Salam kepada semua pembaca.. sudah lama saya tak buat posting dalam blog ni..
Kali ini saya ingin berkongsi pengalaman menguruskan Kem Pendakian di Gunung Ledang. Saya bersama-sama beberapa orang guru merancang untuk mengadakan program mendaki Gunung Ledang. Sebenarnya ini kali pertama saya menguruskan kem sebegini dan betapa sukarnya mendapatkan maklumat dari mr. google. Disebabkan itu, saya berkongsi pengalaman dan mungkin boleh dijadikan panduan untuk mereka yang memerlukan.
Setelah berbincang dan memilih tarikh yang sesuai saya mulakan dengan membuat kertas kerja untuk mendapatkan sokongan dari pihak pentadbir sekolah. Setelah kertas kerja diluluskan saya mengisi Borang Lawatan Murid untuk mendapatkan kelulusan dari pihak PPD. Saya difahamkan lawatan dalam negeri perlu mendapatkan kelulusan dari PPD manakala untuk lawatan di luar negeri perlu dapatkan kelulusan dari JPN. Borang Lawatan Murid ini boleh di muat turun dari mr google dan perlu disediakan sebanyak 6 salinan untuk setiap bas. Permohonan perlu dibuat sebulan sebelum tarikh berangkat.
Untuk kes saya, kami agak kesuntukan masa.. tarikh cadangan 27-29 April 2017.. Tp kertas kerja di peringkat sekolah lulus dalam 28 Mac 2017.. Selepas dapat sokongan pentadbir isi pulak borang lawatan untuk dihantar ke PPD.. borang ini perlu dihantar bersama-sama minit mesyuarat dan juga dokumen berkaitan seperti sijil jurulatih..
Disebabkan saya kurang arif pada masa itu, saya hanya menghantar borang lawatan bersama-sama minit mesyuarat sahaja.. Jadi pihak ppd memaklumkan bahawa dokumen saya tidak lengkap.. mereka memerlukan surat kebenaran dari Jabatan Hutan dan juga sijil professional juru pandu.. Masa ni rasa dah nak mengalah tapi digagahkan jua kerana pelajar..
Dijadikan cerita juru pandu Gunung Ledang adalah komuniti setempat iaitu orang asli yang menetap di kawasan Ledang.. mereka ini berdaftar dengan pihak Taman Negara.. Jadi berlaku konflik di situ apabila hendak menyediakan sijil professional juru pandu.. setelah berbincang dengan pihak taman negara akhirnya mereka bersetuju mengeluarkan satu kenyataan berupa surat rasmi tentang juru pandu mereka..
Akhirnya, pada 12 April 2017 kami terima jawapan permohonan kami ke Gunung Ledang diluluskan.. Berpeluh kami nak pastikan program ini berjalan lancar.. Tapi.. masalah belum berakhir.. kami perlu berusaha mencari tajaan untuk program ini.. Posting seterusnya saya akan ceritakan bagaimana kami berusaha mendapatkan tajaan dari pihak-pihak tertentu..
No comments :
Post a Comment