Saturday, February 18, 2023

Remuk Redam

Tiada siapa yang apabila mendirikan rumah tangga inginkan perceraian.. Sudah tentu bahagia yang didambakan.. Tetapi tekanan kehidupan saban hari menyebabkan hubungan semakin hambar.. Tubuh semakin penat dengan tuntutan kerja dan keluarga.. Jiwa pula semakin sakit dek tiada sentuhan kasih sayang daripada pasangan.. Ya, inilah ujian dalam hidup berumah tangga..

Tekanan hidup yang dilalui mula menampakkan kesannya.. Perselisihan demi perselisihan berlaku.. Ada yang diselesaikan dengan baik.. Tapi, banyaknya dibiarkan berlalu sepi sehingga akhirnya dilupakan buat sementara waktu.. Malangnya, keadaan ini tanpa disedari semakin mencemarkan keharmonian rumah tangga.. Dulunya memendam rasa kini diluah tetapi dikatakan pula mengungkit… Mana tidaknya permasalahan yang berlaku tidak dipeduli.. lebih suka mengabaikan daripada mencari jalan penyelesaian.. 

Akhirnya perceraian berlaku.. anak-anak pula yang lebih-lebih lagi sedihnya.. Apakan daya mommy… mungkin sudah nasib kita.. Tiada lagi pujuk rayu.. Tiada lagi belaian kasih dan sayang.. Aku redho.. sesungguhnya kebahagian sebenar hanyalah di negeri abadi.. 

Thursday, February 16, 2023

Tidak Dikira Beriman Seseorang Itu Selagi Tidak Diuji..

Dah lama sungguh tak buat posting kat sini.. Terlalu sibuk dengan kehidupan.. Tapi harini saya luangkan masa untuk berkongsi kisah pahit dalam hidup saya.. Maybe boleh juga dijadikan panduan bagi mereka yang memerlukan..

Kisahnya suami telah melafazkan talak ke atas saya di luar mahkamah iaitu di rumah.. Jadi apabila perkara seperti ini berlaku kita perlulah ambil tindakan untuk membuat pengesahan lafaz cerai tersebut.. Sudah tentu ramai yang mengalaminya dan tidak tahu apa yang perlu dibuat.. Begitulah jugalah saya, tidak tahu kemana hendak dituju.. Tapi syukur Alhamdulillah Allah lorongkan saya ke arah yang perlu dituju..

Sudah tentulah prosedur akan berbeza bagi setiap negeri. Oleh sebab sekarang ini saya bermastautin di negeri sembilan jadi saya berkongsi tatacara yang perlu dilakukan apabila anda melalui ujian ini di negeri sembilan.. Pertamanya kita boleh merujuk terus kepada peguam syarie.. Tetapi pasti ada yuran guaman yang perlu kita bayar.. Tapi kalau kita tidak mampu atau kita boleh buat sendiri, buat je lah sendiri..

Pergi je la ke laman sesawang mahkamah shariah negeri sembilan.. muat turun borang yang bersesuaian dengan kes kita.. Macam saya, saya muat turun borang pengesahan lafaz cerai.. Isi lah borang tersebut.. cuma syaratnya tidak boleh tulis tangan… borang mesti bertaip.. jadi kita taip dan print.. Dalam borang tersebut juga sudah disediakan senarai semak dokumen yang perlu dilampirkan.. ikut sahaja dan tak susah pun..

Cuma, jika alamat dalam kad pengenalan kita alamat kampung kenalah isi borang pengesahan mastautin.. dan dapatkan pengesahan daripada imam atau pengerusi taman atau ketua kampung.. buat lah beberapa helai.. supaya nanti nak buat tuntutan-tuntutan yang lain tak perlu la pergi lagi cari imam atau pengerusi taman tersebut.. 

Lagi satu, jika pasangan kita tidak tinggal dalam negeri yang sama kenalah isi borang penyampaian luar bidang kuasa… Kemudian pergilah mahkamah syariah dan daftarkan kes tersebut.. Kita akan diberikan tarikh untuk perbicaraan.. Untuk mendaftar kes kita akan dikenakan bayaran.. Bayar sajalah.. jangan risau tak mahal sangat pun..

Kalau kita tiada kemudahan seperti komputer dan printer untuk mengisi borang tersebut, jangan risau.. di kaunter pendaftaran ada disediakan khidmat jurutaip.. jadi boleh la minta mereka buatkan dan bayarlah amaun yang telah ditetapkan.. 

