Sunday, January 20, 2019

Water Rafting di Gopeng, Perak

Fuhhh, balik dari Kinabalu, Geng The Makciks ajak water rafting pulakkkkk. Jadi alang-alang hendak ke Gopeng, Perak kami round la beberapa tempat menarik di Perak, bak kata pepatah lama sambil menyelam minum air. Jadi pada 7 Disember tu perjalanan Geng The Makciks dari Johor Bahru seawal jam 5 pagi dan sampai ke Seremban pukul 9 pagi. Sampai Seremban saya take over pemanduan untuk teruskan perjalanan ke Perak.

Kami keluar tol Sungkai dan destinasi pertama kami ialah Hot Spring Sg Klah. Tujuan kami ke sini ingin melihat kawasan dan merakam kenangan sahaja. Seronok juga di Hot Spring ini kerana pelbagai aktiviti boleh dilakukan. Bayaran masuk RM10 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak (maafkan saya kalau tersilap).

Setelah puas melawat kawasan di Hot Spring Sg Klah, kami makan tengah hari dan teruskan perjalanan ke Teluk Intan untuk melihat Menara Condong di Teluk Intan. Setelah puas bergambar, kami teruskan perjalanan ke Kellys Castle. Kemudian, kami teruskan perjalanan ke Ipoh untuk daftar masuk bilik hotel dan makan malam. Malam tu kami tidur awal kerana keletihan dan untuk merehatkan diri sebelum aktiviti yang dinanti-nantikan keesokkan harinya.

Esoknya seawal 7 pagi kami daftar keluar hotel dan mulakan perjalanan ke Gopeng. Kami sempat singgah warung di Simpang Pulai untuk sarapan pagi. Untuk pengetahuan semua, kami menempah pakej water rafting dan tour Gua Kandu dengan Riverbug Asia. Sesiapa yang berminat hendak mencuba sesuatu yang baharu atau minat sukan-sukan extreme boleh check it out website Riverbug Asia. Bagusnya mereka ni, mereka akan ambil kita di mana-mana kawasan berdekatan Gopeng untuk di bawa ke kem mereka. Selain itu, mereka juga boleh aturkan tak kira berapa jumlah ahli kumpulan anda. Macam kami pergi berempat, ingatkan mereka akan pairkan dengan kumpulan-kumpulan lain, rupanya tidak. So lebih privacy dan lagi best la. Ada juga team lain yang buat water rafting hanya berdua sahaja. Jadi kalau ada yang nak mencuba water rafting dan tak cukup korum tak perlu bimbang mereka akan aturkan.

Seterusnya kami perlu menaiki kenderaan mereka untuk ke hulu sungai iaitu permulaan aktiviti water rafting. Sebelum memulakan aktiviti kami diberi taklimat tentang langkah keselamatan. Kami di ajar bagaimana cara untuk mendayung dan beberapa terms yang perlu diingati dan dilakukan setelah mendapat arahan daripada guider ketika rafting nanti. Seterusnya kami perlu memikul sendiri boat ke sungai. Setelah mendayung sekejap kami berhenti di satu tempat untuk prosedur  water confident. Guider akan hanyutkan kita di tengah sungai kemudian kita akan menangkap tali yang dicampak oleh guider dari tepi sungai dan berenang ke tepian. Nampak mudah tapi untuk spesis penakut air seperti saya hampir lemas kerana panik.. huhuhuhu.. Tapi selepas itu, kami bergembira di atas boat sehingga tiba semula di kem Riverbug.

Sebelum kami teruskan dengan jungle trekking ke Gua Kandu, kami dijamukan dengan makan tengah hari. Hidangan makan tengah hari memang dah termasuk dalam bayaran tour kami pada hari tersebut. Sebenarnya ada misscommunication di sini. Hajat kami nak ke Gua Tempurung, huhuhuhuhu tapi tak mengapa lah. Kesilapan dipihak kami kerana tak pastikan nama gua betul-betul. Gua Kandu ni biasa-biasa je la, tak pergi pun tak mengapa. Balik dari Gua Kandu ada disediakan sedikit kuih-muih sebelum kami pulang. Petang itu, sempat juga kami singgah di Bandaraya Ipoh melihat keindahan seni bina zaman dahulu terutama di Stesen Keretapi Ipoh dan sekitarnya.

Keesokkan harinya sebelum pulang, kami ke MAPS. Pada saya MAPS ni biasa-biasa sahaja dan tak berbaloi dengan harga. Tempat ini sesuai sangat dengan kanak-kanak yang baru nak mengenali theme park. Bagi kami yang dah ke pelbagai jenis theme park yang lebih agak kecewa juga lah apabila berada di MAPS. Kami tidak lama di MAPS hanya tiga jam kemudian terus mencari nasi ganja di Ipoh untuk lunch sebelum bergerak pulang ke Johor. Sebelum balik kami sempat membeli limau barli sebagai buah tangan untuk ahli keluarga.


No comments :

Post a Comment