Sebagaimana posting sebelum ini saya telah merancang mengadakan kem jelajah alam di Taman Hutan Lagenda, Gunung Ledang. Pelbagai dugaan dan rintangan dilalui dan antaranya adalah mendapatkan peruntukan perbelanjaan di sana.
Tanpa peruntukan dari pihak-pihak tertentu peserta dan guru terpaksa mengeluarkan wang sebanyak RM180 seorang untuk merealisasikan program ini. Dari itu saya cuba bertanyakan secara terbuka kepada kawan-kawan di laman sosial Facebook. Syukur Alhamdulillah beberapa rakan memberi respon dan petunjuk bagaimana mendapatkan sumbangan. Dan yang paling manis sekali, asbab posting itu seorang rakan sekolah lama menghubungi saya secara peribadi dan menyatakan hasrat untuk memberi sumbangan kepada kami. Saya sangat terharu dan sangat gembira atas kesudian beliau.. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.
Saya telah berusaha mendapatkan sedikit bajet dari pihak sekolah. Koperasi sekolah bersetuju menyumbang sebanyak RM300. Manakala pihak PIBG tidak dapat membantu dengan alasan dana PIBG yang semakin menyusut. Unit kokurikulum pula hanya diam seribu bahasa.
Oleh yang demikian, saya cuba mendapatkan sumbangan dari badan korporat dan wakil rakyat. Jawapan agak menghampakam dari wakil rakyat. Pejabat pergerakan parti politik di kawasan saya awal-awal lagi menolak permohonan saya dengan alasan mahu fokus untuk pilihan raya yang bakal diadakan. Manakala wakil rakyat di kawasan lain yang juga sebahagian exco Negeri Johor menolak permohonan saya dengan alasan tidak adil bagi mereka untuk membantu kami dengan alasan banyak sekolah lain juga memerlukan sumbangan yang sama.
Pada masa yang sama saya menghantar permohonan sumbangan ke badan-badan korporat. Malangnya disebabkan permohonan saya yang agak suntuk iaitu dalam 2-3 minggu sebelum aktiviti dijalankan mereka tidak dapat memberi sebarang maklumbalas. Saya faham mereka memerlukan lebih masa untuk memberi jawapan kepada kami.
Oleh itu, pengajaran bagi saya dan juga bagi anda semua eloklah setiap program itu dirancang 2-3 bulan awal sebelum tarikh perlaksanaan. Ini bagi memudahkan proses mendapatkan sumbangan dari pihak-pihak tertentu. Dan sebenarnya lebih mudah untuk mendapatkam sumbangan dari individu daripada badan-badan korporat dan wakil rakyat.
Apa pun, saya berjaya juga mendapatkan sumbangan RM1000 untuk program ini. Peserta hanya perlu membayar sebanyak RM150 seorang untuk 3 hari 2 malam. Namun begitu, saya tetap rasa terkilan kerana tidak dapat menyediakan t-shirt untuk setiap peserta. Untuk pengetahuan semua, ini adalah program pertama saya sepanjang saya berkhidmat di sekolah. Kini barulah saya faham betapa susahnya untuk membawa murid keluar sekolah. Semoga posting ini dapat memberi manfaat kepada yang memerlukan.
Sekian sahaja untuk kali ini. Jumpa lagi!