Dah lama sungguh tak buat posting kat sini.. Terlalu sibuk dengan kehidupan.. Tapi harini saya luangkan masa untuk berkongsi kisah pahit dalam hidup saya.. Maybe boleh juga dijadikan panduan bagi mereka yang memerlukan..
Kisahnya suami telah melafazkan talak ke atas saya di luar mahkamah iaitu di rumah.. Jadi apabila perkara seperti ini berlaku kita perlulah ambil tindakan untuk membuat pengesahan lafaz cerai tersebut.. Sudah tentu ramai yang mengalaminya dan tidak tahu apa yang perlu dibuat.. Begitulah jugalah saya, tidak tahu kemana hendak dituju.. Tapi syukur Alhamdulillah Allah lorongkan saya ke arah yang perlu dituju..
Sudah tentulah prosedur akan berbeza bagi setiap negeri. Oleh sebab sekarang ini saya bermastautin di negeri sembilan jadi saya berkongsi tatacara yang perlu dilakukan apabila anda melalui ujian ini di negeri sembilan.. Pertamanya kita boleh merujuk terus kepada peguam syarie.. Tetapi pasti ada yuran guaman yang perlu kita bayar.. Tapi kalau kita tidak mampu atau kita boleh buat sendiri, buat je lah sendiri..
Pergi je la ke laman sesawang mahkamah shariah negeri sembilan.. muat turun borang yang bersesuaian dengan kes kita.. Macam saya, saya muat turun borang pengesahan lafaz cerai.. Isi lah borang tersebut.. cuma syaratnya tidak boleh tulis tangan… borang mesti bertaip.. jadi kita taip dan print.. Dalam borang tersebut juga sudah disediakan senarai semak dokumen yang perlu dilampirkan.. ikut sahaja dan tak susah pun..
Cuma, jika alamat dalam kad pengenalan kita alamat kampung kenalah isi borang pengesahan mastautin.. dan dapatkan pengesahan daripada imam atau pengerusi taman atau ketua kampung.. buat lah beberapa helai.. supaya nanti nak buat tuntutan-tuntutan yang lain tak perlu la pergi lagi cari imam atau pengerusi taman tersebut..
Lagi satu, jika pasangan kita tidak tinggal dalam negeri yang sama kenalah isi borang penyampaian luar bidang kuasa… Kemudian pergilah mahkamah syariah dan daftarkan kes tersebut.. Kita akan diberikan tarikh untuk perbicaraan.. Untuk mendaftar kes kita akan dikenakan bayaran.. Bayar sajalah.. jangan risau tak mahal sangat pun..
Kalau kita tiada kemudahan seperti komputer dan printer untuk mengisi borang tersebut, jangan risau.. di kaunter pendaftaran ada disediakan khidmat jurutaip.. jadi boleh la minta mereka buatkan dan bayarlah amaun yang telah ditetapkan..
Bagi kes saya pula, saya sudah dapat tarikh perbicaraan dan hanya menunggu untuk dibicarakan.. Apa pun saya redho dengan ketentuan hidup saya.. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui yang mana baik dalam hidup saya.. Namun saya tetap dirundung duka melihat kekecewaan dan kedukaan anak-anak yang terpaksa melalui kisah perit ini.. Semoga anak-anak kuat dan digantikan kesedihan sementara ini dengan kebahagiaan hidup dunia dan akhirat… aminnn..
Mohon doa dipermudahkan urusan saya dan anak-anak..
No comments :
Post a Comment