Bagi kes saya pula, saya sudah dapat tarikh perbicaraan dan hanya menunggu untuk dibicarakan.. Apa pun saya redho dengan ketentuan hidup saya.. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui yang mana baik dalam hidup saya.. Namun saya tetap dirundung duka melihat kekecewaan dan kedukaan anak-anak yang terpaksa melalui kisah perit ini.. Semoga anak-anak kuat dan digantikan kesedihan sementara ini dengan kebahagiaan hidup dunia dan akhirat… aminnn..

Mohon doa dipermudahkan urusan saya dan anak-anak..

Tuesday, December 22, 2020

Persediaan Menyambut Baby



Setiap bakal ibu bapa mesti teruja hendak menyambut kelahiran baby kan? Begitu juga lah dengan saya dan suami.. Banyak ilmu dan barangan keperluan yang perlu dicari dan disediakan agar bila tiba masanya semuanya akan lancar..

Sebenarnya ada banyak perkara yang perlu diambil kira untuk menyambut kelahiran baru, lagi-lagi anak sulong.. Bagi ibu baru seperti saya banyak benda yang saya tidak tahu.. Jadi saya banyak belajar melalui blog-blog dan media sosial.. 

Antara perkara yang paling saya takutkan ialah apabila anak sakit.. Biasalah bayi yang baru lahir ni sifatnya sangat fragile dan mudah dijangkiti penyakit terutama demam, batuk dan selsema.. Apabila baby selsema pasti die susah untuk bernafas dan akan meragam hingga boleh menjejaskan emosi kita sebagai ibu bapa.

Jadi, saya bertemu dengan satu alat ini yang dipanggil ‘nasal aspirator’ atau bahasa mudahnya penyedut hingus. Saya beli alat ini sebelum saya melahirkan Aakil.. Seeloknya kena beli dengan spray untuk mencairkan hingus bagi memudahkan proses sedutan nanti.. Tapi sehingga sekarang saya masih belum membelinya.. 


Namun begitu, alat ini telah membantu dan memudahkan saya.. bayi saya yang berumur 20 hari itu seperti susah hendak bernafas.. Dalam lubang hidungnya terdapat mukus atau tahi hidung yang jenis lembut.. mungkin terhasil ketika bayi menangis.. Jadi saya gunakan penyedut ini untuk menyedutnya.. Walaupun suction tidak begitu kuat tapi memadai untuk menyedut mukus pada hidung bayi tanpa mencederakan nya.. sangat memudahkan dan bayi pon boleh bernafas dengan selesa.. 

Jadi saya amat mengesyorkan untuk ibu dan ayah memiliki alat ini terutama yang ada anak kecil di rumah.. Banyak sangat jenis dengan pelbagai harga dijual di shopee.. Pilih sahajalah mengikut bajet masing-masing..

Monday, December 21, 2020

Pengalaman Bersalin Kali Pertama

 Syukur hari ini genap 20 hari berpantang setelah melahirkan buah hati mommy yang ditunggu-tunggu selama ini.. Moga-moga adik Aakil diberikan kesihatan, keselamatan, kebahagian, keberkatan sepanjang hidupnya di dunia dan di akhirat nanti.. 

Sepanjang kehamilan pertama kali ini, syukur saya tiada alahan. Hanya ada laaa beberapa situasi yang kurang best seperti sakit pinggul yang amat sangat sampai susah nak bangun dan sakit apabila berjalan.. Kemudian masa scan untuk tengok keadaan kandungan doktor detect low lying placenta sehingga masuk ward 1 malam kononnya placenta previa.. 

Selain itu, gerakan baby yang kurang aktif kata nurse di KK dan menggesa saya ke hospital.. Dan akhir sekali denyutan jantung baby yang laju sehingga doktor buat referal letter untuk ke hospital. 

Sebenarnya yang betul-betul masalah bagi saya ialah sakit pinggul sahaja.. tapi syukur sakit pinggul ni lega apabila saya ikut saranan doktor.. Doktor kata x perlu ubat pon hanya perlu rest dan tuam dengan ais di bahagian yang sakit sahaja.. Lega lepas tuam dengan ais sakit berkurang dan lama-lama menghilang..

