Salam sejahtera semua..
Posting kali ini saya ingin berkongsi pengalaman menggunakan produk shaklee. Mana tahu ia boleh dijadikan rujukan dan panduan kepada bakal pengguna yang lain.
Asalnya saya mempunyai masalah cepat rasa letih. Biasanya setelah balik dari kerja saya tidak boleh buat apa-apa pekerjaan dah. Apa yang saya buat ialah tidur. Oleh sebab saya bekerja sesi petang, saya akan sampai rumah waktu maghrib. Dalam pukul 9 malam macam tu saya akan terus tidur kerana badan rasa tidak larat untuk membuat apa-apa kerja. Mata otomatik akan rasa mengantuk. Tetapi saya melihat kawan saya, dia tidak seperti saya. Selepas kerja mereka masih boleh stay up sampai tengah malam untuk menyiapkan kerja.
Disebabkan itu, saya mula mencari supplement untuk memberi saya tenaga yang berkekalan. Setelah google sana sini kebanyakkan produk yang disarankan pengguna lain ialah produk dari shaklee. Jadi saya menceritakan masalah saya pada seorang pengedar shaklee nih. Dia kata, sebab utama saya cepat keletihan kerana faktor pemakanan yang tidak cukup nutrien yang diperlukan oleh badan. Bila fikir balik memang betul pun. Sebab saya makan tidak menentu. Kalau rajin, saya akan masak untuk makan. Kalau malas, samada saya akan makan maggi jer atau tak makan langsung. Sanggup berlapar sebab malas nak masak dan malas nak keluar rumah cari makanan. Kalau nak kata pemakanan sihat tu memang tak la..
Jadi, akak shaklee nih sarankan saya ambil vitalea, vitamin c dan b complex. Saya bayar Rm250 dan tambah dalam RM30++ untuk jadi ahli. Minggu pertama saya makan, saya alami sakit perut yang amat dahsyat. Perut saya memulas dan saya akan duduk dalam tandas untuk masa yang lama. Tapi syukur ia hanya seminggu sahaja. Selepas itu saya kembali normal. Mungkin itu lah yang dipanggil "healing process". Badan pula rasa lebih ringan.
Tetapi saya ada masalah lain iaitu untuk menyediakan sarapan pagi. Supplement tersebut perlu diambil selepas sarapan. Jadi saya terbaca tentang ESP. Dalam hati bagus juga, saya tak perlu sediakan sarapan pagi lagi hanya perlu bancuh ESP sahaja. Jadi saya beli ESP pula. Sekarang setiap pagi saya bancuh ESP then terus telan supplement yang lain.
Apa yang saya perasan setelah makan ESP dan supplement nih saya sudah tidak ada nafsu untuk makan maggi lagi. Kalau dulu, setiap minggu pasti 1-2 bungkus maggi saya telan. Yer, saya tahu tidak baik untuk badan, tetapi bila tengok drama korea dan tengok mereka makan ramen terus saya nak masak maggi juga. Kadang-kadang lebih dari 2 bungkus maggi saya makan dalam seminggu. Pernah juga saya sengaja tidak menyimpan stok maggi di dapur dengan harapan saya tidak akan makan maggi lagi. Tetapi saya tak mampu bertahan lama pun. Saya pasti kalah. Sekarang bila saya lapar ditengah malam saya akan bancuh ESP sahaja. Tetapi sejak makan ESP ni saya jarang rasa lapar. Nafsu kepada maggi pun dah berkurang. Walaupun lapar, saya tak teringin pun nak makan maggi.
Kini, saya rasa lebih sihat dan bertenaga. Selepas balik dari kerja saya masih boleh menjahit dan update blog hingga tengah malam. Syukur.. Dari segi kesan kepada kulit dan sebagainya saya tak nampak lagi sebab saya baru consume selama 1 minggu untuk ESP dan 2 minggu untuk supplement. Kebaikan atau faedah lain produk nih korang boleh google je.. saya hanya berkongsi pengalaman saya sahaja. Semoga ianya bermanfaat
Sekian dahulu dari saya.. Terima Kasih sudi berkunjung dan membaca!
p/s: kalau korang nak mencuba dan membeli produk shaklee nih boleh juga berhubung dengan saya. Komen sahaja di bawah, saya akan reply nanti. tq
No comments :
Post a Comment