Salam Sejahtera semua!
Sebelum saya ceritakan pengalaman saya, untuk mereka yang tidak tahu set radiant 4 adalah seperti dalam gambar di atas. Yang mana set ini mengandungi ESP, Vitamin C, GLA complex dan Collagen Powder. Pada bulan ini iaitu September 2017, Shaklee memberi voucher tunai bagi setiap pembelian set ini.
Sebelum set ini diperkenalkan, saya mula berjinak-jinak dengan produk shaklee pada hujung bulan Julai 2017. Mulanya saya ambil Vitamin B, C dan Vita-plus untuk menangani masalah keletihan yang disebabkan kurang makan dan tidak cukup nutrien dalam badan.
Kemudian 13 Ogos saya mula membeli ESP dan mengamalkannya setiap pagi. Saya hanya mengambil ESP 1 sudu sehari pada waktu pagi sebelum sarapan. Asalnya saya beli ESP sebab untuk memudahkan saya mengambil supplement yang saya beli sebelum ini. Ini kerana saya agak malas untuk sediakan sarapan pagi.
Hasil pembacaan saya melalui google, saya tertarik dengan set kecantikan shaklee. Jadi pada 24 Ogos saya order collagen powder dan vitamin E. Esoknya dapat saya terus amalkan. Asalnya saya mengambil collagen powder pada waktu malam sebelum tidur. Tetapi, bila ambil malam esok paginya tekak saya akan berasa perit seperti kurang air. Disebabkan itu, saya ambil collagen powder pada waktu pagi dengan mencampurkan collagen powder dengan esp. Oh yer, saya tidak mengambil setiap hari collagen tu. Disebabkan harga yang mahal saya mengambil collagen selang sehari. Jadi satu kotak tu boleh tahan untuk 30 hari. Satu kotak hanya mengadungi 15 sachet collagen powder.
Masa saya ambil collagen ini adalah waktu cuti sekolah dan Raya Haji. Naik sahaja cuti, kawan-kawan tegur muka saya nampak lain. Katanya makin berseri. Siap ada yang usik dah ada seseorang ke? Anak murid plak tegur kata cikgu nampak glowing. Saya tidak menyangka begitu cepat nampak perbezaannya kerana saya lihat dicermin muka saya nampak seperti biasa je. Alhamdulillah saya serasi dengan produk ini.
Jadi saya rasa tak rugi untuk awak-awak semua mencuba. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri menggunakannya. Sebarang persoalan boleh lah gunakan ruangan komen yer!
Jumpa lagi di next posting!
No comments :
Post a Comment