Sunday, June 14, 2015

Bercuti di Bukittinggi, Indonesia

Alhamdulillah kami dah selamat pergi dan balik dari bercuti di Bukittinggi, Indonesia.. Satu percutian yang takkan dilupakan kerana bercuti bersama BFF yang telah hampir 5 tahun tidak berjumpa.. Seronok sangat.. Terima kasih korang sebab sporting sangat planned for this trip..


Percutian ke Bukittinggi ni sebenarnya secara tiba-tiba sahaja.. Tiket kapalterbang pun dibeli masa awal bulan Mei dan kami berangkat ke Padang 31 Mei.. Memang betul2 adhoc punya trip..

Untuk pergerakkan di Bukittinggi kami menggunakan khidmat Mas Aldi dengan bayaran 1.1 juta Rupiah seorang untuk 4 hari 3 malam.. Harga ini termasuk sewa homestay beliau beserta breakfast dan perjalanan kami merayap di Bukittinggi.. 

Mas Aldi beri kami harga paling murah jadi kami pun berurusan dengan beliau.. Dia pun boleh tahan kelakar juga orangnya.. Sebelum berurusan dengan Aldi ni kami banyak juga survey harga dengan supir-supir lain.. Ternyata Mas Aldi punya price paling cocok dengan bajet kitorang.. hahahha.. Yang penting kami di sana enjoy bangat! 

Nak nombor contact Mas Aldi? Ok korang boleh whatsapp dia kat nombor nih; +62 813 63385879

Ok jom layan gambar-gambar kami di Bukittinggi, Indonesia :)

Gambar ini diambil di Lembah Harau! Sungguh memukau dan mendamaikan..

Gambar ni pula gambar selepas kami pusing-pusing tasik Singkarak (kalau x silap la.. lupe sudah) naik boat .. Kami sewa satu boat dengan bayaran 240000 Rupiah...

Gambar ni di Puncak Lawang.. View yang sangat cantik dan mendamaikan..

Gambar di Rumah Gadang... Ar itulah supir kami Mas Aldi.. hehehhe
Ok sebenarnya banyak lagi tempat kami pergi dan banyak lagi gambar-gambar kenangan kami.. Apa pun kami enjoy sangatttt..

Sedikit tips untuk korang yang nak beli kain sulam di Bukittinggi... Seeloknya korang bawaklah tali tape... Bukan apa takut diperdaya.. Alkisahnya, harga kain sulam di setiap kedai berbeza-beza.. Kadang-kadang tu bila mintak tawar dia boleh bagi harga yang agak murah yang tak boleh diberi oleh kedai-kedai lain.. Hati-hati yer, berkemungkinan besar kain tersebut tak cukup meter yang sepatutnya...huhuhuhu.. Kami redha dah tak ada rezeki..

No comments :

Post a Comment