Pada jam 8.20 pagi, kami sampai di check point pertama iaitu Bukit Semput selepas melalui tangga mahligai. Selepas berehat 10 minit, kami meneruskan ke checkpoint yang kedua iaitu Hentian Meranti. Kami tiba di CP2 pada jam 8.55 pagi. Jam 9.05 pagi kami teruskan pendakian dan tiba di CP3 iaitu Batu Orkid pada jam 9.40 pagi. Berehat sebentar dan kami teruskan lagi pendakian. Pada jam 11.10 pagi kami tiba di CP5 iaitu Sungai Segitiga. Di sini kami mendapatkan sumber air sebelum meneruskan pendakian.
Setelah puas menikmati pemandangan, menikmati makan tengahari di puncak dan mengambil gambar, jam 3.45 petang kami mula turun dari Puncak Mahligai. Perjalanan turun dijangka mengambil masa selama 4 jam. Kami hanya berehat seketika di Kem Senget untuk solat. Perjalanan diteruskan sehingga tiba di base camp. Jam 7.30 petang semua telah pun sampai di base camp dan membuat semakan borang taging dengan barang yang dibawa dan kembali ke dorm untuk membersihkan diri sebelum turun semula untuk makan malam.
Pendakian kali ini sangat mencabar dan sangat bermakna buat kami. Keadaan laluan pendakian yang basah dan licin akibat daripada keadaan cuaca yang tak menentu amat menyukarkan kami. Sepanjang perjalanan pula kami dibasahi dengan hujan rahmat. Beberapa minit tiba di puncak hujan turun dengan lebatnya dan kami terpaksa menikmati makan tengahari berbumbungkan ponco yang dibawa. Tidak mustahil air hujan menjadi sebahagian menu makan tengahari kami. Apa pun ini adalah satu pengalaman yang amat berharga yang sangat bermakna buat kami.
Syukur semuanya berjalan lancar. Hari seterusnya 29 April 2017, kami menghabiskan masa menikmati keindahan alam di sekitar Taman Hutan Lagenda. Kami juga sempat menikmati kesejukan air terjun di sana dan menghabiskan masa di galeri yang disediakan buat pengunjung. Jam 1.00 petang kami bertolak pulang ke sekolah dan jam 3.45 petang kami tiba di sekolah dan bergerak pulang ke rumah masing-masing.
Tiada yang dapat diucapkan selain ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu menjayakan Kem Jelajah Alam secara langsung mahupun tidak. Semoga suatu masa yang lain, kami diberi peluang lagi untuk menikmati keindahan alam di tempat yang lain pula.
Sekian sahaja!
Much Love,
Ketua Guru Penasihat
Rakan Muda
SMKBP, Kulai