada persiapan kawan-kawan yang hendak ke sana...


Ok visa ke China tu mahal sebab kami mintak travel agent di Kulai yang buatkan... maklumla di johor tiada embassy China.. lagi pun visa ni bukan boleh sehari siap... jadi lebih baik kami suruh travel agent yang buatkan sahaja.. seminggu jugak la baru siap... Kalau kawan-kawan pergi buat sendiri di embassy rasa saya dalam Rm70-80 sahaja untuk single entry visa..

Kos makan kami tu nampak macam sedikit bukan sebab makanan di sana murah ye kawan-kawan!.. Murah sebab kami bawak bekalan makanan dari Malaysia... Kat sana makanan halal tersangat la mahal... Kami hanya makan 4 kali sahaja di luar.. 1 kali di shenzhen dan 3 kali di hongkong.. ar lagi satu, kos yang ditunjukkan di atas adalah kos untuk 1 pax ye.. bukan berdua..

Banyak lagi nak cerita ni.. Nantikan perjalanan kami di Hongkong, Shenzhen dan Macau pada entry seterusnya k.. jeng..jeng.. jeng..

Tungguuuuu... 

P/S: Part 2 KLIK SINI

No comments :

Post a Comment