Sunday, December 15, 2019

Jalan-jalan Pantai Timur (Siri 2)

Masjid Terapung

Hari kedua, seawal 7.30 pagi kami daftar keluar homestay dan terus ke Restoran Nasi Dagang Atas Tol. Syukur, walaupun ramai tapi masih tidak terlalu ramai. Akhirnya, kami dapat merasa keenakkan nasi dagang di sini. Setelah bersarapan, kami menuju ke Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenali sebagai Masiid Terapung di Kuala Ibai. Kemudian kami sempat singgah di Pantai Batu Buruk untuk menikmati pemandangan serta merakam kenangan.


Pantai Batu Buruk
Seterusnya, kami ke ‘Drawbridge’ yang merupakan salah satu mercu tanda yang menjadi kebanggaan rakyat Terengganu. Kami juga berkesempatan melawat galeri di tingkat atas jambatan tersebut dengan bayaran RM5 seorang. Kemudian, kami ke Pasar Payang untuk aktiviti membeli belah. Kini Pasar Payang telah diubahsuai menjadi medan niaga yang lebih teratur dan bersih.





Drawbridge
Tidak ketinggalan, kami juga sempat meluangkan masa di Taman Tamadun Islam. Dengan bayaran sebanyak RM24, kami menaiki bot menyelusuri Sungai Terengganu untuk melihat keindahan Kuala Terengganu. Kami juga mendapat kupon ‘free meal’ yang boleh ditebus di Restoran Beteng selepas menyelusuri Sungai Terengganu. Setelah itu, kami ke Masjid Kristal untuk menunaikan solat zuhur, malangnya masjid tidak dibuka kepada orang ramai kerana kerja-kerja pengubahsuaian dan pemuliharaan.



Masjid Kristal dari atas bot


Sebelum bergerak ke Kuantan, kami singgah di Kampung Losong untuk membeli keropok lekor buat makan-makan di dalam kereta. Kami tiba di Kuantan pada pukul 6.00 petang dan terus daftar masuk homestay dan berehat. Sebelah malamnya kami ke Restoran Ana Ikan Bakar di Tanjung Lumpur untuk makan malam.



Pantai Balok


Hari ketiga pula, kami ke Pantai Balok untuk menikmati keindahan di tepi pantai. Malangnya cuaca kurang baik. Kami hanya duduk sekejap di Pantai Balok dan membuat keputusan untuk melihat penyu di Pusat Konservasi Penyu di Cherating. Malangnya, hanya tinggal anak penyu di dalam akuarium yang sedang nazak. Kesian kami tengokkan. 




Ikan Patin Tempoyak di Kg Bangau

Akhir sekali, kami meronda di persisir Pantai Cherating dan bergerak ke Natural Batik Village di Balok. Setelah puas mencuci mata, keluarga saya berhasrat untuk menamatkan percutian ini dengan bergerak pulang ke Kulai, Johor. Manakala saya dan suami membuat keputusan untuk ke Teluk Cempedak dan meneruskan perjalanan pulang melalui jalan dalam dan singgah di Temerloh untuk merasai keenakkan ikan patin masak tempoyak. Akhirnya, kami tiba di Seremban jam 7.00 malam. Begitulah berakhirnya percutian saya bersama keluarga di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. 


Monday, December 9, 2019

Jalan-jalan Pantai Timur (Siri 1)


Street Art (Duty Free Zone Pengkalan Kubor)
Musim-musim cuti sekolah ni ramai yang merancang percutian bersama keluarga.. Tidak ketinggalan, saya juga telah merancang percutian bersama keluarga ke Pantai Timur. Mulanya kami merancang untuk ke Kuala Krai, Tanah Merah dan Kota Bharu di Kelantan selain Kuala Terengganu dan Kemaman di Terengganu. Namun begitu, pada hujung bulan November yang lalu hujan berlarutan selama beberapa hari di Kelantan hingga menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air. Oleh sebab itu, saya menukar laluan ke Tumpat, Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Kuantan. Berikut saya ceritakan secara ringkas perjalanan kami yang mungkin boleh dijadikan panduan kepada sesiapa yang merancang untuk ke Pantai Timur Semenanjung Malaysia.


Street Art (Duty Free Zone Pengkalan Kubor)

Keluarga saya memulakan perjalanan dari Kulai, Johor ke Seremban sebelum kami bergerak bersama-sama ke Kuala Terengganu. Jadi, pada 2hb Disember 2019 kami memulakan perjalanan ke Kuala Terengganu pada jam 11.30 malam melalui Gombak menaiki Lebuhraya Pantai Timur ke Kuala Terengganu. Kami singgah di Kuala Terengganu kerana berhajat untuk bersarapan pagi di Restoran Nasi Dagang Atas Tol. Malangnya restoran tersebut tidak beroperasi pada hari Selasa. Kami cuba ke Restoran Nasi Dagang Vintage, ye malang sekali tutup juga.. Jadi kami bersarapan di restoran yang ada dan meneruskn perjalanan ke Tumpat, Kelantan.

