Saturday, June 11, 2016

Cara kelim bahagian melengkung

Ok kali ni saya nak berkongsi cara bagaimana nak kelim di bahagian hujung kain yg melengkung. Biasanya bila kita menjahit kain duyung atau peplum kita akan hadapi masalah untuk kelim.. Bahagian melengkung ni biasanya akan menghasilkan gelembung karipap yang tak cantik.. Ini dari pengalaman saya sendiri..

Cara yang saya nk tunjukkan ini adalah cara yang saya pelajari dari web luar negara yang menunjukkan cara dan tips untuk kelim bahagian melengkung ini.. Ok jom saya tunjukkan..

Ini adalah bahagian hujung kain duyung yang ingin dikelim.. Nampak macam tegak je.. tapi sebenarnya tak.. 

Mula-mula jahit dalam 0.25 inci ke 0.5 inchi dari hujung kain.. 

kemudian lipat ke bahagian dalam dan tindih jahitan yang telah dibuat tadi..

Selepas itu gunting kain seperti dalam gambar.. Jangan sampai kena bahagian jahitan..

Dan yang terakhir sekali, lipat lagi sekali ke bajagian dalam dan jahit seperti biasa.. 

Dan boleh juga ditindih bahagian hujung kain.. Inilah hasilnya.. tiada lagi bentuk karipap terhasil.. 

Selamat mencuba! Semoga bermanfaat

Sunday, May 29, 2016

Cara Jahit Lubang Ketiak Kurung Moden

Kali ini saya nak tunjukkan cara saya menjahit lubang ketiak.. Ia menjadi masalah utama apabila menjahit kurung moden dan seangkatan dengannya.. Ok jom tengok bagaimana saya lakukan..

ok ini adalah bahagian badan yang telah siap dijahit bahu leher dan tepi badan

Ini pula tangan yg telah siap di jahit.. Tinggal nak cantum dengan badan sahaja..Apabila hendak mencantum bahagian tangan mestilah seperti dalam gambar.. Maksudnya kita pamerkan bahagian luar..

ok pastikan tangan sudah digosok dan tandakan bahagian hujung bahu.. ini penting untuk samakan dengan bahu baju..

pastikan bahagian dalam baju di luar.. dan bahagian luar tangan di luar seperti dalam gambar di atas.

kemudian masukkan sahaja tangan td ke dalam lubang ketiak baju..

sepas itu, pin kan bahagian sambungan jahitan tangan dengan bahagian sambungan jahitan badan baju (ketiak) dan juga bahagian bahu. kemudian pinkan dari tepi ke tengah.. mula-mula pin ketiak selepas itu bahu kemudian selang seli dan bergerak sampai ke tengah.. 

ok yang ni dah siap separuh.. teruskan pin dibahagian sebelah pula.. gunakan kaedah yang sama..

ok da siap sepenuhnya.. boleh la kita jahit..

Bila nak jahit tak perlu tanggalkan pin.. langgar je jarum peniti tu..Jahit dengan perlahan sampai la habis.. sambil jahit tu sambil tarik tegangkan kain..

ok da siap jahit tanggalkan peniti kemudian gosokkan bahagian jahitan.. Gosok bahagian jahitan yang berkedut.

Jangan lupa gosok juga bahagian luar lengan.. Ok da siap.. boleh jahit sebelah lagi.. Selamat mencuba!