Pada 24 Februari yang lalu, saya bersama kawan-kawan telah pon berpeluang untuk mengalami sendiri pengalaman menjadi tarzan di Skytrex Melaka.. Sebenarnya ini kali kedua bagi saya berada di sini.. Kali pertama pada 9 Februari. Pada masa itu, saya bersama kawan yang lain telah melalui Pahlawan Trail, tetapi yang terbaru ini saya mencuba Extreme Warrior Trail.
Untuk pengetahuan semua, Skytrex Melaka ni berada di Durian Tunggal dan hanya 5 minit perjalanan dari tol Ayer Keroh. Bagi saya, kawasan di sini sangat menarik, seronok, nyaman dan menenangkan. Andai anda tidak berminat untuk mencuba skytrex, anda masih boleh datang ke sini untuk aktiviti rekreasi seperti jogging atau berjalan untuk menikmati keindahan alam.
Dalam post kali ini, saya akan buat sedikit review tentang kedua-dua trail ini. Perbezaan utama mestilah dari segi harga dan cabaran yang terdapat dalan kedua2 trail ini.. Tidak silap saya, bayaran untuk pahlawan trail RM55 dan RM65 untuk extreme trail. Cabaran dalam extreme trail lebih banyak sesuailah dengan harganya yang lebih mahal itu. Dari segi masa pula, kami memerlukan satu jam lebih untuk menghabiskan cabaran yang terdapat di pahlawan trail. Manakala untuk extreme trail, pada hari itu kami menghabiskan masa lebih 3 jam untuk menghabiskannya. Ini disebabkan kami terpaksa menunggu sekumpulan 4 orang perempuan yang tidak berapa kental hati dan fizikalnya. Mungkin kalau mereka tiada kami hanya memerlukan 2 jam lebih sahaja. Masa kami banyak dihabiskan menunggu di atas pokok sahaja..
Untuk mereka yang sangat gemarkan bermain flying fox, disinilah tempatnya. Ini kerana, selepas satu cabaran kita akan menaiki flying fox untuk ke cabaran yang seterusnya. Pada saya, Pahlawan Trail sesuai untuk golongan pelajar-pelajar atau golongan yang baru hendak mencuba skytrex. Mereka yang takut akan ketinggian juga elok mulakan dengan Pahlawan Trail. Tetapi kalau anda yakin dengan kemampuan diri dan tidak takut akan ketinggian elok mencuba terus Extreme Trail. Dari segi keberbaloian elok naik Extreme terus.
Dari segi cabaran pula, ada banyak jenis.. Yang paling asas meniti di atas cable, menaiki tangga, memijak tali seperti buaian yang tergantung dan banyak lagi. Cuma yang special untuk extreme ialah kita dapat menaiki basikal di atas pokok. Nak cerita tentang cabaran ni tak berapa nak reti sangat sebab tak tahu nama cabaran yang disediakan. Apa pun tak rugi mencuba! Skytrex ni juga antara salah satu platform yang sesuai digunakan untuk menguji ketahanan mental dan fizikal. Selamat mencuba!