Pantai Sri Tujuh


Perjalanan ke Tumpat bermula seawal 8.00 pagi melalui jalan pantai. Sepanjang perjalanan, walaupun ada beberapa tempat yang dinaiki air namun kami masih dapat mengharunginya dengan selamat. Sekiranya anda berhajat ke Pantai Timur pada musim banjir ini, eloknya selalulah melihat maklumat terkini di facebook JKR Besut dan Info Banjir Kelantan agar dapat mengetahui status laluan samada dibuka untuk laluan atau ditutup kerana dinaiki air. Ini amat penting bagi memastikan perjalanan anda lancar dan selamat. 




Muzium Wau
Kami tiba di Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor pada pukul 11 pagi. Di sini kami hanya mencuci mata dan bergambar di 'Street Art' sahaja. Aktiviti membeli belah yang dirancang tidak ditunaikan kerana kebanyakkan peniaga di sini enggan mengurangkan harga apabila kami tawar menawar. Alasan mereka ialah disebabkan kadar tukaran matawang yang agak teruk ketika ini. Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Pantai Sri Tujuh. Sebelum itu, kami singgah di restoran yang ada sepanjang perjalanan untuk makan tengah hari. Di Pantai Sri Tujuh juga terdapat Muzium Wau. Yuran masuk muzium hanyalah RM2. Selepas masuk muzium kami ke pusat kraftangan yang ada di hadapan muzium. Di dalam pusat itu juga terdapat 'Tricky Art'. Kami sempat bergambar di 'Tricky Art' tersebut dengan bayaran sebanyak RM2. 


Tricky Art di Pusat Kraft
Setelah itu, kami meneruskan perjalanan ke Kota Bharu untuk daftar masuk homestay dan berehat. Seusai solat maghrib dan isyak kami ke Restoran Mee Scekok untuk merasa mee celup yang viral baru-baru ini di twitter dan facebook. Seterusnya, kami ke Wakaf Che Yeh untuk aktiviti membeli belah. Kami akhirnya pulang ke homestay pada pukul 11 malam. Hari ini adalah hari yang amat memenatkan kerana hampir 24 jam kami tidak tidur. Namun begitu, kami tetap berasa genbira.

Nampaknya entry kali ini dah agak panjang. Oleh itu, saya berhenti di sini dan akan bersambung pada siri yang kedua. Nantikan ya!

Monday, October 28, 2019

Trip Mendaki Gunung Brinchang Barat di Cameron Highland



Hai semua! Sudah teramat lama saya tidak membuat posting baru di blog ini. Sebenarnya bukan tiada cerita untuk dikongsi tetapi disebabkan keterbatasan waktu, keterbatasan internet dan kesibukan kerja serta hidup blog ini sendu tanpa cerita. Tapi saya masih belum melupakan blog ini ok.




Ok, back to our main topic today! Pada 1 September 2019 yang lalu, saya telah mengikuti trip mendaki Gunung Brinchang Barat di Cameron Highland. Asalnya kami hendak mendaki Gunung Irau tetapi guide kami mencadangkan untuk kami mendaki Gunung Brinchang Barat. Hal ini kerana, buat masa ini Gunung Irau tidak boleh didaki sehingga puncak. Selain itu, banyak kesan-kesan lumut yang cantik telah hilang sepenuhnya. Jadi, guide mencadangkan kami ke Brinchang Barat kerana keindahannya yang masih baik dan terjaga serta cantik. Untuk pengetahuan semua, lumut-lumut ini tidak boleh disentuh, Katanya, once kita sentuh, bahangian yang disentuh itu tidak ditumbuhi lumut lagi. Disebabkan itulah, keindahan di Gunung Irau katanya telah musnah akibat tangan-tangan manusia yang degil, mementingkan diri dan tidak bertanggungjawab. So u all please, jangan sentuh lumut tu ya!


Jadi pada hari kejadian kami menunggu Encik Andy (orang yang menguruskan dokumentasi dan guide untuk mendaki) di Nova Hotel. Setelah semua orang cukup, kami menaiki 4 wheel drive untuk ke starting point mendaki. Ok di sini ada cerita lain. Sepatutnya masa deal dengan Andy, kami akan naik ikut route lain dan turun melalui Mossy Forest. Tetapi, katanya sebab masa turn kami nak mendaki tu ada lebah yang banyak dan katanya ada pendaki yang disengat lebah sebelum tu, jadi atas faktor keselamatan kami diekehendaki melalui trail yang sama untuk naik dan turun iaitu melalui Mossy Forest. Perjalanan mendaki yang panjang terus jadi singkat. Tak silap saya pukul 8 kami mula mendaki dan pukul 12 kami dah berada di tempat permulaan mendaki. Masa banyak dihabiskan dengan melepak dan bergambar semasa di atas sahaja.




Apa pun kami tetap enjoy! Cost untuk mendaki ni hanya RM80 sahaja seorang. Kalau you all berminat untuk berurusan dengan Andy boleh ke facebook Tebing Tinggi Backpackers atau contact di nombor 017-9997790. Sebenarnya, nombor contact ini pon kami dapat setelah meninjau blog-blog lain yang pernah menggunakan khidmat beliau. Sekian sahaja untuk kali ini. Selamat mendaki!

