Kali ini saya nak tunjukkan cara saya menjahit lubang ketiak.. Ia menjadi masalah utama apabila menjahit kurung moden dan seangkatan dengannya.. Ok jom tengok bagaimana saya lakukan..
ok ini adalah bahagian badan yang telah siap dijahit bahu leher dan tepi badan
Ini pula tangan yg telah siap di jahit.. Tinggal nak cantum dengan badan sahaja..Apabila hendak mencantum bahagian tangan mestilah seperti dalam gambar.. Maksudnya kita pamerkan bahagian luar..
ok pastikan tangan sudah digosok dan tandakan bahagian hujung bahu.. ini penting untuk samakan dengan bahu baju..
pastikan bahagian dalam baju di luar.. dan bahagian luar tangan di luar seperti dalam gambar di atas.
sepas itu, pin kan bahagian sambungan jahitan tangan dengan bahagian sambungan jahitan badan baju (ketiak) dan juga bahagian bahu. kemudian pinkan dari tepi ke tengah.. mula-mula pin ketiak selepas itu bahu kemudian selang seli dan bergerak sampai ke tengah..
Bila nak jahit tak perlu tanggalkan pin.. langgar je jarum peniti tu..Jahit dengan perlahan sampai la habis.. sambil jahit tu sambil tarik tegangkan kain..