Kes placenta previa plak hanya dikesan ketika di pac sahaja.. apabila masuk ward next day doktor pakar scan mereka kata hanya low lying, so boleh keluar hospital.. 

Untuk gerakan baby plak, bagi saya biasa sahaja.. sebab baby dalam perut masa tu memg kurang gerak bila waktu pagi.. bila da petang nanti dia aktif dan cukup la gerakannya.. Tapi nurse kata baby saya tak aktif.. bila pergi hospital doktor tanya mak puas hati tak dengan gerakan baby? kalau tak puas hati masuk ward kita induce untuk beranak.. katanya hanya ibu sahaja yang boleh tahu dan rasa samada gerakan tu ok ke tak.. Last2 saya kuar hospital kerana saya rasa berpuas hati..

Gerakan jantung baby laju masa minggu 37 ini paling kelakar.. bila ke hospital katanya jantung laju kerana nurse di KK ambil bacaan ketika baby sedang bergerak.. setelah buat CTG selama 2 jam katanya jantung baby normal... tetapi.. di sinilah permulaan pengalaman bersalin yang menyakitkan.. mereka kesan ada regular contraction pada graf CTG tuh... walaupun saya tak rasa sakit tapi mereka nak juga cek laluan.. bila da cek katanya serviks masih tebal dan bukaan 1 cm.. malah doktor tersebut kata takpe saya tolong bagi cepat bukaan... then korang boleh bayangkan lah apa yang dia buat.. 

Setelah itu saya masuk ward. Mulalah terasa sakit contraction.. masuk mlm ke2 dalam ward tiba2 air ketuban pecah.. terus doktor cek laluan tetapi masih tiada bukaan.. tiba2 nurse detect saya demam pulak.. terpaksa on antibiotic dan terus masuk labour room untuk induce.. 

Sepanjang di labour room mereka asyik drip ubat untuk induce dan antibiotic sahaja.. malangnya dari pukul 10.30 mlm sehingga 4 pagi masih tiada bukaan.. demam saya pula makin teruk sehingga menggigil.. akhirnya doktor decided untuk emergency csearan.. akhirnya 6.34 pagi lahirlah buat hati mommy dengan berat 3.37kg.. 

Betullah kata orang pengalaman bersalin itu takkan pernah sama dengn org lain dan setiap kelahiran juga pasti pengalamannya berbeza. Sebelum bersalin saya banyak baca pengalaman org lain di blog2 dan youtube.. ada yang dipermudah ada juga yang sukar.. Oleh itu, saya sarankan selepas mengetahui anda mengandung berdoa la bersungguh2 moga Allah permudahkan waktu kelahiran nanti.. Mungkin ini bahagian dan rezeki saya melalui waktu sukar ketika melahirkan, namun saya redha kerana semuanya dah berakhir dengan selamat.. 

Sunday, December 15, 2019

Jalan-jalan Pantai Timur (Siri 2)

Masjid Terapung

Hari kedua, seawal 7.30 pagi kami daftar keluar homestay dan terus ke Restoran Nasi Dagang Atas Tol. Syukur, walaupun ramai tapi masih tidak terlalu ramai. Akhirnya, kami dapat merasa keenakkan nasi dagang di sini. Setelah bersarapan, kami menuju ke Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali sebagai Masiid Terapung di Kuala Ibai. Kemudian kami sempat singgah di Pantai Batu Buruk untuk menikmati pemandangan serta merakam kenangan.


Pantai Batu Buruk
Seterusnya, kami ke ‘Drawbridge’ yang merupakan salah satu mercu tanda yang menjadi kebanggaan rakyat Terengganu. Kami juga berkesempatan melawat galeri di tingkat atas jambatan tersebut dengan bayaran RM5 seorang. Kemudian, kami ke Pasar Payang untuk aktiviti membeli belah. Kini Pasar Payang telah diubahsuai menjadi medan niaga yang lebih teratur dan bersih.





Drawbridge
Tidak ketinggalan, kami juga sempat meluangkan masa di Taman Tamadun Islam. Dengan bayaran sebanyak RM24, kami menaiki bot menyelusuri Sungai Terengganu untuk melihat keindahan Kuala Terengganu. Kami juga mendapat kupon ‘free meal’ yang boleh ditebus di Restoran Beteng selepas menyelusuri Sungai Terengganu. Setelah itu, kami ke Masjid Kristal untuk menunaikan solat zuhur, malangnya masjid tidak dibuka kepada orang ramai kerana kerja-kerja pengubahsuaian dan pemuliharaan.