Sunday, January 20, 2019

Water Rafting di Gopeng, Perak

Fuhhh, balik dari Kinabalu, Geng The Makciks ajak water rafting pulakkkkk. Jadi alang-alang hendak ke Gopeng, Perak kami round la beberapa tempat menarik di Perak, bak kata pepatah lama sambil menyelam minum air. Jadi pada 7 Disember tu perjalanan Geng The Makciks dari Johor Bahru seawal jam 5 pagi dan sampai ke Seremban pukul 9 pagi. Sampai Seremban saya take over pemanduan untuk teruskan perjalanan ke Perak.

Kami keluar tol Sungkai dan destinasi pertama kami ialah Hot Spring Sg Klah. Tujuan kami ke sini ingin melihat kawasan dan merakam kenangan sahaja. Seronok juga di Hot Spring ini kerana pelbagai aktiviti boleh dilakukan. Bayaran masuk RM10 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak (maafkan saya kalau tersilap).

Setelah puas melawat kawasan di Hot Spring Sg Klah, kami makan tengah hari dan teruskan perjalanan ke Teluk Intan untuk melihat Menara Condong di Teluk Intan. Setelah puas bergambar, kami teruskan perjalanan ke Kellys Castle. Kemudian, kami teruskan perjalanan ke Ipoh untuk daftar masuk bilik hotel dan makan malam. Malam tu kami tidur awal kerana keletihan dan untuk merehatkan diri sebelum aktiviti yang dinanti-nantikan keesokkan harinya.

Esoknya seawal 7 pagi kami daftar keluar hotel dan mulakan perjalanan ke Gopeng. Kami sempat singgah warung di Simpang Pulai untuk sarapan pagi. Untuk pengetahuan semua, kami menempah pakej water rafting dan tour Gua Kandu dengan Riverbug Asia. Sesiapa yang berminat hendak mencuba sesuatu yang baharu atau minat sukan-sukan extreme boleh check it out website Riverbug Asia. Bagusnya mereka ni, mereka akan ambil kita di mana-mana kawasan berdekatan Gopeng untuk di bawa ke kem mereka. Selain itu, mereka juga boleh aturkan tak kira berapa jumlah ahli kumpulan anda. Macam kami pergi berempat, ingatkan mereka akan pairkan dengan kumpulan-kumpulan lain, rupanya tidak. So lebih privacy dan lagi best la. Ada juga team lain yang buat water rafting hanya berdua sahaja. Jadi kalau ada yang nak mencuba water rafting dan tak cukup korum tak perlu bimbang mereka akan aturkan.

Seterusnya kami perlu menaiki kenderaan mereka untuk ke hulu sungai iaitu permulaan aktiviti water rafting. Sebelum memulakan aktiviti kami diberi taklimat tentang langkah keselamatan. Kami di ajar bagaimana cara untuk mendayung dan beberapa terms yang perlu diingati dan dilakukan setelah mendapat arahan daripada guider ketika rafting nanti. Seterusnya kami perlu memikul sendiri boat ke sungai. Setelah mendayung sekejap kami berhenti di satu tempat untuk prosedur  water confident. Guider akan hanyutkan kita di tengah sungai kemudian kita akan menangkap tali yang dicampak oleh guider dari tepi sungai dan berenang ke tepian. Nampak mudah tapi untuk spesis penakut air seperti saya hampir lemas kerana panik.. huhuhuhu.. Tapi selepas itu, kami bergembira di atas boat sehingga tiba semula di kem Riverbug.

Sebelum kami teruskan dengan jungle trekking ke Gua Kandu, kami dijamukan dengan makan tengah hari. Hidangan makan tengah hari memang dah termasuk dalam bayaran tour kami pada hari tersebut. Sebenarnya ada misscommunication di sini. Hajat kami nak ke Gua Tempurung, huhuhuhuhu tapi tak mengapa lah. Kesilapan dipihak kami kerana tak pastikan nama gua betul-betul. Gua Kandu ni biasa-biasa je la, tak pergi pun tak mengapa. Balik dari Gua Kandu ada disediakan sedikit kuih-muih sebelum kami pulang. Petang itu, sempat juga kami singgah di Bandaraya Ipoh melihat keindahan seni bina zaman dahulu terutama di Stesen Keretapi Ipoh dan sekitarnya.

Keesokkan harinya sebelum pulang, kami ke MAPS. Pada saya MAPS ni biasa-biasa sahaja dan tak berbaloi dengan harga. Tempat ini sesuai sangat dengan kanak-kanak yang baru nak mengenali theme park. Bagi kami yang dah ke pelbagai jenis theme park yang lebih agak kecewa juga lah apabila berada di MAPS. Kami tidak lama di MAPS hanya tiga jam kemudian terus mencari nasi ganja di Ipoh untuk lunch sebelum bergerak pulang ke Johor. Sebelum balik kami sempat membeli limau barli sebagai buah tangan untuk ahli keluarga.