Selepas beberapa hari pulang dari Bukittinggi, Indonesia, saya bersama kawan-kawan di tempat kerja lama pula mengembara di Ho Chi Minh City.. Jalan sokmo cuti nih!
Sebenarnya saya membawa rakan-rakan yang tak pernah ke Ho Chi Minh.. Diorang teringin nak shopping di Saigon.. lagi-lagi dah nak raya ni kan.. Tapi malangnya masa kami pergi tu, diberitakan oleh orang tempatan kebanyakkan orang melayu champa yang berniaga di sana dah balik kampung.. katanya bulan ramadhan mereka tak berniaga.. Mereka nak beribadat..
Patutlah masa kami pergi tuh tiada peniaga jual baju kurung di pasar malam.. kebiasaannya penuh orang jual baju kurung di pasar malam.. Tapi kali nih ada 1 gerai sahaja.. Sudahnya nak cari baju kurung pergi ke butik-butik yang ada.. Ok kalau korang nak ke Saigon janganlah pergi seminggu sebelum bulan puasa.. frust sangat.. xde apa sangat untuk di shopping.. hahaha.. Xde apa sangat konon, tapi seribu gak habis.. ermmmm..
Ok layan gambar keseronokkkan kami di Saigon.. :)
Wefie!!!!! |
Cantik sangat pemandangan di sini.. :) |
Serius dan penuh tumpuan mendengar tourist guide bercerita.. hehehe |
Gambar kenangan di dalam Post Office |
Naik bot di Sungai Mekong |
Trip ke Chu Chi Tunnel dan Sungai Mekong ni kami ambil dengan Sakina.. Caranya korang pergi makan di kedai Amin Halal, lepas tuh tanya pekerja di situ tentang trip ke Chu Chi Tunnel dan Sungai Mekong.. Harga yang diberi kepada kami RM90 untuk Chu Chi Tunnel dan RM80 untuk Sungai Mekong.. Harga sudah termasuk breakfast dan lunch.. Trip ni 2 hari.. Lepas ke Chu Chi Tunnel @ Sungai Mekong korang boleh request nak pergi mana.. Nanti guide tu bawak..
Ok itu sahaja.. Selamat Bercuti!
Perkenalkan kami Sinar Alam Wisata tour and travel di Padang Indonesia,bila tuan/puan nak bercadang bercuti dipadang bukit tinggi indonesia kami menyediakan perkhidmatan pakej percutian dan sewa pelbagai kereta dengan harga jimat dan servis paling ok.
ReplyDeletenak bertanya sila tempah talian dibawah ini :
Wassap -- +6285356000747
Emel -- sinaralamwisata1409@gmail.com
Website -- www.sinaralamwisata.com