Saturday, June 11, 2016

Cara kelim bahagian melengkung

Ok kali ni saya nak berkongsi cara bagaimana nak kelim di bahagian hujung kain yg melengkung. Biasanya bila kita menjahit kain duyung atau peplum kita akan hadapi masalah untuk kelim.. Bahagian melengkung ni biasanya akan menghasilkan gelembung karipap yang tak cantik.. Ini dari pengalaman saya sendiri..

Cara yang saya nk tunjukkan ini adalah cara yang saya pelajari dari web luar negara yang menunjukkan cara dan tips untuk kelim bahagian melengkung ini.. Ok jom saya tunjukkan..

Ini adalah bahagian hujung kain duyung yang ingin dikelim.. Nampak macam tegak je.. tapi sebenarnya tak.. 

Mula-mula jahit dalam 0.25 inci ke 0.5 inchi dari hujung kain.. 

kemudian lipat ke bahagian dalam dan tindih jahitan yang telah dibuat tadi..

Selepas itu gunting kain seperti dalam gambar.. Jangan sampai kena bahagian jahitan..

Dan yang terakhir sekali, lipat lagi sekali ke bajagian dalam dan jahit seperti biasa.. 

Dan boleh juga ditindih bahagian hujung kain.. Inilah hasilnya.. tiada lagi bentuk karipap terhasil.. 

Selamat mencuba! Semoga bermanfaat

No comments :

Post a Comment