Saturday, December 27, 2014

Melancong ke Hongkong, Shenzhen (China) & Macau Pt 2

Assalam semua..

Ok hari ini kita sambung cerita melancong di Hongkong, Shenzhen dan Macau..

Hari pertama : 21 November 2014

Kami bertolak dari KLIA2 ke HKIA jam 1.30 tengahari.. Sampai Hongkong dah pukul 5.00 petang macam tu... Keluar dari arrival hall terus beli octopus card dan terus keluar cari bas A21...

Sebenarnya tak susah pun.. keluar sahaja dari arrival hall ada signboard mana nak cari bus.. follow je.. tambang bas HKD33.. Bayar guna octopus card..

Disebabkan kami book apartment di Nathan Road, jadi kami berhenti di perhentian yang ke 13.. Yang ni pun tak perlu risau.. sebab dalam bas ada tulis next stop jalan apa.. senang sangat..

Apartment plak kami booked melalui airbnb.com

Agak murah sedikit jika nak dibandingkan ambik hotel.. Host kami Leticia.. Dia punya apartment la.. Sebenanrnya apartment tu bukanlah apartment dengan erti kata sebenar.. Dia sebenanrnye sebuah apartment yang dipecahkan kepada 8 bilik.. Jadi si Leticia ni warga france, die sewa 1 bilik dan sewakan semula kepada tourist melalui airbnb.com

Jadi bilik ini sangatla kecil.. Tapi walaupun kecil, dalam bilik ini ada washing machine dan dapur serta toilet..


Macam ni lah rupa bilik tu...

Ok dalam 1 jam perjalanan macam tu kami sampai ke Nathan Road and check in letak beg terus kami cari mtr station pergi ke Ladies Market untuk melawat kawasan..

Untuk first day ni kami memang sesat barat.. Walaupun sesat tapi sampai juga ke destinasi yang dituju.. tapi dengan keaadan ketiak dah basah la.. sebab penat jalan kaki... Katanya musim sejuk.. tapi masa kami pergi tu tak sejuk pun... huhuhuhu...

Tambang MTR dari station Tsim Sha Tsui ke Mongkok untuk ke Ladies Market dalam HKD5 sahaja..

Samapai-sampai sempat lah beli T-shirt Hongkong HKD100 untuk 8 pieces dan beli pendrive HKD100 5 pieces 32GB.. Masa ni kami tak jalan sampai habis market ni jadi kami tak jumpa kedai yang jual pendrive HKD100 untuk 8 pieces.. Tak larat nak jalan sebab dah penat sesat..

Senang cerita next time, kalau korang nak pergi ladies market, dekat Mongkok station tu korang keluar dekat Exit D2 (yang ni kene seberang jalan) @ Exit D3 (tak perlu seberang jalan)..

Untuk memudahkan perjalanan korang di Hongkong, download la application ni dalam smartfon korang;

Applications ni sangat membantu kami ketika di sana..Cuma yang MTR Tourist tu dia tulis nak ke Ladies market keluar Exit B3.. Tapi rasa macam jauh pulak jalan.. Huhuhuhu... So better korang keluar di Pintu D2/D3 k..

Sebelum berakhir cerita untuk hari ini... saya nak review sikit pasal pendrive yang saya beli... Sebelum pergi memang ada terbaca komen-komen tourist pasal pendrive ni.. katanya scam.. sebab beli semua tak boleh pakai... Sebenarnya saya beli 21 pieces.. mula-mula beli 5 lepas tu beli 16 nak dijadikan souvenir kononnya.. Daripada 21 pieces tu hanya 10 pieces sahaja yang boleh digunakan.. Yang lain langsungtak boleh detect pun kat komputer... So korang berfikir la dahulu sebelum membelinya..

Ok ini rupa pendrive yang saya beli tu;


Alrite.. itu sahaja untuk entry kali ini.. akan bersambung part 3 yer... tunggguuuuu....

P/S: Untuk bacaan part 1 KLIK SINI
P/S: Untuk bacaan part 3 KLIK SINI

No comments :

Post a Comment