Masjid Kristal dari atas bot


Sebelum bergerak ke Kuantan, kami singgah di Kampung Losong untuk membeli keropok lekor buat makan-makan di dalam kereta. Kami tiba di Kuantan pada pukul 6.00 petang dan terus daftar masuk homestay dan berehat. Sebelah malamnya kami ke Restoran Ana Ikan Bakar di Tanjung Lumpur untuk makan malam.



Pantai Balok


Hari ketiga pula, kami ke Pantai Balok untuk menikmati keindahan di tepi pantai. Malangnya cuaca kurang baik. Kami hanya duduk sekejap di Pantai Balok dan membuat keputusan untuk melihat penyu di Pusat Konservasi Penyu di Cherating. Malangnya, hanya tinggal anak penyu di dalam akuarium yang sedang nazak. Kesian kami tengokkan. 




Ikan Patin Tempoyak di Kg Bangau

Akhir sekali, kami meronda di persisir Pantai Cherating dan bergerak ke Natural Batik Village di Balok. Setelah puas mencuci mata, keluarga saya berhasrat untuk menamatkan percutian ini dengan bergerak pulang ke Kulai, Johor. Manakala saya dan suami membuat keputusan untuk ke Teluk Cempedak dan meneruskan perjalanan pulang melalui jalan dalam dan singgah di Temerloh untuk merasai keenakkan ikan patin masak tempoyak. Akhirnya, kami tiba di Seremban jam 7.00 malam. Begitulah berakhirnya percutian saya bersama keluarga di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. 


Monday, December 9, 2019

Jalan-jalan Pantai Timur (Siri 1)


Street Art (Duty Free Zone Pengkalan Kubor)
Musim-musim cuti sekolah ni ramai yang merancang percutian bersama keluarga.. Tidak ketinggalan, saya juga telah merancang percutian bersama keluarga ke Pantai Timur. Mulanya kami merancang untuk ke Kuala Krai, Tanah Merah dan Kota Bharu di Kelantan selain Kuala Terengganu dan Kemaman di Terengganu. Namun begitu, pada hujung bulan November yang lalu hujan berlarutan selama beberapa hari di Kelantan hingga menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air. Oleh sebab itu, saya menukar laluan ke Tumpat, Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Kuantan. Berikut saya ceritakan secara ringkas perjalanan kami yang mungkin boleh dijadikan panduan kepada sesiapa yang merancang untuk ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia.


Street Art (Duty Free Zone Pengkalan Kubor)

Keluarga saya memulakan perjalanan dari Kulai, Johor ke Seremban sebelum kami bergerak bersama-sama ke Kuala Terengganu. Jadi, pada 2hb Disember 2019 kami memulakan perjalanan ke Kuala Terengganu pada jam 11.30 malam melalui Gombak menaiki Lebuhraya Pantai Timur ke Kuala Terengganu. Kami singgah di Kuala Terengganu kerana berhajat untuk bersarapan pagi di Restoran Nasi Dagang Atas Tol. Malangnya restoran tersebut tidak beroperasi pada hari Selasa. Kami cuba ke Restoran Nasi Dagang Vintage, ye malang sekali tutup juga.. Jadi kami bersarapan di restoran yang ada dan meneruskn perjalanan ke Tumpat, Kelantan.

Pantai Sri Tujuh


Perjalanan ke Tumpat bermula seawal 8.00 pagi melalui jalan pantai. Sepanjang perjalanan, walaupun ada beberapa tempat yang dinaiki air namun kami masih dapat mengharunginya dengan selamat. Sekiranya anda berhajat ke Pantai Timur pada musim banjir ini, eloknya selalulah melihat maklumat terkini di facebook JKR Besut dan Info Banjir Kelantan agar dapat mengetahui status laluan samada dibuka untuk laluan atau ditutup kerana dinaiki air. Ini amat penting bagi memastikan perjalanan anda lancar dan selamat. 




