Tuesday, June 16, 2015

Ho Chi Minh, Aku Datang Lagi..

Selepas beberapa hari pulang dari Bukittinggi, Indonesia, saya bersama kawan-kawan di tempat kerja lama pula mengembara di Ho Chi Minh City..  Jalan sokmo cuti nih!

Sebenarnya saya membawa rakan-rakan yang tak pernah ke Ho Chi Minh.. Diorang teringin nak shopping di Saigon.. lagi-lagi dah nak raya ni kan.. Tapi malangnya masa kami pergi tu, diberitakan oleh orang tempatan kebanyakkan orang melayu champa yang berniaga di sana dah balik kampung.. katanya bulan ramadhan mereka tak berniaga.. Mereka nak beribadat..

Patutlah masa kami pergi tuh tiada peniaga jual baju kurung di pasar malam.. kebiasaannya penuh orang jual baju kurung di pasar malam.. Tapi kali nih ada 1 gerai sahaja.. Sudahnya nak cari baju kurung pergi ke butik-butik yang ada.. Ok kalau korang nak ke Saigon janganlah pergi seminggu sebelum bulan puasa.. frust sangat.. xde apa sangat untuk di shopping.. hahaha.. Xde apa sangat konon, tapi seribu gak habis.. ermmmm..

Ok layan gambar keseronokkkan kami di Saigon.. :)

Wefie!!!!! 

Cantik sangat pemandangan di sini.. :)

Serius dan penuh tumpuan mendengar tourist guide bercerita.. hehehe

Gambar kenangan di dalam Post Office

Naik bot di Sungai Mekong
Trip ke Chu Chi Tunnel dan Sungai Mekong ni kami ambil dengan Sakina.. Caranya korang pergi makan di kedai Amin Halal, lepas tuh tanya pekerja di situ tentang trip ke Chu Chi Tunnel dan Sungai Mekong.. Harga yang diberi kepada kami RM90 untuk Chu Chi Tunnel dan RM80 untuk Sungai Mekong.. Harga sudah termasuk breakfast dan lunch.. Trip ni 2 hari.. Lepas ke Chu Chi Tunnel @ Sungai Mekong korang boleh request nak pergi mana.. Nanti guide tu bawak..

Ok itu sahaja.. Selamat Bercuti!


Sunday, June 14, 2015

Bercuti di Bukittinggi, Indonesia

Alhamdulillah kami dah selamat pergi dan balik dari bercuti di Bukittinggi, Indonesia.. Satu percutian yang takkan dilupakan kerana bercuti bersama BFF yang telah hampir 5 tahun tidak berjumpa.. Seronok sangat.. Terima kasih korang sebab sporting sangat planned for this trip..


Percutian ke Bukittinggi ni sebenarnya secara tiba-tiba sahaja.. Tiket kapalterbang pun dibeli masa awal bulan Mei dan kami berangkat ke Padang 31 Mei.. Memang betul2 adhoc punya trip..

Untuk pergerakkan di Bukittinggi kami menggunakan khidmat Mas Aldi dengan bayaran 1.1 juta Rupiah seorang untuk 4 hari 3 malam.. Harga ini termasuk sewa homestay beliau beserta breakfast dan perjalanan kami merayap di Bukittinggi.. 

Mas Aldi beri kami harga paling murah jadi kami pun berurusan dengan beliau.. Dia pun boleh tahan kelakar juga orangnya.. Sebelum berurusan dengan Aldi ni kami banyak juga survey harga dengan supir-supir lain.. Ternyata Mas Aldi punya price paling cocok dengan bajet kitorang.. hahahha.. Yang penting kami di sana enjoy bangat! 

Nak nombor contact Mas Aldi? Ok korang boleh whatsapp dia kat nombor nih; +62 813 63385879

Ok jom layan gambar-gambar kami di Bukittinggi, Indonesia :)

Gambar ini diambil di Lembah Harau! Sungguh memukau dan mendamaikan..

Gambar ni pula gambar selepas kami pusing-pusing tasik Singkarak (kalau x silap la.. lupe sudah) naik boat .. Kami sewa satu boat dengan bayaran 240000 Rupiah...

Gambar ni di Puncak Lawang.. View yang sangat cantik dan mendamaikan..

Gambar di Rumah Gadang... Ar itulah supir kami Mas Aldi.. hehehhe
Ok sebenarnya banyak lagi tempat kami pergi dan banyak lagi gambar-gambar kenangan kami.. Apa pun kami enjoy sangatttt..

Sedikit tips untuk korang yang nak beli kain sulam di Bukittinggi... Seeloknya korang bawaklah tali tape... Bukan apa takut diperdaya.. Alkisahnya, harga kain sulam di setiap kedai berbeza-beza.. Kadang-kadang tu bila mintak tawar dia boleh bagi harga yang agak murah yang tak boleh diberi oleh kedai-kedai lain.. Hati-hati yer, berkemungkinan besar kain tersebut tak cukup meter yang sepatutnya...huhuhuhu.. Kami redha dah tak ada rezeki..

Saturday, June 13, 2015

Dress Kanak-Kanak

Ermmm rasa macam dah lama tak update blog..

Ok masa awal bulan 5 aritu saya dapat whatsapp dari seorang customer dari Sarawak yang ingin menempah dress kanak-kanak.. Katanya nak pakai awal bulan 6.. Sebenarnya ini kali pertama saya menjahit dress kanak-kanak.. Hanya berbekalkan ukuran yang diberi beserta gambar contoh dress saya pun jahitlah.. 


Dan di bawah ini gambar yang dikirim oleh customer.. harap beliau berpuas hati.. 



#sayajahitsukasukajer