Syukur kepada Tuhan sekelian alam, saya dan suami berjaya mengharungi cabaran mendaki Gunung Kinabalu pada 27 November 2018 yang lalu. Sebenarnya sudah lama saya berhajat untuk mendaki Gunung Kinabalu tetapi tiada siapa yang sudi melayan keinginan saya ni. Syukur sangat bila luahkan hasrat pada suami yang masa tu belum jadi suami lagi, bersetuju untuk menunaikan keinginan saya ini.
Pada mulanya suami berhasrat untuk menyertai kumpulan lain supaya dapat mengurangkan kos guide fee. Tetapi pihak taman-taman Sabah tidak benarkan kerana risau tahap fitness yang berbeza menyebabkan kita akan mengganggu kelancaran perjalanan kumpulan lain. Guide fee itu adalah bayaran untuk 5 pax. Oh ye, kami tidak menggunakan khidmat porter kerana suami dengan rela hatinya menjadi porter saya.
Ok seperti yang dibaca daripada blog-blog lain, laluan ke puncak Gunung Kinabalu penuh dengan tangga. Jadi kalau anda berhasrat untuk mendaki gunung ini eloklah kiranya buat latihan naik turun tangga dan squad untuk menguatkan otot kaki. Laluannya tidak sukar tetapi disebabkan jarak yang agak jauh dan bertangga menyebabkan kaki saya rabak.. huhuhuhu.. bila dah turun rasa macam taubat tak nak naik gunung dah.. hahahhaha
Nasib baik hujan berhenti bila dah lewat petang.. Cuaca jadi sangat cerah dan kami dapat lihat dengan jelas puncak gunung dari Laban Rata.. Jadi lepas makan kami pun bergambar sebagai kenang-kenangan. Dah siap makan dan bergambar masuk dorm solat dan tidur. Bilik air ada heater tetapi tak usah haraplah heater tu.. Yang tahan boleh la mandi yang tak tahan tak payah mandi la.. hehehehehe jangan tanya kami mandi ke tak...
Malam tu bangun pukul 2 pagi siap-siap terus pergi makan dan bersiap untuk mendaki ke puncak.. Laluannya masih bertangga sampai lah di sayat-sayat, checkpoint di mana kita perlu sampai sebelum pukul 5 pagi or else kene patah balik. Lepas dari sayat-sayat laluan dah tak bertangga tapi seperti batu hampar di Gunung Ledang sampailah ke puncak. Memang memenatkan.. Oleh sebab saya agak lambat, suami laju meninggalkan saya kerana dia perlu kejar masa untuk solat subuh di puncak.
Jam pukul 6 lebih macam tu saya sampai di puncak gunung. Cuaca pon da terang masa tu.. Tak mengapa la tak dapat tengok sunrise dari puncak yang penting sampai puncak. Syukur Alhamdulillah.. Berehat sebentar, dan apa lagi merakam kenangan lah.. Tak tau bila lagi nak mendaki Gunung Kinabalu.. Rasanya ni pertama dan terkahir kot.. hahahaha
Oh ye saya ada dengar dari pendaki-pendaki yang kami sempat berbual, katanya kita perlu sampai di Timpohon Gate sebelum jam 4 petang. Sekiranya kita lewat sampai kita akan dikenakan caj dan perlu bayar pada guide. Berapa caj nya saya tak pasti. Tapi jangan risau sebab kalau kita mula turun jam 10 pagi jalan lambat pon InsyaAllah paling lewat pukul 4 petang akan sampai juga di Timpohon Gate tuh.
Ok itu sahaja perkongsian saya kali ini. Seterusnya kalau rajin saya akan kongsi persediaan yang saya lakukan sebelum mendaki Gunung Kinabalu. Stay tuneeeee..