Muzium Wau
Kami tiba di Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor pada pukul 11 pagi. Di sini kami hanya mencuci mata dan bergambar di 'Street Art' sahaja. Aktiviti membeli belah yang dirancang tidak ditunaikan kerana kebanyakkan peniaga di sini enggan mengurangkan harga apabila kami tawar menawar. Alasan mereka ialah disebabkan kadar tukaran matawang yang agak teruk ketika ini. Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Pantai Sri Tujuh. Sebelum itu, kami singgah di restoran yang ada sepanjang perjalanan untuk makan tengah hari. Di Pantai Sri Tujuh juga terdapat Muzium Wau. Yuran masuk muzium hanyalah RM2. Selepas masuk muzium kami ke pusat kraftangan yang ada di hadapan muzium. Di dalam pusat itu juga terdapat 'Tricky Art'. Kami sempat bergambar di 'Tricky Art' tersebut dengan bayaran sebanyak RM2. 


Tricky Art di Pusat Kraft
Setelah itu, kami meneruskan perjalanan ke Kota Bharu untuk daftar masuk homestay dan berehat. Seusai solat maghrib dan isyak kami ke Restoran Mee Scekok untuk merasa mee celup yang viral baru-baru ini di twitter dan facebook. Seterusnya, kami ke Wakaf Che Yeh untuk aktiviti membeli belah. Kami akhirnya pulang ke homestay pada pukul 11 malam. Hari ini adalah hari yang amat memenatkan kerana hampir 24 jam kami tidak tidur. Namun begitu, kami tetap berasa genbira.

Nampaknya entry kali ini dah agak panjang. Oleh itu, saya berhenti di sini dan akan bersambung pada siri yang kedua. Nantikan ya!

Monday, October 28, 2019

Trip Mendaki Gunung Brinchang Barat di Cameron Highland



Hai semua! Sudah teramat lama saya tidak membuat posting baru di blog ini. Sebenarnya bukan tiada cerita untuk dikongsi tetapi disebabkan keterbatasan waktu, keterbatasan internet dan kesibukan kerja serta hidup blog ini sendu tanpa cerita. Tapi saya masih belum melupakan blog ini ok.




Ok, back to our main topic today! Pada 1 September 2019 yang lalu, saya telah mengikuti trip mendaki Gunung Brinchang Barat di Cameron Highland. Asalnya kami hendak mendaki Gunung Irau tetapi guide kami mencadangkan untuk kami mendaki Gunung Brinchang Barat. Hal ini kerana, buat masa ini Gunung Irau tidak boleh didaki sehingga puncak. Selain itu, banyak kesan-kesan lumut yang cantik telah hilang sepenuhnya. Jadi, guide mencadangkan kami ke Brinchang Barat kerana keindahannya yang masih baik dan terjaga serta cantik. Untuk pengetahuan semua, lumut-lumut ini tidak boleh disentuh, Katanya, once kita sentuh, bahangian yang disentuh itu tidak ditumbuhi lumut lagi. Disebabkan itulah, keindahan di Gunung Irau katanya telah musnah akibat tangan-tangan manusia yang degil, mementingkan diri dan tidak bertanggungjawab. So u all please, jangan sentuh lumut tu ya!


Jadi pada hari kejadian kami menunggu Encik Andy (orang yang menguruskan dokumentasi dan guide untuk mendaki) di Nova Hotel. Setelah semua orang cukup, kami menaiki 4 wheel drive untuk ke starting point mendaki. Ok di sini ada cerita lain. Sepatutnya masa deal dengan Andy, kami akan naik ikut route lain dan turun melalui Mossy Forest. Tetapi, katanya sebab masa turn kami nak mendaki tu ada lebah yang banyak dan katanya ada pendaki yang disengat lebah sebelum tu, jadi atas faktor keselamatan kami diekehendaki melalui trail yang sama untuk naik dan turun iaitu melalui Mossy Forest. Perjalanan mendaki yang panjang terus jadi singkat. Tak silap saya pukul 8 kami mula mendaki dan pukul 12 kami dah berada di tempat permulaan mendaki. Masa banyak dihabiskan dengan melepak dan bergambar semasa di atas sahaja.




Apa pun kami tetap enjoy! Cost untuk mendaki ni hanya RM80 sahaja seorang. Kalau you all berminat untuk berurusan dengan Andy boleh ke facebook Tebing Tinggi Backpackers atau contact di nombor 017-9997790. Sebenarnya, nombor contact ini pon kami dapat setelah meninjau blog-blog lain yang pernah menggunakan khidmat beliau. Sekian sahaja untuk kali ini. Selamat mendaki!